Posts

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG

Image
DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG . Sekarang tengah di tayangkan kat TV3 drama cik siti. Sebenarnya drama ni pernah di tayangkan dulu.. Antara drama yang best jugak layan sebab di angkat dari kisah lagenda seorang wanita yang bernama Siti Aminah atau lebih di kenali dengan gelaran siti jalang. Tapi dalam drama ni tak highlight la gelaran Jalang tu.. mungkin menjaga sensitiviti. Perkataan jalang tu kita sedia maklum agak kasar. Bagi yang tak pernah baca atau dengar kisah pasal lagenda siti jalang ni,, meh la sini den nak mengungkit kembali kisah lama yang semakin hilang di zaman moden ni.. Kisah ni katanya berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Mesti hangpa nak tau kenapa dia di gelar siti jalang kan? Adakah dia seorang perempuan ta...

YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI

Image
YANG PLAN NAK TENGOK WAYANG ESOK, WAJIB BACA NI . Hari ni KL di tutup sebab ada perarakan pakaian beruniform dari 2 kumpulan pancaragam.. Kumpulan kuning & kumpulan Merah. Hanya depa dengan anggota keselamatan je berada kat situ.. Orang awam memang takde sangat. Kedai2 & premis2 perniagaan pun banyak yang tutup bagi memberi laluan pasukan beruniform tu berarak mendung kelabu katanya. Hope esok KL dah bersih dari sebarang kekotoran lah yer.. hehehe Mungkin hari ni korang terpaksa berkurung dalam rumah.. Esok ada plan nak tengok wayang. Almaklum la sebelum berakhir 2016 katanya tak nak la terlepas filem2 terbaru hujung tahun. Nak2 lagi kalau yang dah berkeluarga.. Hujung2 tahun ni anak2 pun dah habis exam bagai. Buku teks pun dah hantar.. boleh la bawa tengok wayang untuk mereka release tension kan? Kesian dari awal tahun belajar semata mata nak dapat result yang cemerlang agar mak bapak dia boleh snap slip keputusan exam & upload kat media sosial.. Takkan la tak dapat a...

SEBAB KENAPA ANDA KENA ELAK MAKAN DI CAFE HIPSTER TERUTAMA PELAJAR

Image
SEBAB KENAPA ANDA KENA ELAK MAKAN DI CAFE HIPSTER TERUTAMA PELAJAR . Sapa2 yang suka berkunjung kat cafe2 berkonsepkan hipster sekarang konon nampak trendy la kan.. Yelah.. benda tu tengah In-Trend katanya. Masing2 nak makan, ambil gambar & upload kat media sosial setiap kali makan kat cafe hipster. Baru nampak stylo milo katanya. Tapi golongan ahkak2 macam aku ni rasanya dah habis zaman nak makan kat tempat2 yang berunsur trend zaman sekarang. Kami makan tempat yang selesa untuk bawa keluarga, nak2 lagi yang ada anak kecik, sedap, portion makanan yang mengeyangkan & harga yang berbaloi nak bayar. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Zaman ekonomi pun semakin ekonomoney ni.. Rasanya ahdik ahdik terutama yang masih belajar tu kau tak payah tunjuk macam 'orang ada ada' sangat la kan. Makan kat cafe2 hipster.. Warung2 tak layan katanya. Takut nanti.. tak sampai hujung bulan orang mampu makan nasi berlauk kau terpaksa berpuasa 24 jam sehari pulak. Tetiba keluar haria...

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

Image
TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK . Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang. Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui laz...

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?

Image
BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah.. Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bul...

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP

Image
RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP . Kalau orang kedah memang panggil Moi.. Tapi biasanya orang kenal sebagai bubur nasi atau nasi air di sesetengah tempat terutama di kawasan pantai timur. Macam macam cara orang makan moi atau bubur nasi ni. Ada berlauk.. ada yang makan kosong cuma di tambah gula atau kicap & ada di makan bersama sup. Hari ni den terr... masak moi @ bubur sup ni. Alkisahnya nasi semalam tak habis.. Nak buat nasi goreng pun nafsu serakah tak menjurus ke arah tu maka nak di buang sayang marilah kita merebus nasi tersebut menjad bubur. Ni bukan kisah nasi dah jadi bubur ok tapi kisahnya membuburkan nasi yang tak habis makan. hehehehe.. Bila dah masak bubur tu rasa macam selalu sangat dah makan bubur ayam.. Tapi masih boleh di makan bersama ayam kegemaran laki ku itu. Maka terhasilah Moi Sup. Nak buat Moi Sup ni takde la susah sangat sampai perlu pergi bertapa kat gunung ganang bagai semata mata nak belajar masak.. mudah je. Bertapa kat blog lekatlekit n...

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

Image
TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH . Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia... Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yan...