Posts

SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN?

Image
SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN?  Kuba guling atau Kerbau guling atau kat utaqa kami panggil kerbau berkubang. Alah berkubang tu contoh kerbau mandi lumpur la. Kerbau kan suka mandi lumpur sebab tu kulit dia licin tanpa jerawat. hangpa nak kulit licin pi la berkubang dengan kerbau tu. Semenjak puasa ni viral nau kuih kuba guling ni. Kuih ni berasal dari Thailand & sangat terkenal dia kawasan sempadan Thailand sebab tu ada kat kelantan je. Tengok viral kemain berkerumun orang tunggu nak beli kuih kuba guling ni. Kuih dia berwarna hitam pekat kemudian di gulingkan dalam kelapa parut tak silap. Nampak macam sedap.. yelah tengah puasa taik lembu pun nampak macam dodol ye dak? Terbaca juga resepi nak buat kuih kuba guling ni.. Antara bahan yang di gunakan adalah air arang tempurung kepala. tempurung tu di bakar sehingga jadi arang kemudian di campur serbuk arang tu dengan air. Air tu di jadikan salah satu bahan untuk menghasilkan kuih kuba guling yang hitam manis.. hitam...

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT

Image
RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT . Bulan puasa ni selain bulan bershopping di bazar ramadhan ia juga menjadi bulan orang ambil kursus memasak di dapur masing masing. Nak nak lagi yang nak kawen atau baru kawen. Time ni la baru nak menuntut ilmu masakan.. Sebelum ni buka tudung saji dah siap semua terhidang. Takpe.. Tak ada istilah terlewat untuk menuntut ilmu walau ilmu masakan. Sebagai level level kakak yang dalam lama berkecimpung dengan dunia dapur ni walaupun bukan pakar tapi kejayaan tertinggi pernah di capai adalah memboroikan perut suami sendiri hahahaha. Tu kira satu pencapaian juga kan? erkk.. tak yer.. Ok ok.. tak payah merepek moh ler kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak Gulai ikan tongkol bersama kacang panjang. Bahan bahannya 1. Ikan tongkol size sederhana Seekor (Korang ikut la berapa ekor nak guna ikut kapasiti perut yang ada) 2. Bawang besar 3. Bawang putih 4. Halia 5. Lengkuas 6. Kunyit hidup 7. Rempah kari 8. Santan 9. Kaca...

SANGAT PENTING ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH

Image
SANGAT PENTING  ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH .  Bukan satu berita baru kebakaran yang berlaku di pusat pusat tahfiz, asrama & rumah. Benda ni sering berlaku. Bak kata pepatah malang tak berbau.. Walaupun kesan terbakar boleh bau tapi kadang2 kita terbau bila api dah mula membesar. Kadang2 masa api kecik pun kita dah terbau tapi di sebabkan mungkin waktu tu tak ada alat pemadam api atau apa2 yang boleh padamkan api yang pada mulanya kecil.. Mungkin menjadi penyebab berlaku kebakaran besar yang mungkin menyebabkan kecederaan & kematian. Kita manusia ni memang suka pandang remeh pada perkara perkara yang melibatkan keselamatan. tak payah kata hangpa la.. Saya pun ada juga perangai tu. Bila orang kata.. Dalam kereta, dalam rumah, premis perniagaan, asrama.. Wajib ada alat pemadam api sekurang kurangnya satu. Sesetengah dari kita fikir.. Alah.. bukan nak terbakar hari hari pun. Selama ni aku hidup, tak pernah pun berlaku kebakaran. Tapi bila kau dok sekolahkan aku suruh...

RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA

Image
RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA . Lazada satu protal membeli belah yang memang tidak asing lagi di dunia maya. Sapa yang tak kenal lazada maybe dia baru celik IT. Lazada ni platform yang menjual pelbagai barangan termasuklah fesyen pakaian terkini. Fesyen2 di lazada juga tak kurang cantik & trendy. Sebab tu Lazada antara website yang menjadi pilihan ramai untuk membeli belah terutama menjelang hari perayaan. Mudah membeli secara atas talian ni.. Jimat masa, jimat kos & boleh di lakukan kat mana mana saja tanpa perlu bersesak sesak macam di Mall. Baru baru ni Lazada melancarkan satu rancangan realiti TV, LazAda Style. Ia merupakan rancangan realiti TV fesyen pertama di Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri di mana memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada Fashionista & pereka fesyen tempatan untuk menunjukkan bakat masing masing memperagakan fesyen dari Lazada. Seramai 8 peserta di pilih dalam rancangan ini dari uj...

RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG

Image
RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG . Dah masuk hari ke tujuh umat Islam berpuasa bagi tahun 2018 ni... Amacam? Ok ke? Berapa beg plastik hitam dah berjaya terkumpul.. kekekeke.. Alolo.. gurau je pun. Tahu pembaca blog lekatlekit ni semua rajin berpuasa. tak join geng beg plastik hitam kan.. Masuk bulan puasa jer.. Maka entri resepi mula la mendapat perhatian. masing2 nak test skill memasak bulan puasa ni. Yelah.. Setahun sekali berpuasa kan. Nak jugak sediakan masakan Istimewa tak kira la untuk diri sendiri & family sebagai rewards untuk seharian berpuasa. tak salah lah.. Bagi semangat kat anak anak terutama yang baru belajar puasa tu. So bila ada juadah sedap sedap masa berbuka dorang excited sikit kan nak berpuasa Semalam den ada menayang dengan bangganya.. (tu dia riak) menu den masak Gulai Kuning Ikan Tongkol bersama buncis. Ada yang tanya resepi.. Den ni bukan boleh orang buat permintaan mula nak jadi peri peri nabila katanya.. Mesti nak tunai...

MASAK APA HARI NI?

Image
MASAK APA HARI NI? Dah macam nama satu page fb popular tu pulak kan tajuk entrinya. Apa kes pulak ni?  Tak ada kes apapun. lama tak buat entri personal ni. Almaklum la blog lekatlekit ni banyak mengupas kupis & kopek isu2 semasa je kan selain review & cerita seram. Sesekali kita tulis entri berbentu personal tak berdosa kot di bulan Romadhoun ni.. Sedar tak sedar dah hari ke 6 kita berpuasa. Allahu masa sekarang memang laju macam MRT. pejam celik pejam celik dah 6 hari puasa.  Pejam pejam tak bangun2.. sedar dalam kubur dengar takbir raya je kan.. Sepanjang 6 hari bagi yang bekerja maybe pasar Romadhoun la jadi pilihan nak cari juadah berbuka bagi yang suriram ram ni (surirumah) kebanyakkan memasak tapi bukan semua masak pun. Tak mau la mengumpat ke apa.. Pilihan masing masing. Kalau semua orang masak sapa nak bagi rezeki kat peniaga2 bazar Romadhoun sana kan? Ekau pandai cakap.. dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Tapi bila orang membeli juadah kat bazar e...

AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG

Image
AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG . Salah seoarang penggemar ayam golek ni adalah laki den.. Semalam pun baru makan ayam golek tapi dia je la makan. Tak ambil la sekor. Ambil 1 part je sebab laki den sorang je nak makan. Tapi saya tahu bukan suami saya sorang je suka makan ayam golek ni malah ramai lagi penggemar ayam golek. Mana tahan katanya.. Dok torgolek golek atas pemanggang.. Seksi memang menggugat nafsu serakah. Dasar manusia bernafsu buas katanya. Tengok ayam golek pun rasa nak terkam & gigit2 peha, dada.. dia kan. Bila dah dapat tu rakus dia jamah tak pandang dah kiri kanan. Sedap sangat lahai ayam golek ni.. Ayam golek ni tak sama macam ayam panggang ok.. Walau nampak cara pembuatan & masak dia macam seakan akan ayam panggang tapi bahan perapan & rempah ratus yang di gunakan sedikit berbeza dengan ayam bakar. Cara panggang dia pun tak sama. Ayam golek ni memang di golekkan atas bara api sampai masak. Lagi tak masak lagi tu dia dok ...