Posts

MISTERI TEMBOK BESAR CHINA.. DI BINA MENGGUNAKAN RANGKA MANUSIA

Image
MISTERI TEMBOK BESAR CHINA.. DI BINA MENGGUNAKAN RANGKA MANUSIA . Bagi yang tak pernah tahu tentang Tembok Besar China ni meh la nak intro sikit.. Tembok besar China adalah salah satu monumen tinggalan sejarah yang menjadi lambang kemegahan negara China. Memang sinonim negara china & tembok besar china tu. Ia Di bina bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km. Di sebalik cerita mitos tentang pembinaan Tembok besar China ada yang mengatakan tembok besar china di bina menggunakan rangka manusia yang di campur bersama bahan binaan yang lain. Biar betul? Aku rasa maybe ramai di antara mereka mereka yang membaca mitos ni akan respond macam tu termasuk la aku masa terbaca salah satu fakta tentang tembok besar cina ni. Yelah.. selama ni tak pernah pulak aku tahu pasal tu. Tapi takde pulak yer kisah2 mistik yang berlaku kat sepanjang tembok besar china tu kan? Er...

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK

Image
NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK .  Hari jumaat malam sabtu kembali bersiaran kisah seram serik lekatlekit setelah lama menyepikan diri. Almaklum la pentulis kisah seram sekarang ni ada sedikit kemalasan untuk pergi berburu cerita cerita seram. Mood tu on of jer.. Malam ni pun malas malas rajin tapi tetiba rasa rindu bertamu di ruang hati yang kosong tak berpuaka sejak dua menjak ni.. Buat aku gigih jugak mengarang. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Malam ni kita cerita aku nak share satu kisah seram yang berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah agama di Gombak. Aku tak tau la berapa banyak sekolah aliran agama kat Gombak.. Yang aku tahu cuma satu. Tu pun selalu jer ternampak.. Selebihnya nanti aku interview laki aku. Untuk memastikan sekolah mana yang di maksudkan.. Kalau satu satunya sekolah aliran agama kat Gombak tu ada.. bermakna kejadian tu berlaku kat sekolah yang selalu aku nampak tu la kan.. Kisah ni berlaku kat bu...

TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT

Image
TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT . Majoriti rakyat Malaysia selain suka buat kerja last minute depa juga tak suka nak siasat dulu sebelum buat spekulasi sendiri sebab tu la berlaku kesesakkan di cawangan2 bank seluruh negara sekarang. Asal orang cakap kad bank kena tukar jer.. Masing2 panik sampai berkampung kat bank, berbaris panjang sampai keluar dari premis bank tu. Sanggup tunggu seharian kat bank. Salah satu sebab.. tak faham tapi malas bertanya & suka salah faham tanpa usul periksa. Sebagai seorang blogger yang prihatin walau perkara ni dah mula jadi viral kat media sosial so tak salah buat entri khidmat masyarakat sikit nak bagi kesedaran kat orang awam yang mana sedang panik takut tak dapat nak buat pengeluaran duit selepas 31 december kalau tak tukar kad ATM dia sekarang. Yang perlu tukar sebenarnya yang aktifkan debit card & selalu swap2 je bila buat masa shopping. Setakat macam laki aku dia tak aktifkan debit card malah d...

KURANG FEEL TENGOK LAKONAN SITI SALEHA DALAM DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

Image
KURANG FEEL TENGOK LAKONAN SITI SALEHA DALAM DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU . Maaf yer peminat drama 7 hari mencintaiku & peminat pelakon cantik siti saleha tu. Korang kena terima dengan hati yang terbuka katanya. Jangan cepat sentap.. hehehehe... Sesungguh apa yang bakal ku tulis nanti bukan la cinta biasa.. erkk.. silap!! apa yang bakal ku tulis nanti adalah ikhlas dari hati. Bukan nak jadi rare atau lain dari yang lain.. Antara babak dalam 7 hari mencintaiku. Siti saleha Sememangnya sejak dulu lagi aku bila tengok lakonan siti saleha ni macam kurang feel.. dia berlakon babak sedih pun tak mampu menusuk ke kalbu & dia berlakon babak romantik pun tak menusuk ke kelambu jugak. Tak tahu kenapa.. Mungkin riak wajah, tone suara & slang dia bagi aku macam tak berapa feel la. Berbanding pelakon Izreen Azminda yang bagi aku antara pelakon yang boleh bawa bermacam macam jenis watak. Kalau watak jahat pun kita boleh rasa benci tengok muka dia macam dalam drama Tentang Dhia dulu......

5 JENIS SNEK YANG SEDAP ANDA BOLEH MAKAN TANPA RISAU PASAL KOLESTROL

Image
5 JENIS SNEK YANG SEDAP ANDA BOLEH MAKAN TANPA RISAU PASAL KOLESTROL . Snek atau lebih senang faham makanan ringan yang kita selalu akan fikir ia berbentuk macam junk food yang kurang sihat & banyak perisa/perasa tiruan. Makanan macam tu selalunya akan menyebabkan masalah kesihatan & kegemukkan. Sebab tu la kalau orang nak ber diet dia elakkan ambil snek2 yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Tapi tidak semua snek tidak sihat di makan ketika anda lapar.. Ada snek yang baik untuk di ambil tanpa perlu risau tentang kolestrol. Antaranya coklat.. Mesti ada yang was was kan nak makan coklat sebab ramai yang percaya coklat juga antara penyebab kegemukkan jugak. Sebab tu katanya orang gemuk suka makan coklat.. Amboi tak sayang mulut kan cakap macam tu. Melambak orang kurus suka makan coklat jugak ok!!.. Tak salah nak jadikan coklat sebagai snek tapi pastikan anda pilih coklat gelap yang tidak mempunyai lemak tepu dari minyak sawit. Makan pun jangan la sampai kenyang macam...

BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI

Image
BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI . Semua orang tak nak gemuk.. Semua nak selim melim macam slim river katanya. Termasuk la aku.. walau aku pernah melalui fasa hidup seorang yang kurus keding.. Sehingga rasa hilang keyakinan diri. Even tak dalam kategori gemuk.. Kalau guna mesin penimpang yang pesen baru tu.. siap tinggi bagai dia ukur berada di tahap ok berbanding dulu result dia slim manjang.. Tapi kadang2 tak tau la cermin tu saja nak pedajal ke hapa.. bila tengok diri sendiri apasal nampak penguin sangat aku ni. Hahahaha Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Jadi ada jugak niat nak membakar kalori berlebihan dalam badan supaya berat badan tak naik tanpa had laju di tetapkan. Tapi selalunya hanya niat je la jarang di sertakan dengan perbuatan. Tapi sebab aku jenis selera yang on off tu gamaknya berat tak naik tahap menyeramkan sangat. Nak2 aku bukan jenis pemakan nasi yang tegar. Dalam seminggu tu aku tak boleh makan nasi 7 hari.. paling2 3 h...

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

Image
ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU . Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa ( statement yang minta kena pijak ramai ramai ).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak.. Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu.. Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak ...