Posts

GARA GARA RAFIQIN DARWISY

Image
Wah.. Nampaknya ramai sedang bagi perhatian pada kes si budak celupar tahap berani mati ni. Sapa lagi kalau tak si Rafiqin Darwisy tu. Tak cukup dia di serang kat akaun myspace & facebook.. Pastu di create kan satu lagi Facebook RAFIQIN DARWISY patut minta maaf kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi..  Tu dia.. profile pic Anti Rafiqin Darwisy..Dah macam icon email lak   Aku pun salah sorang yang join fanclub tu. Memang ramai yang memaki hamun budak hingusan ni. Aku takde la guna konsep memaki hamun bila berkomen kat situ.. Guna akal la beb bila berkata2. Betul ada yang berpendapat kalau kita gunakan kata2 kesat & maki hamun.. Takde beza nya dengan budak hingusan tu, kan??? Tapi aku faham statement berani mati korek lubang kubo sendiri dia tu mengundang marah pada ramai pihak. Sekarang dia di kecam hebat. Mungkin takut budak ni nak kuar umah dah! Yelah.. kalau betul la gambar2 yang di upload kat MS & FB dia tu.. huhuhu sangat bahaya. Takut ada yang hilang war...

ADAKAH TIADA SEBARANG TINDAKKAN SUSULAN KEATASNYA SELEPAS MENGAKU BUKAN ISLAM??

Image
RAFIQIN DARWISY DAKWA BUKAN ISLAM..! Budak 14 tahun, Rafiqin Darwisy, kini menimbulkan kontroversi dan persoalan baru apabila mendakwa dia sebenarnya bukan beragama Islam. "Aq (Rafiqin Darwisy) orang Sabah dan agama Khadazan, jadi sudah jelas Aq bukan Islam," demikian ujar budak tersebut dipetik sebagai berkata daripada Facebooknya. Wajah Rafiqin seperti yang tertera dalam Myspacenya... Pengakuannya itu timbul lantaran tekanan hebat daripada orang ramai yang berang kerana keceluparannya menghina arwah Din Beramboi di dalam Facebook pelawak tersebut. Meskipun Rafiqin Darwisy telah meminta maaf dan menyedekahkan Al-Fathehah, namun tanda-tanya tetap timbul tentang keikhlasannya berbuat begitu. Tambah-tambah sebelum ini dia mendakwa sebagai malaikat yang diutus tuhan untuk menghentam arwah Din Beramboi dan kini mendakwa bukan Islam pula. Dan jika bukan Islam... bagaimana dia boleh menyedekahkan Al-Fathehah untuk arwah? "Dia ni budak Kuantan, Pah...

APABILA MANUSIA HILANG KEWARASANNYA

Image
Semua sudah maklum akan isu RAFIQIN DARWISY yang mencetuskan kemarahan ramai rakyat malaysia melalui lama FB dengan menghina selebriti (Pelawak,Pelakon, Pengacara & juruhebah) Arwah Din Beramboi. Satu malaysia di gempar dengan cerita budak kelatan 14 tahun itu. Tak terkecuali jugak aku yang memang mengikuti perkembangan semasa ni kan.... Memang agak berani mati komen2 yang di lempar budak hingusan ni. Ya, betul memang dia masih budak tapi dalam usia 14 tahun (Bukan 4 tahun yer..) rasanya dah tau nilai apa itu baik & buruk. Hai.. kalau dah pandai bercinta takkan tak pandai pk kot apa yang dia cakap. Ramai yang mengecam budak hingusan ni. Wah!! Mesti dia tak sangka dengan sekelip mata dia mendapat publisiti meluas mengalahkan artis gitiew. Pasti sekarang dia tak tenang. Tertanya tanya gak aku.. Mak Bapak dia tahu ke anak dia sekarang menjadi tumpuan ramai??? Jika dalam usia semuda itu dia sudah berani melakukan perkara2 macam tu.. dah besar esok ntah apa lak dia jadi kan???...

DISAAT KITA MASIH MERATAPI PEMERGIAN BELIAU.. MASIH ADA MANUSIA YANG SANGGUP BERKURANG AJAR PADA ORANG YANG TELAH PERGI

Image
BUDAK KURANG AJAR : RAFIQIN DARWISY YANG MENULIS PERKATAAN BIADAB DI LAMAN FACEBOOK ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI Mengapa budak-budak sekarang kurang ajar? Mengapa masih ada yang bodoh kayu, menggunakan Facebook untuk menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati? Malah lebih biadab lagi apabila turut mengeluarkan kenyataan yang tidak manis kepada seseorang yang telah pergi meninggalkan kita? Kita baru sahaja kehilangan seorang seniman yang tiada galang-gantinya. Namun ada juga rupanya insan yang tidak berakal memberikan komen biadab di laman FB arwah... Alamat akaun myspace mamat ni : http://www.myspace.com/www.rafiqin_dragon TUKANG CATAT ROHAIFI AZRI Komen Abby : Mungkin dia masih seorang remaja, tapi tak bermakna dia tidak tahu baik & buruk. Terlalu Biadap. Moga dia mendapat Petunjuk dari Allah   copy from : http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/mengapa-budak-budak-sekarang-kurang.html 

PERGINYA SEORANG BINTANG.. (AL FATIHAH)

Image
Takziah pada keluarga Din Beramboi.. Semoga Rohnya di tempatkan di tempat orang2 yang beriman.. Al Fatihah...   DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang. Berita sedih tersebut disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh wartawan. Diminta mengulas lebih lanjut, Nizam dilaporkan masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Selain itu, pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi. Terdahulu, Din telah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Denggi berdarah (Dengue Shock Syndrome ) dan keadaannya dilaporkan kritikal beberapa hari lalu. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu dan awalnya disyaki terminum air yang tercemar dengan kencing tikus. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham... All...

BILA LELAKI BERMULUT LONGKANG

Image
Maaf  Uolls... Dalam kekalutan hidup aku ni sempat aku mencelah dengan segmen 'Mari mengumpat sambil belajar". let's mengumpat Dah tema pun Mengumpat & belajar kan so amik la dari sudut positif yer... Lagi cerita yang berlaku di tempat keja. Mesti korang tertanya - tanya adakah aku insan yang obses dengan keja??? Tak juga Uolls.. Keja bagi aku adalah tanggungjawab... Life aku bukan hanya keja dan di kerjakan yer... Busy katanya... Berbalik pada topik hangus kita hari ni.. kat opis aku tu.. ada la sorang sales advisor ni. Kalau kaum Adam kat situ nampak tak berapa la ngam ngan dia sebab mulut dia agak kebetinaan. erkkk... camna aku nak cakap. kalau cakap keperempuanan, aku pun pompuan gak. Tapi kalau dah set2 camni.. Nak kata jantan.. tak bapa jantan.. Nak kata pompuan memang sah2 jantan.. Nak kata pondan, tak berapa pondan. So how??   Dia ni juga spesis tak boleh simpan rahsia sendiri apa lagi rahsia orang. Sampai cite dalam bilik pun dia nak bagitau orang. Man...

DIN BERAMBOI......DALAM KOMA ?

Image
Tuesday, March 30, 2010 DOA BUAT DIN BERAMBOI......DALAM KOMA ? (copy from http://silaserazwanali.blogspot.com/ ) DOA BUAT DIN BERAMBOI....DALAM KOMA ? BERITA DITERIMA MELALUI TWITTER....PELAWAK TOP RADIO ERA....DIN BERAMBOI...KINI DALAM KEADAAN KOMA..... BELUM RASMI....KITA DOAKAN YANG TERBAIK.....MOGA ALLAH SWT....MEMANJANGKAN USIA BELIAU.......DOAKAN YANG TERBAIK .......AMINN........