Posts

ADOI.. SAKITNYEE

Image
Hari ni takde nak kupas kupis apa2 isu dari HM mahupun apa - apa akhbar sebabnya kesihatan kurang memuaskan. Sejak semalam belakang badan, berdekataan bahu kanan rasa sakit sangat & effect bila nak bernafas rasa ketat & sakit. Tak tahu la kenapa. Nak kategori sakit apa pun tak tau. Maybe salah gerak kot.. Tapi napa effect bila bernafas lak. Rasa macam something yang menekan bahagian dada padahal sakit berpunca dari bahagian belakang badan di posisi bawah bahu kanan. Nak duduk, nak baring nak meniarap & nak buat apa pun susah. Cepat rasa penat jer.. aduhai. Cepat la sembuh. Aku cuma sapu yoko - yoko je tempat sakit & untuk memudahkan pernafasan aku sapu vicks. Untuk temporary.. kalau berlarutan terpaksa la mengadap encik/cik/tuan/puan doktor. Takut ada penyakit lain lak. Apapun ia berlaku dengan tiba - tiba jer. Yang malas nak jumpa doktor ni bukan apa selagi benda tu tak serius, tak separuh mati, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh ketawa... paling dia suruh tarik ...

SI KEMBAR KU KINI TUNGGAL

Image
Ku sangka tiga rupanya empat.. Yang satu lagi tak perasan terselit celah kulit kacang. Ni hubby aku punya keja dera hamster2 aku makan kacang. Nasib baik malam tu aku dengar bunyi tangisan kecil.. kalau tak dah arwah walau hayatnya juga tak panjang. Alkisah dari entry yang lepas.. ( clik untuk baca entry lalu : SEKIAN LAMA MENANTI.. 20.10.2010 AKHIRNYA AKU DAPAT KEMBAR 3 ) Ni la hamster yang beranak & tak pandai jaga anak tu   Satu demi satu pergi meninggalkan aku. Apakan daya sudah tertulis mereka hadir seketika cuma.. Ni mak dia punya pasal!! Tak pandai jaga anak. Last - last tinggal satu jer.. Nampak sihat. Itu je harapan aku nak tengok dia membesar bagai juara sebab ini kali pertama aku ada baby hamster. Tadi aku bersihkan penginapan dorang.. tengok si kecik tu nampak aktif. Dah laju berjalan. Tak tergolek2 lagi. Sungguh comel walau blom berbulu. Mak dia pun sama.. Asyik nak kuar dari case je.. apa kes?? Dia macam kurang menyanyangi anak - anak dia. Masa mula - mula aku ...

CIKGU PENGKID LARIKAN STUDENT

Image
Apa nak terkejut zaman sekarang ni kan?? Cikgu.. Dulu profesion ini sangat mulia di mata masyarakat. Cikgu umpama ibu bapa kedua anak - anak.. Tapi cikgu sekarang, kebanyakkan memilih profesion guru sebab sukar mendapat pekerjaaan lain. Ini realiti.. Yang berlaku di sekeliling kita. Atitute guru sekarang banyak di pertikaian hanya kerana golongan yang tidak ikhlas untuk menjadi pendidik. Orang yang camni dalam mind dia fikir.. Janji ada keja, ada gaji sudah. Kasih seorang ibu ayah.. Sanggup terbang ke kuching cari anak padahal anak dok horey2 dengan pengkid Guru maknyah... Guru pengkid.. Guru samseng.. macam - macam jenis guru dah wujud kat sekolah ni. Kalau kat sekolah yang membimbing pun ada nyah, ada pengkid & ada samseng yang di bimbing nak jadi apa??? Pun begitu bukan semua cikgu camtu.. tapi segelintir ini umpama nila yang tertitis dalam susu yang putih & suci. Menyelak HM online hari ni.. Alangkah kesiannya tengok sorang student yang cemerlang dalam pelajaran terkulai...

AKU SANGAT SUKA CICAK.. tapi cicak kini sangat berharga

Image
Dulu sapa peduli?? Ada yang geli.. ada yang jumpa di pukul sampai mati (Ye ker?? Main tibai je ni). Sekarang, apa jadi?? Semua orang cari.. Sebab?? Harganya tak terbilai dek jari.. Musim mencari cicak tokek or kat kampung aku panggil dia POKKA. Aku pun sebelum ni tak tau nama binatang tu.. Alkisahnya balik cuti raya puasa lepas. Ni la rupa binatang tu   Adik aku riuh cerita pasal boipren dia yang skang sibuk cari cicak pokka/tokek ni. Katanya harga mahal skang di pasaran. Maka ramai la kawan2 si boipren adik bongsu aku ni memulakan operasi memburu cicak tu. Mula - mula aku tak peduli sangat. Tak hingin pun nak kongsi kat blog. Sebab rasa macam kelakar. Yelah bukan senang nak dapat cicak tu. Baik ko pergi cari keja.. Dah tentu tiap2 bulan ada gaji dari mengharap seketul duit akan jatuh dari hasil memburuk cicak tu. Tapi tengok isu ni makin di perkatakan ramai so aku nak juga kongsi - kongsi dengan korang. Apa khasiatnya cicak Tokek/Pokka ni. Jom kita kupas kupis.. Aduhai.. den b...

KENA CERAI TALAK 3 SAMBIL BERMANDIKAN AIR KENCING SEBAB MASAK TAK SEDAP

Image
Pagi - pagi lagi dah menjenguk HM Online.. Bukan niat hati nak copy & tampal semua cerita dari HM tapi bila dah baca ada yang menarik nak di kupas - kupis makan jari pun berpuaka la kat sini. Punca aku menaip laju.. dengan bantuan jari2 puaka Pada Uolls yang dah selak HM harini pasti dah baca kisah Isteri kena kencing, lepas tu di ceraikan dengan talak tiga gara - gara masakan dia tak menepati selera suami. Tajuknya pun dah bunyi kejam apa lagi bila membaca artikel ini (clik untuk baca : Kencing muka lafaz talak tiga ). Tak tau jantan spesis apa mamat tu kan?? Apa yang merumitkan lagi perkahwinan dorang kat oversea gitiew (maybe siam) tanpa di daftarkan kat sini. Pasti merumitkan proses penceraian walau dah di ceraikan, kan??? Menurut maklumat dalam HM lagi kadang - kadang wanita tu di belasah dengan sebab - sebab yang tak logik macam lewat buka pintu bila laki dia balik. Wanita tu pernah melarikan diri sebab tak tahan dengan perangai laki dia mengalahkan raksasa tu tapi bil...

AKHIRNYA ARIEL (peterpan) AKAN DI BEBASKAN

Image
Dah dekat tengah malam baru sempat nak skodeng HM online. Bukan apa Uolls siang tadi aktiviti merayap telah di jalankan walau kurang berjaya sebab cuaca agak sedih (hujan) hari ni. Takde apa nak kongsi sangat pasal merayap tu sebab takde adengan yang menarik nak di cerita ceriti. Jangan bercerita dalam semak, nanti aktiviti merayap pasti berlaku Berbalik kepada operasi mengskodeng HM online, yang terkena pancing di blog melekit ku hari ni adalah kisah Ariel Peterpan. Tentu korang pun ikuti kisah skandal seks dia dengan 2 selebriti Indonesia, Luna Maya & Cut Tari. Khabar yang aku skodeng dari HM online katanya Ariel akan di bebaskan Jumaat ni setelah empat bulan berhoneymoon dalam lokap. Suka la tu??? (khas untuk penyokong setia Ariel) Apapun semoga Ariel mendapat iktibar dari apa yang terjadi & cepat2 menikahi Luna Maya & tidak mengulangi apa yang pernah berlaku. Sesungguhnya.. Allah itu maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Semoga Ariel bertaubat lepas ni. Untuk baca art...

Saya blogger baru

Image
Saya mengalu - alukan anda untuk datang bertandang menjenguk blog saya yang tidak seberapa untuk berkongsi pendapat & pandangan setiap entry yang saya post kan disini. Tidak hanya mengumpat ngumpit sambil belajar, malah isu - isu semasa yang di kupas kupis oleh saya juga untuk di kongsikan bersama semua pelawat di sini. Yang baik kita sama - sama teladani.. Yang buruk sama - sama kita mengambil iktibar. P/S : konsep berblogging ni bukan untuk tatapan sendiri.. Itu konsep diari berkunci zaman dulu - dulu. So setiap blogger punya satu harapan yang sama.. Iatu di kunjungi. Tipu.. Kalau hanya menulis untuk tatapan sendiri di blog. Baik setting sebagai private. Kan Uolls.. So, happy blogging.