Posts

BANTAL BUSUK, KOTOR & BERDAKI CUCI DENGAN DELOURVA JE

Image
BANTAL BUSUK, KOTOR & BERDAKI CUCI DENGAN DELOURVA JE . Sapa yang ada anak anak.. Mesti ada bantal busuk kan?Alah.. korang sendiri pun sampai beranak pinak ada bantal busuk lagi. Walaupun namanya bantal busuk tak semestinya tak perlu cuci & perlu kekalkan segala peta air liur basi, daki & bau kepam dah berpuluh tahun tu. Jangan macam tu yer.. Kang effect masalah kesihatan pulak. Anak saya banyak jugak dengan bantal2 hiasan dia selain bantal busuk & soft toys macam bear & macam2 watak kartun lagi. Nak2 sekarang kalau nak tidur semua dia nak ada dengan dia. Masa tidur elok.. Masa siang semua jadi bahan lenjan & mangsa buli dia. Ada satu bantal tu sampai berdaki, kepam & penuh macam macam sisa kotoran. Memang kena selalu cuci selalu. Tapi sekarang tak jadi masalah dah nak cuci bantal2 atau soft toy budak shahila yang kusam, kepam, berdaki bagai tu.. Dulu yelah.. Dah la susah nak tanggal daki daki tu.. Nak rendam dalam clorox pepaham je kang habis luntu...

INI CARA ANDA MEMBANTU SAYA MENGUMPUL RM44K UNTUK MEMBELA DIRI KERANA DI SAMAN RM3JUTA

Image
INI CARA ANDA MEMBANTU SAYA MENGUMPUL RM44K UNTUK MEMBELA DIRI KERANA DI SAMAN RM3JUTA . Assalammualaikum & selamat hari minggu Uolls.. Mesti ramai yang tak melekat kat rumah hari ni.. Mak bapak time ni maybe sibuk nak sediakan keperluan sekolah anak anak tahun depan la kan. Hari Ahad la boleh bawa anak anak pergi beli semua keperluan sekolah. Tapi takpe la.. Maybe yang tak kemana mana tu boleh la luangkan sedikit masa membaca entri nan meminta minta ni kan.. hehehe Yang biasa ikuti blog & follow saya kat Facebook tu rasanya dah sedia maklum kan pasal kes saman keatas saya dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta tu.. Ramai yang tumpang menangis sama sama bila dengar RM3juta.. Saya pun dah berbaldi airmata menangis tapi setakat menangis je memang tak menyelesaikan masalah. Kena usaha la juga untuk terhindar dari di muflis dengan beban hutang RM3juta tu. Sebab tu la saya gigih juga cari duit untuk ambil lawyer membela diri yang belum terbukti bersalah ni. Saya tahu kadang k...

ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU

Image
ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU . Halia & Madu sekarang memang banyak di gunakan dalam produk2 kesihatan & makanan tambahan. Sebab halia & Madu ni memang mempunyai khasiatnya yang tersendiri & di gunakan sejak turun temurun sejak dulu kala. Tapi zaman dulu orang guna direct terus dari herba semulajadi tak di formulasikan dalam bentuk produk yang siap ambil berbanding zaman sekarang.. Banyak telah di formulasikan dalam bentuk produk yang mudah di ambil. Sedikit pengenalan tentang khasiat Madu & halia Bentong ni.. Halia Bentong ni kalau nama Saintifiknya di panggil Zingiber ooficinale yang hanya boleh di dapati di kawasan tanah tinggi bentong, Janda Baik & Bukit tinggi sebab katanya dia hanya boleh tumbuh subur di kawasan tersebut. Bermakna dia tak sama la macam halia halia biasa yang maybe kita guna dalam masakan seharian kita. Di sebabkan Halia Bentong ni mempunyai kandungan serat yang tinggi yang tak sama dengan halia biasa secara t...

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM

Image
PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM . Malam ni malam apa anak anak mummy? Yer malam jumaat, erkk Hari Jumaat sebenarnya hahaha... Anak anak semua malam jumaat ada apa yer.... HANTU? Jangan nak merepek sangat ok! Hantu ni dia tak kira malam apa.. ada je dia kat memana.. Cuma malam jumaat hari ni ada cerita seram baru di segmen seram serik lekatlekit. Mesti anak anak rindu kan.. Ye ye mak paham kesangapan hangpa dengan cerita seram mummy.. Walaupun Mummy sekarang mood seram dah jadi serabut dengan kes saman tengah berjalan tapi bak kata supporter Mummy.. Hidup la macam biasa. Tidur, makan & buat la rutin hidup macam biasa. Mak cuba nak.. walaupun dalam hati tidak la setenang air di kali. Tapi takpe... Perjuangan tetap di teruskan.. Cerita seram pun tetap ada di blog puaka lekatlekit ni. Malam ni nak share dengan hangpa kisah seorang mat motor EX5 yang melalui detik detik seram ketika dia melalui satu jalan gelap di malam hari. Lokasi kat...

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK

Image
RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK . Lama kan takde share apa apa resepi kat blog lekatlekit.com ni kan. Tak share resepi tak bermakna tak masak. Kadang2 masak lauk biasa yang dah ada share resepi kat blog takkan nak tulis resepi yang sama kot kan.. Tapi resepi nasi beriani darurat ni memang tak ada lagi kat blog lekatlekit sebab jarang2 nak masak nasi beriani ni.. Macam biasa resepi kat blog lekatlekit ni bukan macam blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan tu.. Resepi2 yang den share normally resepi simple2.. sesuai untuk golongan baru nak belajar kenal apa itu senduk, sudip, periuk & belanga katanya.. Satgi dok bagi resepi susah sangat ada yang hentak kepala kat tong gas pulak.. Yang termasak nasi beriani ni bukan apa.. bahan2 nak masa kat rumah den time tu dah tak ada apa sangat. Ada ayam.. Rempah beriani.. sedikit lebih serbuk santan. Sos tomato pun guna yang sos lebih makan kfc dalam paket kecik2 tu je. Bayangkan la betapa banyaknya bahan nak masak...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. UJIAN BUAT KU LAGI

Image
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. UJIAN BUAT KU LAGI . Ahad lepas.. lepas balik dari hadir majlis perkahwinan anak kepada kenalan suami saya.. Tersentap sekejab lepas on wifi pada hp. Saya memang spesis jarang nak online bila di luar. Saya jarang nak ambil mobile internet semata mata untuk nak online di luar kecuali kalau streamyx kat rumah saya ni buat hal jer.. Jadi kalau kat luar mesej2 penting jangan la di hantar melalui social media macam fb atau whatsapp. Alamatnya.. sampai saya balik rumah la baru saya baca. Bila dah sampai rumah.. duduk la sekejab nak sejukkan badan sebelum nak mandi kan. Kita terbiasa dengan amalan macam tu ye dak.. Jangan mandi masa badan tengah panas & berpeluh peluh.. Sempat la tengok whatsapp dari lawyer saya.. Memang saat tu jatuh air mata lekatlekit Uolls.. Allah.. Kau ingin menguji lagi. Betapa hebatnya kasih sayang mu Allah.. Kau masih aku ingin aku lebih dekat dengan MU..Tapi aku cuma seorang hamba yang tiada daya upaya Ya Allah.. hanya sedikit keku...

KUIH BULAN HOMEMADE & HALAL BUATAN ORANG MELAYU ISLAM

Image
KUIH BULAN  HOMEMADE & HALAL BUATAN ORANG MELAYU ISLAM . Kuih bulan kita sedia maklum antara kuih yang menjadi hidangan bukan orang melayu Islam di Malaysia ni. Kuih bulan ni selalunya menjadi hidangan kaum cina bila tiba perayaan tahun baru cina. Memang ada di jual di merata rata.. Ada kilang yang mengeluarkan kuih bulan ni & berstatus halal. Tapi sesetengah orang sangat sangat menjaga bab halal ni. Kalau boleh apa yang nak jadi darah daging dia.. Dia nak dari air tangan orang Islam. Tak semestinya bangsa melayu. Umat Islam ni seluruh dunia ada & ada je berbagai bangsa yang menganut agama Islam. Tak kisah la janji yang di buat oleh orang islam, menggunakan bahan bahan yang halalan toyibban. Tu yang penting halal & bersih terjamin kualiti & kesedapannya. Tapi tu la sebab pembuatan kuih bulan kat Malaysia ni banyak di hasilkan oleh orang bukan Islam.. Jadi agak susah buat masa sekarang nak dapat yang homemade air tangan orang melayu Islam. Susah tak ber...