Posts

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH

Image
KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH . Ternampak orang share satu gambar seorang bayi @ kanak kanak yang lebam teruk pada kemaluan selepas ibunya mengambil anak ni dari pengasuh. Sebelum tu pengasuh pesan siap siap tak payah mandikan sebab dia dah mandikan & di letak banyak bedak di bahagian kemaluan kanak kanak tu. Bila tengok gambar serius bagai di rentap hati seorang ibu. Ya Allah apa yang berlaku sebenarnya kepada budak tu sampai dapat kesan lebam teruk di bahagian kemaluan dia. Dan pengasuh pun macam merahsiakan sesuatu. Kesan terhentak pada objek keras atau kesan dari perlakuan pengasuh ke tak pasti. Tapi tengok tahap lebam macam tu kalau aku jadi mak budak tu pun aku rasa minit tu jugak aku akan bawa pergi check kat hospital lepas tu kalau ada unsur penderaan memang terus buat laporan polis jer. Pengasuh pun macam cuba merahsiakan sesuatu so bermakna ada something wrong somewhere la tu. Zaman sekarang memang sangat berisiko hantar ...

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

Image
DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN . Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni. Samudera Rindu Slot Azalea TV9 Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mul...

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

Image
BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI . Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok! Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case ...

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

Image
8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8 . Huawei antara jenama smartphone yang aku ingin miliki juga. Sebagai pengenalan huawei honor 8  salah satu smartphone terbaik di tahun 2016. di levelkan sebagai smartphone kelas atasan kerana di lengkapi dengan teknologi terkini yang berkualiti & canggih. Dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan hidup gaya masa kini.. Ia tampak sangat elegan, eklusif & mewah.. Jadi tidak hairanlah Honor 8 kini menjadi idaman ramai pengguna kerana kelebihan & keistimewaan yang ada pada Honor 8 memang melengkapi gaya hidup zaman sekarang. Lebih2 lagi bagi mereka yang suka berselfie & mengambil gambar. Maka smartphone seperti Huawei Honor 8 adalah paling sesuai bagi golongan ini kerana melengkapi apa yang anda mahukan dalam gambar. Almaklum la selfie & photography sekarang dah jadi satu trend sekarang ni. Antara sebab kenapa anda perlu menjadikan Huawei Honor 8 sebagai smartphone pilihan anda.. 1. Design & warna hitam putih, bir...

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

Image
GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM . Tu dia kat sini sapa yang guna samsung galaxy s4 zoom? Mesti baca je tajuk entri ni korang tak sabar sabar kan nak tahu gambar misteri apa yang ada dalam samsung galaxy s4 zoom tu. Almaklum la manusia malas membaca memang suka baca tajuk jer lepas tu mengelabah tak tentu pasal. Sumber Google Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang. Tengok dari ciri2 baju & seluar rasanya baju & seluar budak shahila (anak aku) pakai semalam jer.. Kalau kata dia yang ambil gambar tu sendiri macam mana gambar tu boleh nampak full dari kepala sampai hujung kaki. Nak kata aku yang ambil rasanya tak jug...

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

Image
KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM . Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa... Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ. Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza ...

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Image
KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP . Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain.. Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya. Episod sem...