Posts

SAKA TIDAK BERTUAN GANGGU PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DUA, BACHOK

Image
SAKA TIDAK BERTUAN GANGGU PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DUA, BACHOK . Tu dia tak habis lagi penduduk kat bachok ni di selubungi misteri katanya. Haritu aku ada up story pasal penduduk kat area kampung menuju ke Tok Bali di ganggu bebola api yang di percayai penanggal.. Kali ni lagi kecoh katanya bila mereka di ganggu pulak dengan jelmaan lembaga yang menyerupai beruk setinggi 6 kaki tu.. Apakah kedua duanya ada kaitan? Menurut pengakuan dari salah seorang penduduk kat situ katanya tidur malam dia selalu kena ganggu dengan jelmaan makhluk berbulu macam beruk tu. Siap boleh berinteraksi dengan dia lagi. Tapi selepas dia menghalau dengan bacaan ayat ayat Al Quran makhluk tersebut beredar. Bukan dia je malah katanya adik beradik dia yang lain pun turut terkena gangguan makhluk tersebut yang mereka rasa datang dari sebatang pokok besar di belakang rumah ibu mereka. Bukan setakat tu jer.. Gangguan tersebut jugak menyebabkan dia keguguran sebanyak 5 kali & terpaksa mendapatkan khidmat da...

BUDAK LELAKI MELAYU 12 TAHUN BUNUH DIRI

Image
BUDAK LELAKI MELAYU 12 TAHUN BUNUH DIRI . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Terkejut bila terbaca satu artikel berita kat sinar harian berkenaan seorang budak lelaki berumur 12 tahun di temui tergantung di ruang tamu rumahnya oleh ibu saudara dia sendiri. Sedih sangat.. entah apalah masalah budak tu sehingga memilih jalan macam tu.. Bukan!! Aku tak salahkan dia atau sesiapa pun dalam kes ni cuma terfikir.. apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa budak semuda 12 tahun terfikir & tergamak untuk bunuh diri. mungkin ada sesuatu yang betul betul buat dia tertekan. Adik yang di temui mati tergantung di rumahnya.. bedah siasat di jalankan & tiada unsur jenayah. Di klasifikasikan sebagai mati mengejut & ahli keluarga dia pun katanya tak tahu apa masalah dia sehingga mengambil keputusan macam tu. Arwah ni.. di bela keluarga angkat sejak bayi. Masa kejadian mak angkat pergi kedai & dua kakaknya bekerja. Menurut cerita mak sedara dia.. sebelum dia di temui mati tergantung sempat...

KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH

Image
KEK HARIJADI NEELOFA HARGA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT BELI RUMAH . Begitulah perbezaan orang kaya dengan orang tak berapa kaya ni. Dengar harga kek macam tu terbayang kalaulah aku ada duit sebanyak tu confirm aku buat downpayment beli rumah atau balik kampung buat sebiji rumah mampu milik atas tanah pusaka. Mana tau tua2 esok dah jemu mengadap kehidupan bandar ni nak balik tinggal kat kampung dah ada rumah sendiri kan.. Tapi bagi orang kaya mungkin takde apa sangat la jumlah tu.. buat2 beli kek harijadi je katanya. Alah setahun sekali belanja orang makan kek apa salah, katanya. Tak tau la apa rasa kek Neelofa tu kan. Sedap sampai menjilat siku ke camna pun tak tau. Tapi terkesima jugak la dengar harga dia.. Tapi rasanya Neelofa pun tak gila nak beli kek harga RM20K ni.. alah retis biasa la mesti yang sponsor punya. Tu untung jadi orang terkenal.. dah la boleh buat duit dengan populariti yang ada lepas tu nak pakai barang mahal & kek mahal pun orang sponsor. Yelah semua tu market...

RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT

Image
RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT . Jarang aku nak masak sayur peria ni ok. Kecuali ada permintaan la. Di sebabkan hari ni ada permintaan dari suami yang suruh masakkan peria goreng telur untuk mak mertua yang masih uzur akibat mild strok so berasap awal sikit la dapur lekatlekit. Kalau tak ada request memang jarang nak masak pepagi.. Bukan ada sapa nak makan pun awal2. Selalunya petang & malam je aku masak. peria Walaupun jarang masak peria ni.. Tapi confident tu kena ada untuk masak sesuatu masakan yang memang bukan dalam kepakaran kita. Lagipun apalah sangat kan nak masak peria goreng telur ni.. Mungkin bagi aku antara masakan tak mencabar sangat tapi bagi orang tang baru belajar pegang sudip & senduk ni maybe antara perkara yang mencabar nak buat bila masuk dapur.. Takpe.. takpe.. Sebagai blogger yang prihatin.. Acik boleh share cara nak masak peria goreng telur ni. Manatau akan datang mak mertua hangpa request nak makan kan. Takde la kau mengelabah bewak k...

MUNGKIN TAHUN LEPAS ANDA TAK BUAT 11 PERKARA NI SEPANJANG BULAN PUASA

Image
MUNGKIN TAHUN LEPAS ANDA TAK BUAT 11 PERKARA NI SEPANJANG BULAN PUASA . Tu dia mood ramadhan dah activated katanya. Dia kena warm up dari sekarang sebab tak berapa lama sangat dah kita nak sambut bulan ramadhan Al Mubarak ni. Bulan penuh keberkatan & menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka2 yang mengisinya dengan ibadah & perkara perkara yang baik. So, sebagai persediaan untuk menyambut bulan ramadhan ni meh la kita sama2 remind balik diri apa yang boleh kita buat selain menahan diri dari makan & minum kan? Puasa ni bukan semata mata menahan lapar & dahaga je tau.. Hope ramadhan kali ni kita boleh manafaatkan dengan sebaik mungkin merebut ganjaran pahala.. Mungkin juga dalam 11 perkara ni di bulan2 ramadhan yang lepas korang terskip buat atau terlupa atau tak tahu kena buat, so tahun ni meh la kita semak balik sama sama. Almaklum la kita manusia memang suka lupa daratan & sering kelaut kan.. So, kena di ingatkan setiap masa.. Termasuk diri sendiri ...

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL

Image
DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL . Satu masalah paling besar nak masak dhal ni adalah nak tunggu kacang dhal hancur & empuk. Memang menguji kesabaran katanya. Aku pernah nak masak kuah dhal ni.. Sampai habis gas la punya dok rebus kacang dhal. Sebelum ni kalau suami request suruh masak kuah dhal.. Serius dalam hati tu dah merungut tapi tak terkeluar la kat mulut. Dia tak tau ka letih nak tunggu kacang dhal empuk.. bukan sejam dua.. Tu pun dah rendam semalaman dalam air tu. Di sebabkan perkara tu memang kebanyakkan orang lebih suka beli je yang dah siap masak.. Nak makan roti canai beli je kat mamak. Masalah laki aku dengan aku2 sekali memang tak makan restoran mamak dah lama sangat. Pepaham je la banyak sangat kontroversi pasal restoran mamak ni. Kadang2 kembang setaman dalam tekak ni. Bila sang suami nak makan roti canai dia beli yang frozen balik goreng je atas kuali.. Yang tu ok la. Kuah dhal.. aku jugak la yang nak kena masak. Tapi sekaran...

KECOH SEBUAH PERKAMPUNGAN MENUJU KE TOK BALI DI GANGGU PENANGGAL

Image
KECOH SEBUAH PERKAMPUNGAN MENUJU KE TOK BALI DI GANGGU PENANGGAL . Selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia tak kira la yang menyambut hari wesak atau tak.. Yang penting semua bercuti kecuali laki aku jer.. Dia kerja demi mencari sumber pendapatan nak menyara keluarga agar anak bini dia tak merintih & merayu kat media sosial akibat kesempitan hidup ( Moga Allah sentiasa limpah kurniakan rezeki buat kami agar kami tidak perlu meminta minta, andai di uji perlu meminta minta moga di permudahkan segala urusan kami ini, Amin.. ). Jadi selagi ada kerja nak buat.. maka bekerja la dia sekuatnya. Maka.. anak bini duduk la di rumah sementara bapak pergi kerja. Nanti bapak cuti kita pergi jalan jalan. Tak payah nak sesedih sangat hari cuti kena duduk rumah.. Banyak benda boleh buat kat rumah mengisi masa lapang contohnya membaca & menghapdet blog hehehehe Sebab aku sedang mereput di rumah sekarang ni jadi untuk tidak menyebabkan otak mengalami Osteoporosis bersama tulang.. Maka kit...