Posts

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

Image
RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA . Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya. Megi kari  Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan.. Antara bahan nak masak megi kari ni.. Serbuk rempah kari Serbuk cili kicap manis sos tomato * Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehin...

KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN

Image
KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN . Nampaknya Ezbuy ni macam saja je bagi gambaran indah masa aku baru2 berkenalan & baru2 nak jatuh cinta dengan dia. Kali pertama shopping kat ezbuy.. Memang tip top servis penghantaran dia. Aku ambil economy air.. Lebih kurang seminggu tu dapat la barang yang aku order. Kali kedua pun sama.. Tempoh penghantaran tu lebih sama je macam kali pertama. Tapi kali ketiga ni aku order 10 item. Aku buat bayaran pada 29.09.2016.. sepatutnya dalam minggu ni dah dapat la order aku tu tapi.. check status barang yang aku order tu depa dah separate jadi 3 parcel. Dua parcel tu baru je berstatus "Arrive In Malaysia". Maybe dalam next week kalau tak ada aral melintang pukang sampai la kot tapi yang satu lagi tu status apapun tak ada. Dok je kat 'Prepare Shipment' sejak 9 hari lalu. Tak terbang2 lagi dari china ke Malaysia. Dah hantar ticket tanya apa kes yang parcel yang satu tu diam tanpa khabar. Kenapa tak ter...

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM

Image
SENARAI PEMENANG GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM . Lebih kurang sebulan Giveaway ni berlangsung akhirnya setelah di tilik dalam geluk jampi nujum pak belalang.. Maka dah dapat la senarai pemenang. Walaupun contestant cukup2 syarat jer... Memang nak bagi cukup syarat sebab tak sampai hati pulak nak batalkan Giveaway katanya. takpe la.. pengalaman pertama handle untuk Giveaway sendiri.. Lagipun niat nak bagi pembaca blog lekatlekit.com ni hadiah dah lama. Sebelum Pemenang nak di umumkan.. Sukacita la admin blog lekatlekit nak bagitau.. Hadiah mestilah di tuntut seminggu dari tarikh pemenang di umumkan. Kalau tak redeem hadiah anda memang akan di kira 'burn' la sebab admin blog anggap anda tidak berminat dengan hadiah tersebut. Jadi semua yang menyertai Giveaway ni kena alert yer... Dengan lafaz bismillah.. Jemput makan. ok ok.. gurau jer.. Senarai pemenang Giveaway kutuk mengutuk bersama lekatlekitdotcom adalah... Hadiah utama.. Blog pilihan melekit ada...

EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU

Image
EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU . Selama aku jadi blogger ni aku jarang nak ajak blogger lain exchange bloglist sebab aku suka letak je apa2 blog yang aku suka nak letak. Tapi baru2 ni bloglist aku tetiba ghaib penuh misteri & mistik. Tak tau macam mana boleh hilang.. Kena sorok bunian ke hapa tak tau la kan.. hahaha. Tu la suka tulis cerita pasal hantu sangat kat blog.. Bloglist pun dah kena culik dengan bunian.. Tak pepasal bunian pulak bersalah katanya. hahahaha Sumber Google Aku tengok macam sikit je blog2 kat bloglist aku.. Tetiba hari ni dapat hidayah nak exchange bloglist. Maka aku buat la pengumuman kat Facebook aku. Almaklum la kat Facebook banyak link dengan blogger. Ada la beberapa blog yang letak link.. Saja la nak tengok mana yang dah letak link blog aku kat blog depa. Yang letak cuma 1 2 blog jer.. Yang lain2 bagi link.. haram tak nampak tang mana exchange link nya. Sebab malas nak blogwalking satu persatu alih2 hampa je dapat.. aku private kan post tu...

TAK SANGKA KHAI BAHAR PERNAH BERDUET DENGAN ARTIS2 ANTARABANGSA & TEMPATAN NI

Image
TAK SANGKA KHAI BAHAR PERNAH BERDUET DENGAN ARTIS2 ANTARABANGSA & TEMPATAN NI . Khai bahar ni aku kenal sebab dok tengok post2 kat Page KHK yang suka sangat mengecam dia. Aku pun sebenarnya tak kenal dia sebab dia di kenali melalui video2 dari aplikasi karaoke smule tu. Aku memang jarang sangat nak layan video2 smule orang ni.. apatah lagi nak ber smule. Rasa macam tak cukup masa pulak nak buat hahahahaha. Khai Bahar Sebab di kenali dari smule.. dia dah jadi retis sekarang. Popular di kalangan peminat2 muda remaja la sebab dia pun level2 muda belia lagi. Kakak2 macam aku ni maybe takde la fanatik sangat kot dengan Khai bahar tu. Tapi dah nama blogger & pengamal media sosial tegar ni minat tak minat tetap kau ikut semua perkembangan semasa, dunia hiburan bagai. Kadang2 ter ambil tahu secara tak sengaja jugak.. Baru2 ni katanya jadi Viral Khai Bahar berduet dengan Misteri Potato dari mexico sana. Betoi ka? Menurut sumber yang aku baca depa nampak serasi macam dah lama ke...

ANGGOTA KUMPULAN NASYID BROTHERS SALLEH DERIL MENINGGAL DUNIA

Image
ANGGOTA KUMPULAN NASYID BROTHERS SALLEH DERIL MENINGGAL DUNIA . Masih ingatkah anda dengan kumpulan nasyid brothers yang dulu popular dengan lagu Teman sejati. Kumpulan yang pernah di anggotai penyanyi lagu salsabila & Mimpi Laila, Yassin tu. Alahh.. takkan tak ingat. Tengok gambar di bawah mungkin refresh balik memori korang. Kumpulan Nasyid Brothers Tadi ternampak post mediahiburanonline yang memberitahu salah seorang anggota kumpulan Brothers, Salleh Deril atau lebih di kenali sebagai Salleh brothers telah meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahhirojiun... Semoga Arwah di ampuni segala dosa dosanya & di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Salleh Brothers Katanya arwah koma akibat serangan jantung dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). keadaan arwah waktu tu agak kronik dan bergantung kepada tiub pernafasan. Namun Allah lebih menyayanginya.. Semoga keluarga Arwah tabah menghadapi kehilangan orang t...

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP

Image
RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP . Bila masak untuk sorang - sorang2 makan ni rasa nak masak menu2 yang simple & cepat je. Tapi kalau nak makan telur goreng je pun jemu. Alang2 memang aku sorang je makan pedas dalam rumah ni sekarang.. Ayam pun tinggal 2 ketoi tu pun part yang laki aku tak makan.. Sebab laki aku makan bahagian dada ayam jer.. lain2 part dia tak makan.. Bila tengok daun kesom elok je dok hijau lagi. Lebih masak laksa haritu & serai pun ada lagi.. Tetiba teringin nak makan asam pedas ayam. Maka ke dapurlah kita bagi menyempurnakan hajat di hati tu. Gitulah kalau hidup sendiri ni.. Kau nak makan.. pepandai la kau masak. Takde orang nak tolong masakkan. Malas ke rajin kena la jugak berketung ketang kat dapur. Nak masak asam pedas ayam ni.. Bukan setakat kena ada daun kesom, serai bagai.. Nak tau apa bahan bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas ayam ni.. Meh la tengok. Jangan risau kalau version lekatlekit ni memang mudah mudah belaka tapi...