Posts

PONTIANAK MENGILAI DALAM BAS PLUSLINER SELEPAS PENUMPANG PETIK BUNGA DI RNR

Image
PONTIANAK MENGILAI DALAM BAS PLUSLINER SELEPAS PENUMPANG PETIK BUNGA DI RNR . Rasanya dalam koleksi cerita seram serik lekatlekit ni belum ada kisah seram yang melibatkan dalam bas ekspress kan. Jadi untuk melengkapkan koleksi kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Bak kata Dj SuriaFM bukan pemburu hantu tapi pemburu kisah seram. Aku tak berapa cukup kental & kenyal lagi kot nak pi buru makhluk2 halus ni.. Aku pun tak berapa nak membesar kang tersesat dalam dunia makhluk halus pulak. Yelah.. sama2 halus katanya. hahahahaha Tadi terbaca kat satu forum kisah pengalaman seram hamba Allah ni ternampak kelibat menyeramkan dalam bas ekpress yang dia naiki.. Dia cuma bagi hint bas tu nama COS*** aku pun tak tau bas apa. jarang naik bas katanya.. Tak hafal pulak nama2 bas ni. Katanya dia dalam perjalanan dari utara nak balik ke KL. Dia ambil tiket midnite pukul 12.30 malam. Dia ambil bas double decker. Biasa la.. Bajet boleh la tidur sepanjang perjalanan takde la bosa...

MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR

Image
MAJIKAN CURI BUAH PINGGANG ORANG GAJI INDONESIA TANPA SEDAR . Serius kesian aku baca berita ni tau.. Tak kisah la benda ni berlaku kepada sesiapa sahaja even orang gaji warga asing. Warga manapun tetap mereka manusia punya hati & perasaan. Jangan rasa depa orang gaji boleh buat apa sahaja macam haiwan. Haiwan pun kau tak boleh bagi layanan buruk.. Tetap berdosa inikan manusia. Tapi tak sangka ada manusia berhati iblis sanggup buat benda ni kepada manusia lain. Kisahnya.. Seorang warga indonesia ni mohon pekerjaan melalui agensi pekerjaan kat negara dia la untuk jadi pembantu rumah. So di di hantar ke Doha, Qatar & menjadi pembantu rumah kepada keluarga warga palestine. Majikan dia ada bawa dia buat pemeriksaan kesihatan & ambil suntikan. Lepas tu katanya dia di bawa ke sebuah bilik yang macam bilik bedah di sebuah hospital kat sana. Di beri suntikan lepas tu katanya dia tak sedar diri selama 5 jam. Sedar je ada kesan jahitan kat badan dia. Tapi majikan dia tak pernah...

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER

Image
INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER . Sebagai tipikal perempuan bab bab makeup ni aku tak terkecuali terjebak dalam trend lukis kening tanpa perlu di cukur. Bermakna just guna eyebrow & concealer je nak membentuk kening tu. Gigih tau aku belajar sendiri kat rumah berpandukan video2 tutorial kat online ni. tu pun belum tahap cantik sangat cuma boleh la.. Nampak la sikit bentuk dari kening asal yang memang takde shape. Bukan semua orang di lahirkan dengan bentuk kening yang tak makeup pun dah cantik & lentik. Aku kategori jenis kening yang memang tak ada bentuk. Sebab aku agak obses dengan kening sekarang.. so aku dah ada koleksi eyebrow pencil & eyebrow jenis powder. Kalau dah nama koleksi of course la lebih dari satu. Berapa banyak tu tak sebanyak la orang lain. Ada 3 - 4 gitu katanya. Semua berlainan jenis & warna. Terbaru aku beli Maybelline Fashion Brow Duo Shaper, gray color. Sebab color gray memang aku belum ada. Tengok orang pakai...

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

Image
RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN . Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi. Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di d...

PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA

Image
PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga seorang pelakon vateran yang sangat di kagumi.. Tan Sri Jins Shamdudin yang di khabarkan telah kembali ke rahmatullah pada sebentar tadi. Tan Sri Jins Shamsudin atau nama sebenarnya Mohamed Jins bin Shamsuddin di lahirkan pada 5 november 1935 di Taiping, Perak. Allahyarham merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee , beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an. Melanjutkan pelajaran bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. Sejak 1956, Allahyarham  mula melibatkan diri dalam 40 filem. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Raml...

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU

Image
AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU . Zaman sekarang dah macam trend suami jadi househusband & si Isteri keluar bekerja. Bukan kata semua househusband tu tak bekerja..Ada yang bekerja dari rumah juga cuma bagi aku pendapat aku la.. Paling afdal lelaki la patut keluar bekerja & Isteri lebih baik di rumah atau bekerja dari rumah. Sebab perempuan kita sedia maklum terdedah dengan fitnah & lebih berisiko menjadi mangsa jenayah. Tu pendapat peribadi aku aku la.. Cuma kalau tak ada pilihan suami terpaksa bekerja dari rumah yang tu lain ceritanya. nanti kita kupas kupis dalam isu lain yer bab tu hahahaha Yang house husband ni sememangnya dia la kena buat kerja kerja rumah.. Habis kau nak jadi surirumah tangga kan.. Takkan kau duduk usap perut je kan? So memang dia kena belajar atau patut tahu kerja2 rumah macam mengemas, memasak, jaga anak & cuci baju bagai. Tapi kalau lelaki yang bukan golongan house husband.. Memang jarang la nak buat kerja rumah. Mel...

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH

Image
PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat taulan Pelakon & pengacara Ary Malik yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.17 minit malam tadi... Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.. Kepada seluruh Ahli keluarga Ary Malik semoga tabah menerima ujian berat dengan pemergian orang tersayang.. Sedikit info Ary Malik seorang pengacara yang pernah mengacara rancangan muzik muzik & pernah jugak berlakon. Beliau menderita kanser ovari sejak setahun lalu. Pernah menyertai rancangan realiti TV masterchef. Seorang yang petah bercakap & suka tersenyum. Kini Ary Malik tinggal kenangan. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah..