Posts

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

Image
SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA . Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia.  Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah. Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisih...

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

Image
TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer. Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan. Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pas...

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

Image
HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN . Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya. Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa p...

PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU

Image
PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU . Salam 1 ramadhan 1442 buat semua pembaca blog lekatlekit.com. Alhamdulillah, kita di berikan rezeki untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Moga ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan perubahan yang baik dalam hidup kita. Moga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan istiqomah sepanjang ramadhan ini. Bila dah masuk ramadhan selain ramai yang mengambil peluang melibatgandakan amalan yang baik tak kurang juga masing masing mula membuat persiapan untuk menyambut raya. Mustahil la kita nak buat persiapan dalam maa 1 hari sebelum raya kan. Nak tempah baju, tempah kuih muih pun perlu buat tempahan di awal waktu. Kadang kadang sebelum puasa lagi ramai dah buat tempahan sebab biasanya masuk ramadhan pengambilan tempahan akan di tutup. Bercakap pasal kuih raya ni.. peniaga biskut atau kuih raya juga tidak terlepas dari menjalankan perniagaan atas talian. Jadi berbagai teknik marketing, story telling & copywritting di gu...

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

Image
ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?  Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu.  Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema di...

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU

Image
JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU . Perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi satu trend di zaman sekarang. Berniaga secara online menjadi pilihan masakini kerana lebih mudah. Tidak perlu menyewa tapak atau premis perniagaan. Produk boleh di pasarkan secara terus kepada pengguna melalui atas talian. Boleh di lakukan di mana mana sahaja. Hanya di perlukan cuma peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop dan talian internet.  Melakukan perniagaan atas talian ni marketing atau teknik pemasaran melalui copywritting sangat penting. Copywritting main peranan besar untuk menarik pembeli. Jadi berbagai teknik marketing di gunakan bagi tujuan menarik pelanggan membeli barangan mereka. copywritting adalah teknik cerita yang di gunakan untuk tujuan pemasaran melalui penulisan. Jadi tak terlepas dari berlakunya penipuan. Ada yang tergamak menggunakan taktik marketing yang mengelirukan dan juga menipu demi menarik pembeli untu...

INI SEBAB PERLU TONTON DRAMA BERSIRI ALL OF US ARE DEAD

Image
INI SEBAB PERLU TONTON DRAMA BERSIRI ALL OF US ARE DEAD . Tengah trending sekarang korean Drama di Nexflix All of us are dead. Masing masing dok update kat akaun media sosial tentang drama bersiri Nexflix yang satu ni. Nampaknya drama bersiri korea ni memang menjadi tontonan ramai berdasarkan pemerhatian saya la. Sebenarnya saya bukan la so called 'kdrama fans'. Memang saya tak ikuti sangat korean drama terutama yang ber genre cinta ni. Tapi saya memang die hard fans cerita cerita horror terutama cerita cerita bertemakan zombie. Sebab tu la saya teruja nak menonton drama bersiri korea All of us are dead. Ia mengisahkan di sebuah sekolah menengah di mana bermulanya berlaku jangkitan virus zombie ni sehingga menyebabkan seluruh bandar terjangkiti. Drama ni sebenar mengisahkan perjalanan Sekumpulan pelajar yang berjaya menyelamatkan diri dari di jangkiti berusaha untuk keluar dari kawasan sekolah mereka dan menyelamatkan diri dan terpaksa menyaksikan orang orang yang m...