Posts

28 Dalam kenangan

Image
Salam Uolls... Petang2 kat office baru ni tak tau lak nak buat apa. Segala benda takde ni.. Paling penting internet. Ntah apa masalah pun tak tau.. Ni pun sdn bhd punya broadband wakaf sekejab. Kalau ikutkan hati tak hingin aku nak guna broadband aku untuk company.. Buat apa?? Dorang jer untung, aku takde untung apa2. Dah la tak pernah naik gaji.. huhuhu.. Nak buek camno.. nasib buruh cam den ni slalu camtu Bukan la nak cerita sal Gaji aku yang tak pernah2 naik, or overtime yang tak pernah di bayar atau apa2 elaun yang tak pernah ada tapi cerita ceriti kita petang ni berkaitan dengan nombor. No.. No.. No.. Bukan 4D tau. Tak elok. Haram tu! Dont try this at anywhere Apa nombor yang paling banyak makna dalam hidup korang??? Apa2 je la.. kalau korang jawab pun aku tak dengar. Okies.. Nombor yang paling bermakna dalam hidup aku adalah 28. Napa 28??? Meh kita kupas kupis apa yang ada di sebalik 28 itiew... Aku di lahirkan pada 28 Aug ** dimana waktu tu Mak aku berumur 28tahun. Aku ...

Ayah...

entah macam mana nak aku mulakan.. Apapun Al Fatihah Buat Arwah Azizan Bin Hussin, seorang lelaki yang ku panggil ayah. 21 april 2010, 8.28am. Ayah call suruh balik untuk settlekan borang nikah. Ada beberapa part yang boleh di sain & aku perlu menghadiri temuduga sebelum bernikah pada 06.06.2010. Ayah sempat pesan suruh aku buat kad jemputan. Beriya dia nak aku buat sendiri walau aku cakap aku nak tempah jer. Dia suruh aku balik dengan bakal suami masa tu. Dia suruh balik juga dua - dua.. 24 april 2010, 11.01 am, Ayah call lagi tanya samada balik atau tak walau masa tu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung. Banyak kali dia call bakal suami, tanya balik or tak. Aku anggap biasa jer sebab aku fikir dia cuma risau borang nikah tu tak settle. lebih kurang 5.30 pm aku sampai kampung. Ayah masih tak balik kerja masa aku sampai. Ayah balik kerja dah dekat maghrib. Balik je umah dia sibuk tanya borang nikah tu. Masa tu ada kat abang sepupu aku sebab abang sepupu aku yang tolong i...

WARNA WARNI DUNIA KU

Image
2.09 am.. Mata tak ngantuk. Aduhai.. Ni padah siang membuta tahap hamster.. (Hamster aku memang suka membuta siang2 hari sebab dia tau siang aku takde umah). Ko ada hamster pandai main golf?? high maintanance ni.. Sedar tak sedar dah setahun usia blog aku yang kalerful ni (walau berbackgroundkan hitam). Sebenarnya ini blog ketiga aku & paling lama bertahan. Blog2 lama aku dulu terpaksa di deletekan semua post2 nakal. Masa tu baru nak belajar tulis blog, kan?? Ala2 skema butang sampai leher la.. kekekekeke Saya budak baik walau skema!! walaupun aku masih di tahap tadika (amatur) dalam dunia blogging ni tapi at least banyak benda dah aku tahu.. Dulu aku tau clik new post pastu taip something & post jer.. sekarang dah banyak skit aku tahu kan?? Dulu blog aku takde sapa sudi mengskodeng.. kalau ada pun dua tiga urat bulu roma sesat je singgah, sekarang alhamdulillah ada yang sudi menjenguk & add aku sebagai follower. Thanks.. enter to my blog Sebenarnya Blog aku nye 1s...

Al-fatihah. Achik (bekas vokalis kumpulan Spin) meninggal dunia

Image
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian. Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan MALAYSIA   Gambar Arwah bersama Isteri & arwah anaknya

DENDAM

Image
Hi Uolls.. Agak lama tak mencorat coret kat blog ni... Tak abis2 isu di Rafiqin tu.. Rasanya udah2 la tu kot! Watper la kita nak bagi publisiti kat budak tak semegah tu. Tapi di sebab kan itu juga blog comot den ni hari2 pelawat mencecah 100+++. Nampaknya memang isu si Rafiqin ni mendapat liputan luas dia alam maya ni. Apapun dik jangan lak ko bangga sambil tepuk dada, konon ko popular. Hope ko insaf & tak ulang lagi benda tu. Berani ko mendada jalan depan2 semua orang??? Kita stop dulu pasal si budak tu.. Back to cerita ceriti... Uolls, semua orang pernah buat silap. Termasuk la aku. Bezanya ada orang sedar & mengaku kesilapannya. Ada orang mati hidup semula 80kali pun tetap takkan mengaku apa lagi nak minta maaf walau dia tau dia salah sekalipun. Tu bagi pihak yang bersalah.. Bagi pihak yang di katakan teraniaya oleh kesilapan orang lain lak camna?? Itulah cerita ceriti yang nak kita kupas kupis hari ni. Are U ready pengupas kupis sekalian...!!! Secara jujur, aku mengak...

LUAHAN HATI ISTERI ARWAH DIN BERAMBOI

Image
08 April 2010 ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH "SAYA TIDAK KECIL HATI ABANG DIN DIHINA" Pusaranya masih lagi ‘merah’ , namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya. Tindakannya itu mungkin agak keterlaluan bagi ‘budak hingusan’ sepertinya kerana tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat dan terutamanya keluarga Din Beramboi, yang masih lagi bersedih atas kehilangan arwah. Namun bagi isteri arwah, Suhaini Che Man perkara itu sedikit pun tidak merentap emosinya. Jelas Suhaini, dia sudah pun menyedari hal itu daripada anaknya sendiri, namun tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara yang remeh-temeh itu. Walau apa pun yang dilemparkan pada arwah, sebagai isteri, dia lebih mengenali siapa arwah dan menyerahkan ...

RAFIQIN DARWISY BOLEH TERKELUAR ISLAM ATAU MURTAD!!!

Image
09 April 2010 Pelaku Dituntut Mohon Maaf Penceramah bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami kepada pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood menyelar tindakan tidak bermoral itu ( menghina Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi ). Beliau menyifatkan individu yang menulis kata-kata kesat yang ditujukan kepada Allahyarham sebagai berdosa besar dan harus memohon maaf kepada keluarga serta waris terdekat. "Walau apa cara sekalipun, sebagai umat Islam, kita tidak boleh menyentuh lagi mengenai keburukan si mati, sebaliknya perlulah selalu memperkatakan tentang kebaikan yang telah dilakukan olehnya," katanya. Mengulas tentang sikap pelaku itu yang turut mempermainkan surah Al-Fatihah dalam menghina Allahyarham Din Beramboi, Wan Akashah berkata, dia turut menanggung dosa besar. "Itu adalah dosanya dengan Allah dan mengikut hukum Islam, dia boleh terkeluar daripada Islam atau murtad. Maka, dia harus bertaubat dan segera memohon keampunan...