Posts

FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA

Image
FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA . Walaupun dah 10 tahun aku tak hidup berkongsi rumah dengan kucing.. Selepas aku berhijrah ke kota metropolitan katanya. Tapi 10 tahun sebelum ni memang hidup aku berkongsi dengan haiwan yang bernama kucing. Siang malam pagi petang dengan kucing. Tidur pun dengan kucing. Sampai malas nak tutup pintu bilik.. sebab masa tu ada sekor nama senawe tapi nampak pendek dia awe jer suka la balik tengah2 malam.. pukul dua tiga pagi kejut bangun sebab dia nak makan. Ya Allah rindu sungguh nak tidur berhimpit dengan kucing. Almaklum la aku rumah aku kat kampung tu bukan bela sekor dua kucing.. Tapi dah duduk rumah di atas kayangan.. dapat pulak jiran yang suka cari silap je nak buat report. Almaklum la aku tak geng dengan dia.. Bukan di kalangan ahli2 anyam ketupat dia, maka dia suka sangat la dok menganiaya aku cara tikam belakang. Depan2 tak berani dia nak cakap. Jadi aku malas nak jadi masalah dengan dia & badan pengurusan bangunan.. Ak...

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA

Image
BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA . Walaupun tempat aku memburu hantu dah tutup.. Tinggal yang mahal2 jer still buka tu pun tak banyak dah premis dia serata tempat. Jadi agak susah sekarang nak dapatkan dvd filem seram yang original.. Cuba jugak la ikut trend tengok online. serius 10 minit pun aku rasa tak boleh nak teruskan. Memang tak feel langsung tengok online ni. Aku tetap kena kat skrin tv... kepuasan tu tak sama katanya. Semalam sempat singgah kat satu malam di mana menjadi pusat penjualan dvd haram secara besar besaran. Siap pasang TV lagi tu. Kira kat pasar malam tu ada 2 3 penjual yang jual dvd bukan meja besar la. Sebab pilihan dah tak berapa nak ada.. Ku gagah juga kutip 4 dvd filem seram yang aku belum tonton. Nak dapat filem2 seram terkini ni kalau ah lang nun memang senang la dapat berbanding original. Musang berjanggut jugak la menunggu keluar dalam bentuk dvd. Ni bercakap dari pengalaman yer. Punya nak support yang original katanya tapi ...

PUSAT RAWATAN ISLAM CEKIK DARAH

Image
PUSAT RAWATAN ISLAM CEKIK DARAH . Kalau zaman dulu susah la nak cari pusat rawatan Islam nak2 lagi tahun 90an kebawah. rata2 masing menggunakan rawatan alternatif cara kampung yang orang dulu2 panggil bomoh. Tapi sekarang bersepah pusat rawatan Islam di buka serata negeri selepas Darussyifa di tubuhkan. Dah macam klinik swasta pusat rawatan islam sekarang. Kat mana2 pun ada. Bila dah rasa benda tu boleh jadi satu perniagaan yang menguntungkan.. Maka ramai mula ambil kesempatan menjual ayat ayat Al Quran & nama agama untuk kepentingan peribadi. Semalam ternampak satu post Abby Abadi kat Instagram yang tunjuk 1 resit bayaran rawatan perubatan di satu pusat rawatan Islam yang bagi aku caj yang dikenakan bukan mampu bayar tapi mampus nak bayar. Kau menggunakan nama Islam & ayat2 Al Quran tapi kau mengenakan harga ikut nafsu syaitan. Dah macam bomoh cari makan pulak dia punya caj rawatan tu. Tak di nafikan bukan pusat rawatan yang jadi Viral ni sahaja yang mengenakan caj mela...

14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA

Image
14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA . Sekolah & kejadian histeria macam tak dapat di pisahkan. Mana2 sekolah pun mesti ada kejadian histeria kalau tak secara beramai ramai pun mesti ada satu dua kes histeria berlaku setiap tahun. tak tahu la kenapa makhluk tu suka sangat dengan budak sekolah kan? Tapi sebenarnya kadang2 budak2 tu je terlebih nakal. Dok seru2 jin bagai. Contoh budak sekolah suka sangat main permainan spirit of the coin. Mana aku sekolah pun permainan ni memang popular. Tu pun antara penyebab kejadian histeria berlaku juga. Yang terbaru katanya berlaku siang tadi di SMK Bandar Baru Bangi. Pelajar di serang histeria beramai ramai. Bukan je budak perempuan.. budak lelaki pun terkena jugak. Jarang2 kita nak dengar budak lelaki kena histeria ni.. Maybe budak2 lelaki zaman sekarang terlebih kpop dalam hati kot tu tak berapa kental sangat jiwa jiwa mereka hehehe... Jangan marah gurau je. hikhikhik Apapun tak tahu apa punca kejadian histeria ...

POPULAR LAGI KE SYASYA SOLERO YANG PERNAH VIRAL DENGAN VIDEO MACAM CANTIK, MACAM COMEL TU?

Image
POPULAR LAGI KE SYASYA SOLERO YANG PERNAH VIRAL DENGAN VIDEO MACAM CANTIK, MACAM COMEL TU?   Ni kalau peminat syasya solero baca tajuk entri confirm la pakat senteng lengan baju nak datang berperang kat blog lekatlekit katanya. Berani kau mempersoalkan populariti syasya solero tu. Kau tak tahu ke sekarang dia dah terkenal ke seantero alam maya.. Kau je tak tahu, orang lain semua tahu. ye ye.. aku tak tahu bermakna dia tak popular la pada aku. hahahaha... Ok ok.. gurau je. Syasya Solero yang pernah popular dengan video macam cantik je.. macam comel je... Alkisahnya bila ada yang menegur bila aku kata Syasya solero dah senyap dari di perkatakan di media sosial selepas pernah mengemparkan alam maya dengan Video macam cantik jer.. macam comel jer.. sambil membeliakkan biji mata dia. Depa kata sapa kata dia dah tak popular.. sekarang dia dah jadi model & dah jadi youtuber yang video2 dia mendapat ratus ribu views. Oic.. baru tahu rupanya dia melebarkan sayap dia ke ...

TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE

Image
TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE . Mesti ada yang akan cakap.. Ni la melayu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya sikit mula dengki. Tu ayat tipikal orang2 sebangsa kita akan cakap. Takde benda lain dorang nak tuduh selain dengki bila benda benda macam ni jadi pertikaian. Kadang2 bukan sebab dengki tapi yelah.. Ia macam satu persoalan.. Perlu ke kisah Nasi Lemak anak dara ni jadi macam satu isu besar & satu isu penting yang tak cukup viral kat media sosial sampai berita tv, suratkhabar, majalah & stesen radio semua nak cakap pasal tu? Tu yang mula jadi pertikaian sesetengah orang la sekarang ni. Aku tolong tulis balik jer... hahahaha Yang tu aku tak nak pertikai.. Rezeki dia dapat populariti lepas jadi viral kena saman masa tengah meniaga nasi lemak. Cuma aku tertanya tanya jer.. Sedap sangat ke nasi lemak dia sampai lelaki2 kat Malaysia ni sanggup berbaris panjang nak beli? Serius aku cuma dok baca pasal anak dara tu bukan pasal kes...

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Image
SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP . Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la. Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak or...