Posts

TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE

Image
TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE . Mesti ada yang akan cakap.. Ni la melayu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya sikit mula dengki. Tu ayat tipikal orang2 sebangsa kita akan cakap. Takde benda lain dorang nak tuduh selain dengki bila benda benda macam ni jadi pertikaian. Kadang2 bukan sebab dengki tapi yelah.. Ia macam satu persoalan.. Perlu ke kisah Nasi Lemak anak dara ni jadi macam satu isu besar & satu isu penting yang tak cukup viral kat media sosial sampai berita tv, suratkhabar, majalah & stesen radio semua nak cakap pasal tu? Tu yang mula jadi pertikaian sesetengah orang la sekarang ni. Aku tolong tulis balik jer... hahahaha Yang tu aku tak nak pertikai.. Rezeki dia dapat populariti lepas jadi viral kena saman masa tengah meniaga nasi lemak. Cuma aku tertanya tanya jer.. Sedap sangat ke nasi lemak dia sampai lelaki2 kat Malaysia ni sanggup berbaris panjang nak beli? Serius aku cuma dok baca pasal anak dara tu bukan pasal kes...

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Image
SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP . Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la. Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak or...

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI

Image
NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI . Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. hehehehe Bila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. M...

BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA

Image
BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA . Bermain puzzle ni antara aktiviti yang kita pernah buat zaman kecil kecil dulu. Selalunya aktiviti susun puzzle ni kat rumah la bersama adik beradik yang lain. Sebab susun puzzle ni bukan sesuatu yang mudah sangat. Perlu penelitian sebab 1 gambar di pecahkan2 kemudian kita perlu menyusan sehingga menjadi satu gambar balik. Aktiviti ni memang mampu menajamkan minda & fokus seseorang. Memang bagus untuk meningkatkan fokus kepada manusia terutama kanak kanak. Sebab permainan puzzle ni bukan permainan semata mata untuk mengisi masa lapang. Permainan puzzle memerlukan seseorang mengecam corak & berfikir untuk mencantumkan pecahan gambar gambar puzzle tersebut. Ia merangkumi kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan. Permainan Puzzle ni Bukan untuk kanak kanak je tau. Ia sesuai untuk semua golongan termasuk orang dewasa. Permainan Puzzle juga boleh di...

MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI

Image
MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI . Zaman media sosial dengan trend viralnya kita boleh baca macam2 kisah dari perkongsian orang lain. Ada yang kisah benar.. ada jugak yang nak popular create kisah imaginasi yang seolah2 mengambarkan perkara tu benar benar berlaku. Kadang2 aku dok baca viral kat facebook ada yang aku rasa macam tak berapa logik walau ramai percaya. Sebab zaman orang semua berebut2 nak jadi popular di media sosial.. nak jadi hotstuff.. nak dapat ramai follower.. macam2 trick depa guna. So, apa yang kita baca.. tak semua boleh di ambil sebagai satu kebenaran. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Tadi terbaca satu viral kisah seorang 'Paklong' katanya pergi ke ATM mesin naik motor dengan seorang anak perempuan. Nak ambil duit sebab duit makan dah tak ada. Gas kat rumah pun dah habis.. tekan2 duit tak keluar. Bukan duit dalam mesin ATM tu habis tapi duit dalam account dia yang tak ada. Anak dia tak masukkan lagi walaupun anak dia dah janji nak masukkan. Bi...

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI

Image
YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI . Kalau kat korea sekarang ni tengah popular Train To Buhsan.. Tapi kat Malaysia sentiasa popular Train Too Bosan katanya. Kejab delay.. kejab rosak.. Sesak tu sentiasa la kalau waktu puncak. Tu tak campur lagi dengan viral2 penumpang LRT yang kurang pendidikan moral semasa menggunakan perkhidmatan LRT. LRT Aku ni tak berani la nak complaint pasal perkhidmatan LRT kat Malaysia.. Rasanya baru merasa naik LRT sekali dua je sepanjang seabad aku tinggal kat sini. Lagipun nak kemana sangat la aku naik LRT tu.. Aku cuma surirumah kalau nak kemana mana pun selalunya bersama suami & anak. Jadi pengangkutan awam memang aku jarang sangat nak guna. Tapi selalu dok baca rungutan dari pengguna2 pengangkutan awam kat Malaysia ni terutama LRT. Sebab LRT dah jadi satu benda penting buat orang key ell ni katanya. Bukan je rakyat malaysia.. Yang pendatang asing tak kira dengan izin & tanpa izin pun bersepah jugak. Terpaks...

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS

Image
8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS . Dalam masyarakat kita memang ada yang percaya haiwan boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus atau makhluk ghaib ni. Dari kecik pun rasanya kita biasa dengar orang tua2 kaitkan haiwan dengan kehadiran makhluk halus ni. Jadi kita pun membesar la dengan kepercayaan tu... Katanya.. Kehadiran makhluk halus jugak boleh di kesan dengan perilaku atau bunyi dari haiwan yang tiba2 mungkin perangai dia jadi pelik & mencurigakan.. atau bunyi dia jadi lain macam yang boleh buat kita rasa seram. Betul tak betul.. Allah maha mengetahui segalanya.. Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. 1. Burung hantu mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk ke...