Posts

FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH

Image
FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH . Bagi penonton setia Tv Alhijrah pastinya tidak asing lagi dengan seorang personaliti dan pengacara Tv Alhijrah, Finaz Yunus. Beliau adalah pengacara bagi rancangan temubual Analisis yang banyak membincangkan isu isu semasa. Hari ni dari perkongsian laman Facebook, beliau mengumumkan tidak lagi bersama stesen Tv Alhijrah. Akhirnya 16 Ramadan,18 April 2022 adalah pengakhiran sebuah perjuangan..... Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt.... Tidak pernah saya sangka pertengahan Ramadan akan menjadi hari saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang amat besar makna dalam kehidupan saya selama 12 tahun ini. Tempat yang saya curahkan segala komitmen atas prinsip dakwah mencari kebenaran.. Namun Allah-lah sebaik-baik Perencana. Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah 'madrasah' buat saya...

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE

Image
#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE . Bagi pengamal sosial media tegar macam saya ni tak payah nak tanya apa kes.. apa isu tetiba ramai hashtag #Justiceforbella ni sebab kami sedia maklum apa yang berlaku. Almaklum la memegang jawatan sebagai netizen ni kita harus peka dengan isu isu semasa,isu viral & isu isu yang tengah trending kalau tak jangan mengaku diri tu netizen. Hehehehehe.. Bagi yang tak tahu kempen #justiceforbella adalah kempen untuk menyokong seorang anak sindrom down yang di dakwa telah di dera semasa berada di sebuah rumah perlindungan milik seorang pengasas sebuah NGO. Kesan kecederaan yang di alami tu memang teruk dan dari apa yang saya baca kenyataan dari saksi kes ni pun cara penderaan yang di lakukan tu boleh tahan la tak ada perikemanusiaan. Namun kita sebagai netizen ni cuma membaca dari laporan media dan media sosial. Jadi nak komen lebih lebih pun risau juga. Sebab apa yang kita komen ni silap haribulan boleh makan diri juga. ...

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

Image
BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU . Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu. Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun. Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu.  Apapun saya sendiri ...

AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI

Image
AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI . Dah masuk tahun ketiga kita hidup dengan virus covid-19 ni. Yang masih covirgin (belum di jangkiti covid) Alhamdulillah la. Anda mampu bertahan dari di jangkiti. Yang mana dah masuk kategori covijan (covid janda) dengan covidud (covid duda) tu jadikan pengalaman di jangkiti tu untuk anda berhati hati dalam urusan seharian agar dapat berusaha untuk di jangkiti lagi.  Tapi melihat trend varian omicron sekarang dah ada omicron XE yang di kesan sudah berada di Thailand.. ramai yang kecundang. Setiap hari kalau kat news feed facebook ada sahaja yang update positif covid. Sangat mudah berjangkit varian baru ni. Jadi nak tak nak kita terpaksa biasakan diri hidup dengan adanya covid. Semenjak wujudnya virus covid-19 ,yang menyerang dunia pemakaian mask dan sekarang test kit covid untuk ujian kendiri dah jadi macam satu keperluan. Maka muncul la bermacam macam jenama test kit covid di pasaran.  Yang penting beli yang ada kelulusan kkm ...

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

Image
SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA . Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia.  Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah. Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisih...

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

Image
TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer. Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan. Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pas...

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

Image
HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN . Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya. Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa p...