Posts

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU

Image
INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU . Kalau dah suka hantu tu tak kira bulan apa kerja dia nak cari hantu je. siang malam pagi petang cari hantu katanya. Dari januari sampai december dia tetap memburu hantu. Aku baru dok berniat nak bercuti memburu hantu sepanjang bulan puasa ni nampaknya bulan puasa pun permintaan masih tinggi nanti la aku  fikirkan semula. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Kalau siang hari tak habis habis orang dok cari kepastian hukum cium mulut la, hukum pegang kemaluan pasangan la.. Siang2 hari pun tak boleh control nafsu syahwat katanya. Tak boleh berat berat nak ringan ringan jugak. Bak kata mummydearie mungkin pasangan baru kahwin. Baru pertama kali berpuasa dengan pasangan. Mood bulan madu lagi so memang pantang jumpa nak manja2 je kerjanya. Yang dah masuk zon pengantin kepam ni Insya Allah.. Takat puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tu takde masalah la. Hope pasangan bulan madu di awan biru tu bawak2 bersabar yer.....

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK

Image
ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK . Benda ni sebenarnya dah lama aku pendam sebab bukan kali pertama terkena walau yang terbaru semalam (1 ramadan) suami aku terbeli ikan kerapu yang dah berbau. Sebelum ni pun pernah terbeli ikan yang dah berbau ni. Tapi tu la dekat dengan rumah aku econsave je paling dekat.. Dulu ada Aeon mini market kat sini, situlah aku suka beli barang basah nak masak. Lebih fresh & tak pernah lagi terbeli ikan busuk. Kalau aku yang beli at least aku tahu walau dalam ais tak berbau & nampak ok tapi ikan boleh tengok dari mata ikan.. dari perut dia. Ada la petua2 nak tengok ikan tu masih elok ke tidak. Tapi bila si suami yang beli barang basah ni.. Depa tengok dengan pandangan mata kasar. Nampak ok dalam ais. Masa ambil tu takde bau apa2.. dah ok la tu bagi depa. Balik rumah nak siang & cuci.. terimalah haruman yang buat rasa nak minum air lepas tu maki puas puas. Sebab kalau dok maki orang bulan puasa ni sia sia je puasa tu. Jadi kena minum air dulu katanya...

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA

Image
HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA . Dulu pernah jadi kontrovesi bila ada stesen radio yang mainkan lagu raya pada hari pertama puasa sampai di letakkan syarat pertengahan puasa baru boleh di mainkan lagu raya. Sampai macam tu sekali orang punya terkesan dengan lagu raya. Aku pun anak rantauan. Nak2 tahun ni masih tak berkesempatan balik kampung lagi. Tunggu raya ingat nak cuti panjang sikit sebab dah lama tak balik raya tapi takde la bila dengar raya terus down sampai kena makan di siang hari. Rilex jer.. Sebenarnya kita bercakap pasal raya ni 3 bulan sebelum puasa lagi. Yelah.. 3 bulan sebelum puasa orang dah sibuk tempah baju raya. Tu antara perkara2 nak raya orang buat. Bila masuk bulan puasa orang sibuk nak cari barang2 raya.. balang kuih raya la, langsir raya la, sarung kusyen raya bagai. Bila hujung2 puasa dah dekat nak raya.. Time tu memang macam macam perkara nak raya kita boleh nampak orang buat. Jadi takde isu baru sehari puasa cakap pasal raya. Bagi yan...

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

Image
HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI . Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya. Sumber Google Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah... 1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa 2. apa boleh pegang kamaluan saat...

GAMBAR ANAK LELAKI HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN

Image
GAMBAR ANAK LELAKI HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN . Perkara yang ramai orang tak sabar sabar nak tengok adalah gambar anak retis pujaan mereka. Kalau tak tunjuk ni meroyan peminat. Macam2 persepsi depa buat. Pasti kecaman & kutukan berbisa depa akan hamburkan tanpa belas kasihan. Extreme tak extreme pengamal media sosial sekarang korang fikirkanlah sendiri. Walaupun tak berapa bagus sangat terlalu expose gambar anak anak kecil sekarang ni. Almaklum pedofilia berada di mana mana. Nak2 lagi yang suka upload gambar anak seksi meksi. Even kecik lagi ketahuilah golongan pedofilia amat sukakannya. Tak tau apa yang depa bayangkan tapi mereka kita sendiri tak sanggup bayangkan imaginasi depa bila gunakan gambar anak anak kita sebagai objek sex. Na'uzubillah.. seram aku bila fikir. Tapi setakat nak tunjuk sekeping dua gambar muka anak macam pasangan selebriti Hanis Zalikha & Hairun Azreen ni rasanya tak ada masalah. Untuk tatapan peminat yang tertunggu tunggu nak tengok ru...

AWAS! JANGAN TERLALU MESRA DENGAN ANAK KECIL ORANG

Image
AWAS! JANGAN TERLALU MESRA DENGAN ANAK KECIL ORANG . Amboi kau lekit hot & spicy pulak tajuk entri. Takkan la dengan anak anak kecik kita nak buat menyombong pulak. Nak tunjuk macam jijik.. kuis2 hujung jari. Mesti la mak bapak dia terasa nanti. Nak2 lagi anak orang yang ada pertalian darah atau persaudaraan mahupun yang kita kenal. Mesti sedih la hati depa kalau kita buat anak depa macam tu. gambar sekadar hiasan. Sumber Google Bukan kata suruh hangpa pandang anak orang dengan pandangan jijik atau dengan pandangan tak ada perasaan. Tapi tak payah over sangat nak tunjuk sifat keibuan katanya.. Asal jumpa baby.. jumpa budak.. terus nak pegang, peluk, cium & gomol2. Tak kira la anak orang kau kenal ataupun tak. Just tegur.. usik2 bagi dia senyum.. sudah la. Sekarang banyak sangat bayi & kanak kanak di jangkiti macam2 virus & penyakit dari orang orang yang datang melawat, sentuh, peluk & cium mereka... Bahananya bayi & ibubapanya yang dapat susah. Anak sakit...

TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA

Image
TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA . Kalau kita nak melancong ke negara bukan Islam ni memang nak cari tempat yang senang kita cari makanan halal, tempat yang senang nak bersolat.. Pendek kata yang muslim friendly la. Korea adalah salah satu destinasi pilihan ramai tapi kita sedia maklum korea bukan negara Islam jadi mungkin menjadi sedikit masalah bagi orang Islam yang nak melancong ke sana. Ada satu tempat yang menarik boleh ada kunjungi di korea. Bukan sahaja menyediakan banyak kemudahan untuk orang orang islam seperti masjid, surau & restoran makanan halal malah di situ jugak anda boleh belajar mengenali budaya mereka & melihat sendiri rumah rumah tradisional yang lengkap dengan peralatan tradisi & sejarah mereka. Malah katanya ada sebuah rumah di perbuat daripada Choco Pie. Nak ke tempat tersebut jugak senang sebab ada bas. Selain tu di situ jugak mempunyai satu taman tema air yang di iktiraf sebagai Taman Tema Air ke 4 di dunia. Banyak perm...