Posts

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

Image
BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST . Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri. Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak be...

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA

Image
SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA . Semua ni sebab Lazada. Kalau tak kerana Lazada Buat Sale Online Revolution pasti benda ni tak jadi kat aku. Tapi tu la terlajak perahu mungkin boleh undur.. terlajak terjebak ni memang tak boleh nak undur dah. Terpaksa pasrah & redha je la. halalkan apa yang dah keluar tu. hehehe Kerana Online Revolution Sale ni aku yang memang jarang sangat nak membeli belah secara online kecuali supplement untuk anak aku tu pun sebab kat luar tak ada jual kali ni memang betul2 terjebak jugak. Untuk Online Revolution Sale ni 4 barang dah aku beli. Aku harap cepat la Berakhirnya Online Revolution Sale ni. Tak sanggup lagi aku.. di hantui dengan perkara yang bernama sale. Tapi Alhamdulillah la.. Walau aku terjebak tapi semua benda yang aku beli sebab nak guna bukan semata mata sebab sale. Cuma ambil kesempatan beli masa sale la. 3 Barang aku dah pernah cerita kat blog.. Yang terbaru 2 hari lepas aku order Samsung Dvd Player. Sebab Dvd player aku ni hid...

SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK

Image
SINGAPORE CANTIK & BERSIH TAPI SATU PERKARA JE BURUK . Dari pengalaman sendiri yang pernah jejak kaki ke negara yang bagi aku cukup maju dengan bangunan2 tinggi yang cantik2 belaka sampai ternganga aku mendongak keatas. Tahap kebersihan yang memang jauh beza dari Malaysia. Harga barang yang lebih mahal.. Kalau dari pandangan mata kasar melihat apa yang ada kat singapore memang aku kagum jugak. Tu yang dulu pernah jadi kontroversi bila ada retis terlepas cakap orang singapore makan sampah. Bukan dia nak menghina tapi nak mengambarkan kat singapore tu sangat bersih. Susah nak jumpa sampah di buang merata rata macam kat Malaysia ni. Tapi sebab ayat tak habis macam tu.. ramai yang salah faham & jadi kontroversi. Apa yang aku cerita tu memang singapore paling Win la berbanding Malaysia.. Tapi satu perkara je singapore memang worst... Warga singapore ramai yang sombong. Serius.. Aku pernah ke singapore sebab kami tak masuk dengan kereta cuma park kat larkin & naik bas ke sin...

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

Image
MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA . amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu. Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata .. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya... Kempunan la nak merasa enpon baru. ...

KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR

Image
KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR . Cuti2 sekolah ni la ramai yang ambil kesempatan untuk pergi bercuti nak2 lagi yang ada anak. macam aku mungkin tahun depan dah tak boleh suka suka nak travel jauh ikut kepala lutut sendiri jer. Sebab Tahun depan anak aku dah masuk tadika. Belum masuk tadika cikgu tadika dah add dalam group whatsapp.. Zaman sekarang kan? Cikgu tadika nak menyampaikan info dalam group whatsapp jer.. So, mak bapak zaman sekarang kena jugak sekurang kurang reti guna whatsapp. Tercerita pasal cikgu tadika pulak.. berbalik pada isu yang berbangkit.. isu yang tidur jangan di bangkitkan. Kadang2 ada jenis orang yang kedekut nak mampus. sanggup bekerja 24/7 seminggu. Duit gaji semua masuk akaun. Tinggal yang betul2 untuk makan, tambang tiap2 hari pergi kerja je. Makan pun sanggup catu apatah lagi kalau nak ajak pergi bercuti, confirm ni la banyak alasan yang dia akan bagi sebab bagi dia bercuti adalah perkara yang akan buat duit dia habis. Tahap pemikiran ora...

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA

Image
MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA . Ayat tipikal drama.. kalau mati mana kuburnya, kalau hidup mana orangnya. Macam tu la aku ibaratkan situasi sekarang.  Misteri yang menghantui aku sejak pagi tadi. Masih menjadi misteri yang tak berjawapan sampai saat aku karang entri ni. Tak tau samada dah arwah atau masih tersembunyi kat mana2 sudut dalam rumah ni. takkan ghaib macam tu je kot.. Macam tak masuk akal pulak aku fikir. Alkisahnya Galaxy Y pusaka kesayangan aku.. ghaib dengan tiba tiba. Aku baru perasan dalam pukul 11.30 pagi tadi. Aku tak tau anak aku dah jatuhkan dari tingkat 9 rumah aku ni secara tak sengaja masa menikmati permandangan dari tingkap atau anak aku tercampak kat mana2 sudut dalam rumah ni. Aku cari sana sini tak jumpa. Aku syak dah arwah kat bawah la anak aku jatuhkan... Tapi aku turun ke bawah pun dah lambat. Kalau betul jatuh bersepai segala organ dia pun mungkin tukang cuci bangunan dah bersihkan sisa2 anggota badan dia yang dah berkecai. ...

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

Image
PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU . Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni. Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semang...