Posts

RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN BERSAMA TERUNG

Image
RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN BERSAMA TERUNG . Maaf la blog aku ni kalau share resepi takde sangat la yang western berkeju bagai. Almaklum la aku bukan reti sangat masak masakan mat saleh ni. Menu2 kampung ni reti la aku. Almaklum la orang kampung katanya. Membesar dengan makanan kampung jadi aku share pun menu2 kampung je lah yer.. Macam biasa la aku suka share resepi yang mudah, cepat di masak & sedap di makan. Bukan masak mee segera ok! Sebab ada yang terliur dengan menu aku yang ala kadar je maka aku berhak untuk berkongsi resepinya dengan orang lain. Masak asam ni memang kalau orang biasa buat kerja2 dapur ni antara menu yang orang kata campak2 jer... Tapi kalau yang jenis yang baru nak mengenal sudip, senduk, kuali bagai aku rasa cakap masak asam pun dia tak terbayang macam mana nak masak. Jangan stress yer.. Nak masak menu simple ni bahan bahan dia pun simple & murah je. Antara bahan yang aku guna adalah.. Ikan Duri Masin (sebab dia lebih murah dari ikan talang k...

BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK

Image
BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK . Aku ada satu favourite kedai jual dvd original. Dulu kat Selayang Mall aku selalu beli lepas kedai dia kat situ tutup sebab sewa kedai di naikkan.. aku menjajah pulak kat wangsa walk mall. 2 minggu lepas aku pergi.. Cari filem2 seram baru tak ada keluar walau rasanya dah habis tayangan kat pawagam. Normally kalau lepas 4 bulan tayang memang dah keluar dalam bentuk dvd original. Tapi tak ada maka aku balik dengan tanpa apa2 hasil tangkapan katanya. Semalam aku pergi lagi.. dia tengah buat clearance stock sampai jumaat ni kalau tak silap. Tapi filem2 baru dah tak ada di jual. Yang dia tengah buat clearance stock semua filem2 lama. Sampai ada yang tinggal harga RM3 tapi filem lama la. Yang penting original DVD.  Semalam pun sebab dah tak ada filem baru aku rembat je filem lama Indonesia sebab aku memang jarang nak beli koleksi filem seram Indonesia. Seingat aku sebelum ni aku pernah beli 1 filem jer Fi...

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG

Image
HEADER  BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG . Kalau dah header blog menakutkan sangat sampai orang tengok pun rasa seram boleh mengundang mimpi ngeri gamaknya ada tak orang nak clik blog tu kalau dah tau penangan header dia yang mengerikan tu. Confirm la tidak kan... Kecuali la ter clik tanpa sengaja atau orang yang betul2 berani jer. Setakat ni aku tak jumpa lagi la blog yang header dia sampai boleh buat aku rasa seram sejuk & terkejut bila terclik blog dia. hehehee Header pernah di gunakan di blog lekatlekit.com dulu Tapi bila aku anjurkan Giveaway kat Blog lekatlekit.com ni & minta peserta mengutuk atau lebih berhemah mengkritik apa2 saja yang mereka rasa tak suka dengan blog lekatlekit.com atau dengan admin blog. Setakat ni yang komplen pasal header yang menyeramkan tu lebih ramai dari yang kritik pasal benda lain kat blog ni. Amboi effect sungguh header tu kepada pembaca blog lekatlekit.com yer.. Ada yang kata kadang2 bila clik blog aku malam2 terkejut di...

PANAS! FILEM PEKAK TIDAK LULUS TAYANGAN DI BRUNEI KERANA ADA ADEGAN YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH

Image
PANAS! FILEM PEKAK TIDAK LULUS TAYANGAN DI BRUNEI KERANA ADA ADEGAN YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH . Wah aku baru je teruja nak tengok filem ni sebab tengok iklan promo dia kat TV macam best je. Tapi macam biasa la aku kalau tengok pun tunggu keluar dalam bentuk DVD. Filem ni pelakon utama dia pun pelakon2 yang hebat.. Sapa tak kenal Sharifah Amani & Zahiril Adzim. Kualiti lakonan mereka memang tak boleh di pertikaikan lagi. Terbaca Harian Metro Online tadi..Filem yang mula di tayangkan semalam seluruh pawagam di Malaysia tidak lulus tayangannya di Negara Brunei yang kita sedia maklum dengan ketegasan pemimpinnya kalau melibatkan hal ehwal agama. Antara sebab filem pekak tidak lulus di tayangkan kat sana adalah sebab ada adegan wanita merokok, aksi menghisap dadah & babak - babak keganasan yang di katakan boleh memesongkan akidah. Lagi satu katanya filem tu tidak memberi moral yang baik. Biasa la tipikal filem Melayu.. suka mengetengahkan isu2 masalah sosial. Benda tu ...

ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN

Image
ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN . Aku ni bukan la musuh kepada golongan antivaksin. Lantak depa la tak mau vaksin anak depa. Tu apa yang mereka percaya & yakin. Hak mereka cuma apapun pilihan kita make sure benda tu tak menyusahkan anak anak kita atau anak anak orang lain. Tak nak vaksin maybe depa mengamalkan kehidupan & pemakanan yang sihat bagi membina antibodi yang kuat pada anak mereka. Jangan kau nak anti sana sini.. Tapi jaga kesihatan anak ala kadar jer... Ini Imaginasi seorang anti vaksin. Tengok gambar pun seriau ok! hahaha Cuma kadang2 tahap extreme golongan antivaksin menampakkan kebodohan sendiri. Semua benda depa nak compare semata mata nak membetulkan apa yang mereka percaya. Terbaca satu status yang di kongsikan di facebook yang nak buat perbandingan konon penganut hindu ni rilex je tak makan ayam & daging. Cuma makan sayur jer.. Konon anak orang Islam ni nak berpantang makan jajan pu...

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH

Image
8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH . Sejak dua tiga hari ni memang rasa tidak enak di bahagian gusi dekat gigi geraham bahagian atas sebelah kiri. Tapi biasa la.. Selagi orang kata boleh makan,, dia lenjan la gusi tu sampai bangun pagi ni ambil kau! Macam kena penumbuk sedas. Membukit dah kesan bengkak tu baru terhegeh hegeh nak petua nak melegakan bengkak pada gusi.. Ada jugak tanya kat wall FB tadi.. Masing2 suggest kumur air garam. Yup salah satu cara yang aku baca boleh menyembuhkan bengkak gusi ni. Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teru...

AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA

Image
AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA . Allahuakbar.. Tadi tengok berita katanya seorang wanita warga emas di kesan telah di jangkiti virus Zika selepas melawat anak dia yang bekerja di singapore yang jugak dah di jangkiti virus zika. Nampaknya virus zika dah mula melebarkan empayar virusnya kat Malaysia. Jadi kita mula kena titik beratkan langkah keselamatan awal supaya tak menjadi mangsa keganasan Zika katanya. Asal usul Zika ni sebenarnya bukan muncul zaman sekarang tapi wujud sejak tahun 1947 dan berasal dari Monyet Rhesus di Hutan Zika, Uganda, Afrika. Virus ini diberi nama Zika dimana kata zika diambil dari nama hutan zika yang merupakan hutan dimana monyet yang di jangkiti virus zika ini untuk pertama kalinya ditemukan. Virus zika di kesan menjangkiti tubuh manusia di tahun 1950 terutama di daerah Afrika serta Asia yang merupakan kawasan khatulistiwa, sedangkan infeksi virus ini banyak terjadi pada tahun 1968 di daerah Nigeria. Virus zika sendi...