Posts

BEZA ANTARA ASAM PEDAS UTARA & ASAM PEDAS SELATAN

Image
BEZA ANTARA ASAM PEDAS UTARA & ASAM PEDAS SELATAN . Tu dia.. dia keluaq dah entri pasal asam pedas. Bukan apa tengok kecoh sangat kat group Masak apa hari ni (MAHN) bila ada seorang suami upload masakan asam pedas utara dia kat group tu. Kemain makcik makcik bawang utara selatan timur & barat komen. Ada yang macam tak puas hati dengan views asam pedas tu.. Maka berlaku la percanggahan pendapat, kecam mengecam & kondem mengondem katanya. Puncanya sebab asam pedas utara ni kalau kat sesetengah negeri depa panggil asam rebus sebab kuah asam pedas utara ni dia agak cair macam sup tak pekat macam asam pedas melaka & johor. Cara nak buat asam pedas utara ni pun tak sama sangat macam asam pedas selatan. Kat utara kami tak tumis bahan bahan dia.. Kami rebus ja semua. Dia tak pekat macam sambal tapi dia cair macam sup. memang sedap hirup2 takhkala dalam cuaca sejuk. Almaklum la gabungan rasa pedas, masam & masin tu memang gabungan mantap la.. Yang dok pertikai pasal asam...

CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA

Image
CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA . Bagi yang ada berkelainan upaya macam Autisme, Adhd (Hyperactive), Slow learner.. Kita sedia maklum kanak kanak macam ni walaupun fizikal nampak normal tapi perkembangan mereka tak berapa normal. Behavior mereka memang agak lain berbanding kanak kanak tipikal. Terutama perkembangan social skill & pengurusan diri. Jadi benda tu macam sedikit bermasalah nak masukkan kanak kanak macam ni ke sekolah rendah sebab bila dah masuk ke darjah 1 atau PPKI sekurang kurangnya mereka perlu pandai menguruskan diri sendiri bila dia sekolah. Macam dah boleh handle sendiri kalau ke toilet, dah  pandai beli makanan sendiri & boleh duduk ikuti pembelajaran. Kalau perkara perkara asas macam ni mereka tak boleh ikut memang akan jadi masalah juga. Ramai yang tak tahu sebenarnya bagi anak anak istimewa kita boleh buat permohonan untuk melewatkan sesi persekolah mereka. Bermakna masa umur 7 tahun mereka masih boleh skip untuk masuk ke ...

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

Image
RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI . Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer.... Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar...

GAMBAR TERKINI ERNA, PELAKON KANAK KANAK ERA 90AN

Image
GAMBAR TERKINI ERNA, PELAKON KANAK KANAK ERA 90AN . Mesti ramai dah tak berapa ingat atau yang generasi lahir tahun 90an tak kenal dengan seorang pelakon cilik (pelakon kanak kanak) era 90an Erna Elliyana ni. Tahun 90an memang muka dia agak popular dalam drama2 & filem tempatan.  Antara filem yang pernah di bintangi Erna adalah Suami Isteri dan .... Tapi Erna pegang watak seorang budak lelaki bernama Amir, anak kepada pasangan suami isteri yang di lakokan oleh Rosyam Nor & Lydiawati. Erna Elliyana waktu membintangi filem suami isteri dan ... Antara drama bersiri agak popular tahun 90an yang pernah di lakokan erna Mat despatch tak silap watak dia sebagai bed. Erna di kenali sebagai pelakon zaman kanak kanak tapi masuk usia remaja dia mula menjebakkan diri dalam bidang nyanyian. Erna pernah menyertai rancangan realiti tv Sinaran Pasport kegemilangan semasa umur 12 tahun. Kalau tak silap dia juara. Selepas tu erna kurang menyerlah di persada seni. Dah lama diam e...

KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH AREA KL

Image
KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH AREA KL . Walaupun zaman sekarang ramai yang dah beralih arah kepada telefon pintar @ smartphone tapi penggunakan laptop masih di gunakan. Sebab dia jenis mobile kan.. So boleh bawa kesana sini. Ada certain perkara memang tak berapa sesuai nak buat kerja dengan smartphone je perlukan laptop jugak. Sebab tu di pasaran Laptop masih mendapat permintaan tinggi & teknologi dia sentiasa upgrade jugak. Bila dah guna gadget elektronik.. lebih lebih lagi yang memang guna secara rutin ni.. Ada hari dia meragam jugak kan? Manusia pun kalau bekerja hari hari sekali sekali jatuh sakit apatah lagi gadget buatan manusia. Mana ada laptop yang kita beli & guna takkan pernah rosak. Paling2 kena virus.. Mesti ada punya yang memerlukan kita mencari pakar dia untuk membaiki tak kira la kerosakkan tu dari segi software atau hardware. Bukan semua orang ada kepakaran nak repair sendiri kerosakkan yang berlaku. Majoriti pandai guna je.. Tapi kat mana nak cari  kedai r...

AWAS! JANGAN BIAR KANAK KANAK TIDUR LEWAT! ATASI SEGERA

Image
AWAS! JANGAN BIAR KANAK KANAK TIDUR LEWAT! ATASI SEGERA . Bila anak semakin membesar dari bayi melangkah ke alam kanak kanak, memang sesetengah mengalami masalah tidur. Macam anak saya dulu umur dari 1 - 3 tahun pun ada masalah ni. Tapi faktor mak bapak dia jugak dulu suka tidur lewat. Kami kadang2 2 - 3 pagi baru tidur. So shahila pun gamaknya terikut sama la. Tapi rutin tidur mula berubah selepas masuk tadika. Tapi mula2 struggle juga nak ubat timing tidur dia. Macam macam cara la kami buat termasuk la sama sama tidur awal dengan dia. Ada juga juga aroma terapi ( Essential Oil Young Living ) untuk bagi dia lebih tenang seterusnya boleh tidur awal. Membantu juga la tapi bukan semata mata calit calit terus lena yer. Di ikuti dengan perkara perkara lain seperti tutup lampu. Tutup semua tv gadget. Alhamdulillah sekarang kami sekeluarga dah tak mengamalkan konsep tidur lewat. Pukul 10 tu kadang2 dah gelap 1 rumah. Budak shahila kalau tak tidur siang pukul 9 pun dah hanyut di buai m...

SUNNAH YANG PUNAH

SUNNAH YANG PUNAH . Rasa macam dah lama sangat kan tak menulis kat blog ni. Hurmm.. susah betul nak cari masa yang tenang nak menaip kat blog ni. Terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa jadi gitu la.. Blog pun dah up & down updatenya. kadang kadang ada isu nak tulis tapi mood nak menulis tu pulak macam tak berapa cukup strong hehehehehe. Takpe la kan.. At least tak la bersawang sangat blog ni. Ada jugak la update2 dari di biarkan sepi tanpa khabar bertahun tahun. Baru baru KKM telah mengeluarkan laporan satu produk berasaskan makanan sunnah katanya mengandungi steroid.. iatu salah satu bahan yang tidak di benarkan dalam produk & boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Nama jus pun claim sunnah.. Maka berpusu pusu la rokyat Melayu Islam beli. Konon nak dapat khasiat & kebaikkan dari makanan sunnah tu. Almaklum la.. orang kita ni masih ramai mudah di tipu dengan claim produk & testimoni. Even testimoni membohong pun dia tak kaji & siasat dah. Terutama orang2...