Posts

INI CAPRICE YANG SEBENAR,MOHON MYDIN DAPATKAN

Image
INI CAPRICE YANG SEBENAR,MOHON MYDIN DAPATKAN . Salam jumaat pembaca blog lekatlekit. Dah lama blog ni tak ber update cerita cerita baru tapi tiap tiap tahun tetap renew domain. Yelah.. kasih sayang terhadap blog lekatlekit ni masih belum pudar. Banyak suka duka sepanjang blog ni di tubuhkan. So, selagi mampu untuk terus di hidupkan.. Insya Allah akan ada la di carian google tu kalau korang search. Ok kita terus ke topik tanpa membebel bebal panjang panjang. Bagi pengamal media sosial pasti tahu apa isu yang sedang hangat di perkatakan kat social media sekarang berkaitan CAP & RICE atau CAPRICE. Penafian ini bukan entri nak menganjing mana mana individu cuma nak berkongsi info dengan semua pembaca blog lekat lekit tentang CAPRICE yang mungkin anda belum tahu. Bila sebut caprice kat Malaysia ni orang cuma terfikir tentang seorang figura tapi kalau di Thailand sebut caprice depa tak terfikir individu yang memakai cap atau suka makan nasi. Tapi ia masih berkaitan dengan na...

BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG

Image
BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG . Kalau korang selalu ikuti facebook page Lando Zawawi Brotherhood yang terkenal dengan perjuangan soal keselamatan jalan raya dan selalu berperang dengan pbt & jkr mesti korang selalu dengar dia sebut atau gelarkan seseorang dengan gelaran BAJANG. Aku antara individu yang selama ni tak tahu pun apa kejadahnya Bajang tu. Kalau BADANG aku tau la. alif Syukri kan? Kekekeke.. Gurau je. Tapi Bajang ni aku dok bayangkan mungkin sesuatu yang merujuk kepada satu susuk yang buruk atau jahat la. Jadi hari ni tergerak nak search pasal Bajang, maka hari ini juga la baru aku tahu Bajang adalah spesis Jin Saka belaan. Kalau dah nama Saka ni dia dalam kategori makhluk halus/makhluk ghaib la. Bukan manusia. Biasanya Bajang ni di bela sebagai Saka untuk tujuan jahat untuk memudaratkan orang lain.  Bukan bajang Bajang ni di gambarkan sejenis makhluk yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan sedang mengandung atau kanak-kanak.  lidah, ...

CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM

Image
CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM . Bagi pengamal media sosial ni bohong la kalau tak tahu tentang isu Inai yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Kecoh sana sini orang bercakap pasal Inai keluaran seorang artis yang memang sepanjang tahun ada je kontroversi berkaitan dia atau family dia. Rasanya artis ni dah boleh kita anugerahkan Artis kontrovesi sepanjang tahun gamaknya. Apa saja isu tentang dia memang mendapat liputan meluas pihak media. Netizen faham je la.. semua isu pun depa ulas selagi media dok tulis selagi tu netizen dok komen. nak cari Inai daun readymade boleh tengok kat sini :  https://shope.ee/VTQfRsJBg Berbalik pada isu inai.. nampaknya pemakaian inai di kalangan kaum wanita sekarang dah macam jadi trend tapi cara pemakaian dah tak macam orang dulu dulu la. Dulu biasa orang pakai sampai ruas jari tapi sekarang orang cuma pakai pada kuku macam pakai cutex juga.  Produk inai sekarang pun tumbuh macam cendawan tapi pokok inai sekar...

PERKARA/BARANG PELIK YANG ANDA TAK TERFIKIR ADA DI SHOPEE

Image
PERKARA/BARANG PELIK YANG ANDA TAK TERFIKIR ADA DI SHOPEE . Shopee ramai tahu sebuah platform membeli belah secara online (maya) yang popular bukan sahaja di Malaysia malah beberapa buah negara lain seperti china dan Indonesia. Hampir kesemua barang keperluan dan kehendak manusia boleh di dapati di shopee. Pendek kata mak bapak je tak ada jual kat shopee, yang lain semua ada. Saya antara manusia yang suka sangat melayari aplikasi shopee dan saya juga antara shopeeper yang aktif juga. Kadang kadang tak ada nak beli apapun masih scroll  iklan iklan di shop shopee. Macam satu terapi juga.alah..macam hangpa dok windows shopping kat Mall juga. Sebab tu la cart saya di shopee selalu saja penuh sampai tak boleh nal add cart lagi.  Tadi scroll iklan iklan di shopee ternampak satu iklan dari sebuah pusat tahfiz yang mencari dana atau senang faham dia minta derma untuk pusat tahfiz tu menggunakan platform shopee.  Link : https://shope.ee/2fXtkSGVaC Memang betul betul pe...

SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI

Image
SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI . Dalam banyak banyak isu yang sedang hangaf kat media sosial sekarang aku pilih nak tulis pasal Shila Amzah juga yer. Tak nak ke ulas isu sol, sarah, ira tu? Atau isu minah kopek jual air buah? Malas la nak tulis isu depa kat blog. Komen kat page page hiburan & berita kat facebook sudah la kan.. Tapi kenapa Shila Amzah?  Bukan apa aku kesian bila Shila Amzah menyatakan dia dah bersedia untuk berpasangan semula selepas bercerai. Katanya dia tak boleh hidup sorang sorang. Nak kena ada teman. Jadi dia memang dah bersedia untuk berkahwin lagi. Ramai netizen kecam dia. Cakap dia gatal apa bagai. Sampai aku jadi pelik. Kenapa perlu kecam dia bila dia nyatakan keinginan dia untuk berkahwin lagi? Apa salahnya? Fitrah manusia kot hidup nak berpasangan. Bagus la dia tak di hantui lagi dengan kekecewaan lalu, dah move on dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada jodoh. Apa yang hangpa harap dia buat sebenarnya? Nak suruh dia...

MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC

Image
MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC . Bila media sosial menjadi trend atau budaya masakini ramai tidak memilih untuk menggunakan media sosial untuk berhubung dan bersosial. Dengan perkembangan teknologi semua sedia maklum media sosial menjadi tempat ramai orang berkomunikasi dan berinteraksi. Jadi penggunaan bahasa tidak rasmi atau bahasa pasar ni memang tidak asing lagi. Tak ramai yang menulis atau membuat konten video di media sosial menggunakan bahasa rasmi ni sebab kebiasannya ia kurang menarik dan kurang mendapat perhatian sangat. Pakar pakar yang membuat perkongsian berilmiah sekarang ni pun banyak menggunakan pendekatan yang berbentuk santai dan tidak rasmi untuk menarik minat pengguna media sosial terutama golongan muda untuk membaca atau menonton konten konten mereka. Jadi penggunaan bahas atau perkataan tak rasmi ni memang berleluasa la sekarang. Di campur lagi dengan loghat/slang negeri masing masing. Perkata perkata hipster Gen Y pun...

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

Image
SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial. Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah.. Adibah Noor binti Mohamed Omar  (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi  Malaysia . Beliau pernah menjadi guru  Bahasa Inggeris  selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya.  Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru  Bahasa Inggeris  sebagai lulusan Bahasa Kedua dari  Universiti Kebangsaan Malaysia . Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana bel...