Posts

ADEGAN DALAM FILEM TAMIL YANG PALING TAK MASUK AKAL

Image
ADEGAN DALAM FILEM TAMIL YANG PALING TAK MASUK AKAL . Mengikut survey aku sekarang ni memang ramai perempuan melayu memang suka tengok filem tamil termasuk mak aku sendiri. Mak aku memang sejak azali suka tengok filem tamil. Aku dulu tengok la jugak sebab kalau mak aku tengok automatik la kena tengok jugak. Yelah.. zaman tu tv kat rumah sebiji je. Pernah nampak blogger terkenal Namee Roslan pun pernah up status kat FB mengaku dia adalah salah seorang peminat filem tamil. Macam tu jugak Akma Omar di ikuti ramai lagi pengakuan dari kaum2 wanita yang lain. Depa ni tak layan drama2 adaptasi novel yang penuh dengan fantasi. Depa layan filem yang real.. Cerita tentang kehidupan sebenar. Dalam filem tamil di akui memang depa banyak highlight apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Rasuah di kalangan menteri, pemimpin besar negara, penindasan,kasta.. kesusahan sebenar rakyat. Kat Malaysia aku percaya bukan tak ada penggiat filem nak buat cuma peluang lepas untuk tayangan tu memang tipis....

JANGAN CUBA BENDA NI WALAU TAK SALAH NANTI KETAGIH

Image
JANGAN CUBA BENDA NI WALAU TAK SALAH NANTI KETAGIH . Aku sekarang dah mula rasa ketagih dah ni tapi aku tahan jugak diri aku ni. Dulu aku jarang nak layan sangat benda2 ni tapi bila sekali buat.. Alahai macam best la pulak. Rasa nak & nak lagi.. Tak puas rasanya. Nak2 lagi banyak benda yang dok  menduga nafsu pandangan aku ni. Tapi ku tahan jugak jebat.. aku tak nak nanti aku dah hilang nafsu pada semua benda yang aku nampak secara live. hahaha tentu hangpa dok tunggu jer apa yang aku mula ketagih ni... Almaklum la. Nak kata kali pertama aku beli online tak jugak. Dulu pernah sekali aku membeli sebuah beg kat avenue86. Lepas tu aku kembali seperti sediakala lebih suka bershopping kat supermarket @ mall. Di sebabkan tupper cabinet yang aku nak beli memang tak jumpa orang jual kat luar memaksa aku terjebak dalam sale online revolution lazada ni. Aku ni suka buat benda alang alang.. Alang2 dah beli satu barang ni.. tengok2 la apa lagi yang boleh sekalikan pembayaran. mem...

AHLI KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN

Image
AHLI KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN . haritu ada baca jugak gosip katanya Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 negara ni mengandung tapi Dato siti sendiri menafikan khabar tersebut. So, aku anggap usik2 manja pihak media je la. Tapi bila terbaca satu artikel dari beautifulnara tadi yang katanya ada ahli keluarga dato siti mengesahkan memang dia mengandung.. cuma sebab kandungan terlalu awal mungkin depa tak nak hebahkan dulu. yelah.. pantang orang tua tua ni.. Kalau awal2 mengandung elok jangan canang sangat. Sebab usia kandungan macam tu masih belum kuat. Macam2 boleh berlaku. Mesti happy giler Siti Nurhaliza kan? Lama tu tunggu saat2 macam ni.. Orang yang tunggu kehadiran cahaya mata dalam masa yang lama je tahu perasaannya. Orang bunting pelamin bagai.. feel dia takkan sama dengan orang yang kawen bertahun tahun baru dapat merasa nikmat mengandung ni. Selama ni depa pendam je rasa sedih bila dengar khabar gembira orang nak dapat anak.. Bohonglah bagi mana2 pasangan ...

SALE LAZADA MENIPU?

Image
SALE LAZADA MENIPU?  Mula nampak ada beberapa individu mula mempertikaikan harga barang yang di jual dalam sale online revolution lazada. Katanya tak masuk akal..  Aku pun ada la beli 3 barang walau asalnya nak beli 1 jer barang. Aku memang survey semua barang yang aku beli dari sebelum sale lagi.. Memang masa sale aku tak nampak apa2 yang menipu sebab memang harga sekarang lebih murah dari sebelum sales. Cuma tu la.. rupanya ada yang jual lagi murah dari lazada. Tapi barang2 lain katanya.. sebelum ni harga lagi murah tetiba sales harga asal lebih mahal & harga sale pun mahal dari harga sebelum sale. Aku nak tuduh sangat sebab aku tak berapa nak survey barang2 lain. Aku survey barang aku nak je. Sebab benda tu memang tak ada jual kat luar. Aku memang ada jugak survey beberapa online shop.. cuma aku tak confident je. Sebab jarang2 dengar & aku ni bukan jenis online shopper. Sebab lazada ni je selalu dengar orang beli & selalu dapat review dari blogger jadi aku ...

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

Image
KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN . Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni. Sumber Google Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni. Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini ...

CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA

Image
CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA . Ahad lepas aku ada singgah guardian.. Macam wajib pulak kalau keluar mesti nak singgah kat guardian. banyak sangat saka2 dalam tu buat nafsu serakah membuak buak nak membeli belah. Kalau masuk pantang keluar tangan kosong kecuali tertinggal wallet kat rumah. hahahaha.. Sebab pernah jadi elok berbaris nak bayar check dalam beg wallet tak ada. Tertinggal kat rumah. Kalau aku masuk guardian memang jarang laki & anak nak ikut.. depa lebih selesa buat aktiviti lain dari tunggu aku membelek barang dalam tu. Aku pun lagi selesa.. sebab takde la budak kecik nak ganggu fokus aku membaca penjelasan belakang produk. Benda tu pun perlukan konsentrasi untuk kita lebih memahami kegunaan & keperluan produk yang nak beli. Jangan main beli je.. alih2 sebenarnya tak menepati keperluan kulit kita. Tujuan masuk guardian tu motif utama nak beli cotton face dengan sebamed body wash je. Tapi tu la tipikal perempuan.. Motif utama tetap di...

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA

Image
SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA .Rabu biasanya blogger banyak buat entri wordless Wednesday tapi entah kenapa aku dari dulu tak mampu tulis entri dengan tema wordless.. selalunya mesti jadi more words katanya. Rasa macam kencing tak lawas pulak kalau tulis entri pendek pendek ni. Hahaha... Maka sebab aku taknak rasa kencing tak lawas tu hari ni siang2 hari kita bersegmen seram serik lekatlekit. Sebab aku ada kisah seram nak share.. Jadi segmen seram serik ni memang tak tunggu malam dah. Ada bahan je terus up. Kisah yang aku nak cerita ni katanya berdasarkan kisah benar pengalaman seorang pelukis yang suka mengembara. Nak di jadikan cerita pada satu hari dia masuk ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Bila dah masuk kampung tu dia cari la tempat untuk stay sampai dia puas berkarya kat situ. Dapat la sewa sebuah bilik.. condition memang out la. Kampung tu rumah2 dia bukan cantik2 sangat. Lebih kurang macam setinggan je. Di sebabkan dia pun ...