Posts

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

Image
BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI . Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok! Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case ...

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

Image
8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8 . Huawei antara jenama smartphone yang aku ingin miliki juga. Sebagai pengenalan huawei honor 8  salah satu smartphone terbaik di tahun 2016. di levelkan sebagai smartphone kelas atasan kerana di lengkapi dengan teknologi terkini yang berkualiti & canggih. Dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan hidup gaya masa kini.. Ia tampak sangat elegan, eklusif & mewah.. Jadi tidak hairanlah Honor 8 kini menjadi idaman ramai pengguna kerana kelebihan & keistimewaan yang ada pada Honor 8 memang melengkapi gaya hidup zaman sekarang. Lebih2 lagi bagi mereka yang suka berselfie & mengambil gambar. Maka smartphone seperti Huawei Honor 8 adalah paling sesuai bagi golongan ini kerana melengkapi apa yang anda mahukan dalam gambar. Almaklum la selfie & photography sekarang dah jadi satu trend sekarang ni. Antara sebab kenapa anda perlu menjadikan Huawei Honor 8 sebagai smartphone pilihan anda.. 1. Design & warna hitam putih, bir...

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

Image
GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM . Tu dia kat sini sapa yang guna samsung galaxy s4 zoom? Mesti baca je tajuk entri ni korang tak sabar sabar kan nak tahu gambar misteri apa yang ada dalam samsung galaxy s4 zoom tu. Almaklum la manusia malas membaca memang suka baca tajuk jer lepas tu mengelabah tak tentu pasal. Sumber Google Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang. Tengok dari ciri2 baju & seluar rasanya baju & seluar budak shahila (anak aku) pakai semalam jer.. Kalau kata dia yang ambil gambar tu sendiri macam mana gambar tu boleh nampak full dari kepala sampai hujung kaki. Nak kata aku yang ambil rasanya tak jug...

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

Image
KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM . Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa... Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ. Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza ...

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Image
KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP . Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain.. Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya. Episod sem...

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN

Image
FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN . Tu dia Pancutan katanya. Tajuk entri mesti hot, spicy & kontroversi katanya. Hari ni meriah pulak kat news feed Facebook aku dengan rakyat jelatanya yang sibuk memperkatakan sesuatu yang baru di facebook. Biasa la benda baru mesti semua excited nak cuba. Termasuk la aku.. Excited sangat tu tak la cuma nak tahu jer macam mana la icon love tu memancut mancut. Maka aku pun clik kat kat beberapa status rakan kat FB... Tu dia terpancut keluar hati hati merah jambu seolah2 mengambarkan betapa bahagianya mereka dengan perkara tu. Hati pun berbunga bunga melihat fenomena baru yang berlaku di facebook hari ni Antara yang dapat aku screenshoot kat news feed aku. Nasib la sapa yang terkena hehehe Masing2 up status minta clik icon love supaya orang yang clik dapat melihat pancutan penuh keghairahan.. ops kebahagiaan tu. hehehe... Macam macam la hang ni Mark Zuckerberg Ooi! Ada je benda baru hang nak buat. Masa...

DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL

Image
DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL . Tak nak la hipokrit cakap aku tak layan langsung drama melayu pukul 7 kat tv3 ni. Aku tengok jugak sikit2 walau banyak skip. Pukul 7.30 jer dah masuk maghrib selalunya anak aku layan upin ipin kat tv9. Kadang2 je la bersiaran rancangan tu sampai pukul 8 kadang2 tak pun. Cara aku menonton pun sama.. Time2 maghrib memang banyak skip la.. Almaklum la maghrib kan waktu yang singkat. Nak kata aku tahu sangat hujung pangkal selama episod dia bersiaran kat TV3 sekarang.. sebenarnya tak tahu sangat la. Tup2 tertengok part dia tengah sarat mengandung.. Lepas tu paham la jugak dia mengandung sebab kena rogol. Kawan sendiri aniaya katanya. Jadi kalau ikut trend tajuk2 drama pukul 7 kat TV3.. Drama tu sesuai di beri tajuk Kekasih Ku Mangsa Rogol. Baru hipster sikit katanya. hahahaha. Almaklum la trend tajuk drama pukul 7 kat tv3 memang tajuk2 direct to the point. Takde kias kias dah. Orang kata tajuk drama sekarang ...