Posts

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH

Image
PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH . Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu. Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang << Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand ...

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI

Image
NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI . Satu ketika dulu... Selalu kita dengar berita perempuan tempatan terutama melayu yang lari dengan lelaki dari lombok Indonesia ni. katanya ada budaya kat lombok kalau nak nampak hero kena bawak lari perempuan dari luar ke lombok. Tapi malangnya kebanyakkan wanita2 yang terpedaya dengan cinta jejaka lombok akhirnya menyesal bila berada kat sana mereka terpaksa hidup susah yang tak terbayang. Ada yang nasib malang lagi jadi hamba keluarga mertua. Nak balik susah, duit takde. Dah tu masa lari pun memang tak pasport ke hapa ke sana.. Terpaksa UmppNo bertindak memberi pertolongan cemas kepada mangsa2 yang terpedaya dengan cinta lelaki lombok ni. Sekadar Hiasan Dah nama pun lari tanpa sah.. Naik tongkang je la mampu. Tapi kalau ada yang nak lari secara sah dengan lelaki lombok bulan ni tak payah ambil risiko naik tongkang tu. Kang tongkang terbalik tonggang langgang jadinya. Naik je flight tambang murah Air Asia. Katanya tik...

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

Image
FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA . Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la. Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena puj...

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

Image
BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA . Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan? Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards...

TAJA PASUKAN SELANGOR SEKADAR GIMIK DATO VIDA NAK DAPAT PUBLISITI

Image
TAJA PASUKAN SELANGOR SEKADAR GIMIK DATO VIDA NAK DAPAT PUBLISITI . Aku bukan anti Dato Vida.. serius! Aku nak mention awal awal. Tapi semua boleh tengok bagaimana dia sanggup buat apa saja termasuk buat kontroversi semata mata nak produk dia orang kenal. Semalam ada la baca pasal kononnya kalau Pasukan The Red Warrior tak setuju dengan syarat tajaan dia.. dia akan taja pasukan bola sepak selangor tapi rupanya dia saja je cakap.. Takde pun sebarang offer atau perjanjian tentang perkara tu dengan pihak pasukan bola sepak selangor. Maybe nak bagitau kalau TRW taknak ada orang lain yang menunggu. Alahai dah jutawan pun masih perlukan publisiti murahan ke? memang orang yang suka jadikan kontroversi sebagai tangga untuk dia naik ke puncak sudah semestinya seseorang yang berjiwa kental. Bukan calang2 orang mampu hadap kritikkan bertubi tubi tanpa ada rasa apa dia buat sangat Annoying walaupun Annoying pada pandangan ramai orang. Bab tu aku salute jugak la dengan dato Vida ni. Sebab tu d...

PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA

Image
PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA . Kalau dah jadi retis ni jangankan dagu botox orang boleh detect.. Taik lalat original & taik lalat palsu pun orang boleh tahu. Tahap depa punya hafal dari hujung rambut sampai hujung kaki seseorang artis tu kadang2 di luar kotak pemikiran kita yang tak berapa obses sangat dengan retis retis ni. Orang kalau dah fanatik.. size dada pun dia boleh perasaan kecik ke besar. Dia boleh compare pulak tu dengan dulu & sekarang apatah lagi kalau setakat kat muka ni. Nak buat macam mana golongan retis memang golongan yang sentiasa menjadi perhatian. Kalau korang jenis suka privacy elakkan jadi retis. Bila jadi retis banyak perkara yang korang tak boleh nak privacy walau korang cuba untuk privacy kan. Kot mana pun orang korek jugak nak tau. Sebab cerita artis sentiasa ada value. Kalau nak jadi artis kena bersedia.. Sebab tak mustahil kerana kefanatikkan peminat privacy anda akan di cerobohi. Jadi blogger terpinggir macam aku pun ...

ALASAN TIPIKAL ORANG MALAS BERCUTI

Image
ALASAN TIPIKAL ORANG MALAS BERCUTI . Ingatkan orang malas nak pergi kerja je rupanya ada jugak orang malas bercuti yer dalam dunia ni. Yelah.. manusia sifatnya berbeza. Ada orang suka bercuti ada orang lebih suka statik kat satu tempat tu & buat perkara yang sama setiap hari tanpa jemu. Tak tau la spesis macam ni apa erti 'enjoy' dalam hidup dia kan? hahahaha Anak dah sekolah.. Kena la berkorban. Tiada lagi aktiviti gila percutian yang tak di rancang macam yang selalu buat sebelum ni. Takkan la nak cutikan anak dari sekolah semata mata nak pergi holiday kan? Terpaksa jugak jadi macam tipikal mak bapak lain.. Asal nak bercuti je kena tunggu cuti sekolah. Kadang2 dalam hidup memang kita terpaksa jadi tipikal jugak sebab tak ada pilihan.. hehehe Tahun 2015 memang takde holiday mana2 selain balik kampung je. Tu pun kategori holiday jugak la kan. 2016 pun takde perancangan rasmi lagi nak bercuti kemana mana.. Setakat borak kosong berangan nak kesitu kesini tu ada la. Tapi...