Posts

RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP

Image
RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP . Hari raya korban makan ayam goreng kicap je ke cik Akak Ooi.. Orang lain meriah dok up menu2 dari daging korban. Sup gear box la, sup turpedo, gulai kawah bagai.. Kau dok makan ayam goreng kicap je. Kesian... Yer I makan Ayam goreng kicap je katanya. Suami I bukan jenis manusia pemakan daging tak kira daging lembu ke kambing ke harimau ke gajah ke hapa.. Dia cuma makan daging ayam tu pun bahagian dada jer. Jadi I takde la menu dari daging korban melainkan ada orang buat korban guna ayam. Tapi mustahil la kan.. Mana ada ibadah korban guna ayam. Walaupun masih raya tapi kami makan biasa biasa je. Nak merendang rendang ayam suami ku pantang pedas. Kang aku masak aku sengsorang je hadap sampai muntah pulak. Sebab kat sini memang tak ada istilah raya. Raya bagi aku kalau aku balik kampung aku nun di kedah jer.. Jadi tak perlu beriya sangat nak memasak. Sebab tu la terhasilah menu ayam goreng kicap ni. Ayam goreng kicap ni pun antara...

BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE

Image
BILA WAU TRADISIONAL DIGABUNG DENGAN TEKNOLOGI DRONE . Kalau kat negeri & kampung aku ni.. Masa kecik kecik kami panggil layang layang tu wau. Wau pun kami panggil wau. Kalau panggil layang layang tu budak bandar je.. Budak kampung memang tak sebut layang layang. Tapi anak aku pulak lagi berbeza. Kau sebut wau ke layang layang ke memang dia tak tau pekebenda sebab dia sebut kite. Anak aku ni dah la speech delay.. bahasa pun rojak pulak. Sekarang baru proses nak mengasingkan bahasa bahasa dia. Pakcik Shafie Pembuat Wau Pak Shafie.. seorang pembuat wau terkenal bagi peminat & penggemar wau di pantai cahaya bulan, kelantan. Kira nama yang tidak asing dalam dunia pembuat wau. 48 tahun dia mengabdikan diri menghasilkan wau wau tradisional yang cantik & megah bila berterbangan di udara. Sebab dia suka bermain wau sejak dari zaman muda maka dia amat mahir menghasilkan wau. Sebab kepakaran dia dalam membuat wau ni dia pernah menjelajah hampir 10 buah negara untuk mempr...

TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK

Image
TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK . Semua sedia maklum sebelum 1 Januari 2017 semua pemegang kad atm/debit perlu tukar walaupun kad belum expired. Bukan je maybank malah semua bank pun katanya perlu tukar sebelum 1 Januari 2017. Untuk mengelakkan kesesakkan berlaku di cawangan bank, maybank dah buat sistem yang boleh apply atm/debit card secara online di maybank2u. Tapi sebelum ni ada yang cakap yang apply card secara online katanya perlu ke bank jugak nak aktifkan kad... Aku pun percaya jugak la. Tapi sebab aku rasa nak jimat masa aku apply jugak atm/debit card secara online nanti dah dapat pergi bank aktifkan je la. Selepas lebih kurang 2 minggu kad di hantar ke peti pos rumah aku. Rupanya tak perlu pun pergi ke bank untuk aktifkan atm/debit card. Boleh buat semuanya secara online. Maybank dah bagi sekali direction macam mana nak aktifkan atm/debit card di maybank2u. Bagi yang tak tahu macam mana nak apply & aktifkan atm/debit card seca...

TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST

Image
TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST . Awal awal nak minta maaf la kepada semua yang di bayar untuk mempromosikan filem seram terbaru Volkswagen Kuning Terbitan MiG Pictures. Tahu.. korang buat sebab kerja kan.. Sumber rezeki korang. Jadi takkan korang nak cakap filem tu tak best kan? Sempenan hari raya Aidiladha ni aku minta maaf zahir & batin la yer pasal entri yang aku tulis ni. Sebab aku ni kan peminat filem seram.. Banyak kali filem terbitan MiG mengecewakan aku bukan sekali dua ok! Aku gigih beli dvd original tapi kualiti filem walau bergenre seram selalu buat aku sedih macam mati anak patung katanya. Sekarang ni nampaknya mula di tayangkan promo Filem Volkswagen Kuning. babak yang di pertaruhkan dalam promo tu babak pelakon Pekin & Atikah Suhaime dalam kereta. Dengar Atikah Suhaime tu berdialog dalam babak tu pun dah nampak tak real & tak menjadi langsung. Serius tone dia memang nampak dia tak menjiwai watak yang di bawa. Masih tahap amatu...

TRAIN TO BUSAN FILEM ZOMBIE BUKAN HANTU

Image
TRAIN TO BUSAN FILEM ZOMBIE BUKAN HANTU . Sekarang tengah di tayangkan Filem Seram berkisahkan tentang zombie yang menyerang korea selatan. Masing2 yang menonton filem ni memberi respond yang positif. Macam best sangat je bila baca respond depa depa yang dah tonton filem ni buat aku pun jadi tak senang duduk. Tapi kena akur la.. Aku hanya menonton filem seram kalau dah ada dalam bentuk DVD. Tapi aku tak kisah pun tengok lambat sikit dari orang lain. Nak kejar apa la sangat setakat filem je kot. Tak payah berlumba - lumba nak jadi orang pertama sangat la. Aku ada bagitau laki kau ada filem hantu baru keluar... Laki aku cakap tu bukan filem hantu la beb! Tu filem Zombie. Hantu dengan zombie tak sama ke?? Kalau hantu di gambarkan sebagai satu makhluk dari alam ghaib yang datang menganggu manusia. Tapi Zombie yang di gambarkan dalam filem ni seolah olah macam sejenis virus yang menjangkiti manusia sehingga mampu membuatkan mayat hidup semula & mengganas. Tapi ada jugak yang mengam...

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

Image
RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE . Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share. Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok. Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perb...

INILAH 10 CADANGAN TAJUK DRAMA MELAYU IKUT TREND SEKARANG

Image
INILAH 10 CADANGAN TAJUK DRAMA MELAYU IKUT TREND SEKARANG . Semua orang sedia maklum trend tajuk drama melayu sekarang memang tak berseni langsung.. Tak kira la yang adaptasi dari novel atau tak. Bukan je tajuk drama.. tajuk novel pun termasuk sekali. Kadang2 baca tajuk pun spoil mood nak tengok drama tu. Sebab sekarang ni kebanyakkan tajuk2 drama yang konon hipster sangat tu jalan cerita dia memang membosankan & sama jer. Cuma berbeza watak jer. Antara drama yang paling terkini menjadi kecaman nitezen adalah sayangku Kapten Mukhriz.. Walau tajuk tu macam mengambarkan kerjaya seorang anggota tentera tapi cerita dia memang tak tunjuk pun kerja sebenar seorang anggota tentera malah dalam cerita tu pun hanya banyak imaginasi tipikal penulis tentang cinta seorang Kapten & doktor. Kira sepanjang cerita tu babak2 dia tak ada langsung yang mencabar.. cerita jeles, merajuk itu je la sampai habis. Sebab sekarang dah masuk fasa trend tajuk drama yang highlight tentang kerjaya.. Ok...