Posts

GELANG AC MIZAL.... PUNCA NABIL COMOLOT DENGAN QASHA

Image
Erkk.. apa kaitan gelang Ac Mizal.. Op's Dato Ac Mizal dengan punca Nabil comolot dengan Qasha lak ni?? Korang ni kan.. Tak nampak ke titik bersambung sebelum Punca Nabil comolot dengan Qasha. Bukan la ada kaitan antara gelang Ac Mizal dengan Punca nabil comolot dengan Qasha. Saja buat Gimik tapi tetap nak kupas - kupis jugak isu hot & spicy ni. Gelang Ac Mizal.. dikatakan menipu pelanggan.. Macam - macam fakta la aku baca tentang gelang Ac Mizal ni kan.. Yang aku nak highlight, katanya harga sebenar gelang ni cuma RM 78 tapi di jual dengan harga RM1000 ... wah kalau benar apa yang dikata.. itu sudah di kategorikan riba. Kan?? Kan?? Kontroversi ni memang mendapat liputan luas media.. time ni la semua berebut - rebut nak tulis artikel panas ni.. ye tak?? Tak kurang juga blogger2 yang amik kesempatan dengan isu ni termasuk la aku. Hari ni Dato AC Mizal tampil memberi kenyataan sekaligus menafikan segala tuduhan terhadapnya di HM.. malas nak kupas kupis isu tu apa kata korang je...

KISAH SEORANG BENDULAN

Image
Kamu harus lah membaca dengan betul yer.. Jangan baca seimbas lalu.. baca 2 3 kali imbas.. Ini bukan kisah seorang biduan.. Ini kisah seorang bendulan . Kisah seorang bendulan ni... atau korang senang paham bendulan ni perkataan asalnya bendul.. kalau dalam bahasa kiasan bendul di anggap sebagai lurus bendul. Dah paham murid - murid.. jadi mari membaca adengan seterusnya... Walaupun kita tak dilahirkan dengan sikap bendul yang teramat.. kadang - kadang kita juga terbendul atas sesuatu perkara dengan tidak sengaja atau tidak memahami betul - betul permintaan, pertanyaan, arahan mahupun penceritaan. Ha..Kau! berbahasa cikgu bahasa melayu gitiew.. Sesekali nak jadi cikgu lekit apa salahnya kan???  Korang ada kisah di sebalik bendulan tak?? Pasti kelakar kan?? Nak share secubit kisah bendulan aku tak lama dulu.. Bukan kisah aku. Silap!! Kisah maksu aku (adik mak) & makcik aku (kakak arwah ayah) & karipap. (Tetiba je karipap kan??) Baca dulu jangan banyak pertikaian... ada p...

TAKDE USAHA ESCALATOR, MAHUPUN LIFT KEJAYAAN

Image
Kenapa orang sebut Usaha tangga kejayaan?? Kenapa tangga?? Kenapa tak fligt, LRT, escalator, lift, bas, teksi, kereta or sebagainya?? Kenapa juga tangga?? Kan penat daki tangga sedangkan skang orang dah guna escalator & lift nak naik tingkat yang tinggi2?? kenapa?? kenapa?? Dan kenapa?? Jom kita kupas kupis.. Takde kejayaan mampu di raih dengan mudah.. Sebab tu orang gunakan Usaha tangga kejayaan. Kita perlu berpenat, berlenguh, berletih, bermengah dulu baru la sesuatu yang kita usahakan mendatangkan hasil. Dulu kala mana ada lift, mana ada escator.. Tangga la di gunakan untuk memanjat tempat yang tinggi. Dari tangga jugak la terilham lift dan escalator ni?? Betul tak?? Bagi korang yang mudah terpengaruh dengan iklan - iklan yang untuk meraih kejayaan dengan mudah cuba renung sejenak.. Kalau betul ia semudah klik & goyang bontot kat umah, tiap2 bulan income masuk mencecah gaji pensyarah.. Kenapa ramai lagi yang masih menagih tabung dari Along?? Even nak dapat $$ dari nuffna...

TAK PANDAI MAIN TAG2 NI.. camna nak jawab den skolah pondok jer??

Alahi cekla .. camna yer.. Nak jawab camni soklan2 tag tu?? Apsal cekla disable right clik lak.. Kan senang nak copy paste jer soklan tu. Dah macam masuk dewan periksa lak aku rasa kena jawab soklan2 camni. So, kena taip balik lah yer..?? Napa cekla sika I sampai camtu skali.. :(( Uwaaaaaaaaaaa.. Ni nak jawab pun tak tau camna. tengok jawapan dorang semua tajuk lagu jer.. Lagu2 ni kurang ingat sikit.. Jawab dengan suka hati bleh tak cekla ?? 1.If someone says, “Is this okay?” you say Semuanya kan OK (lagu lama kru) 2. How would you describe yourself? Oh la la (pun lagu kru) 3. What do you like in a guy/girl? Apa Saja (pun lagu KRU) 4. How do you feel today? Fanatik (Pun lagu KRU) 5. What is your life’s purpose? Menuju Puncak (Lagu Tema AF) 6. What's your motto? Standing In the eyes of The world (Ntah betul ke tak tajuk lagu tema sukan komanwel ni) 7. What do your friends think of you? Lucky (Jason Mraz) 8. What do you think of your parents? Belaian Jiwa (Innuendo...

KUAT MENGINGAU & MIMPI ANEH

Image
Uolls.. bising kan kalau orang sebelah asyik chitchat je time tido. Nak - nak lagi tengah malam. Time tu nikmat tido yang amat di nanti - nantikan semua orang. Kalau bleh time tu tak nak ada orang ganggu. Tapi terganggu juga tanpa niat. Apa perasaan Uolls?? Kadang - kadanng memang boleh di jadikan bahan lawak.. Bukan lawak yang Raja Lawak buat baru - baru ni yer...  Pada Uolls yang mengalami masalah mengingau masa tido.. (erkk.. orang mengingau mana sedar kan??) tapi akan di beritahu orang yang sedar akan lawak yang Uolls buat time tido tu. Ini masalah aku sejak kecik sampai dah jadi bini orang. Memang tak tahu dah nak buat apa. Bukan sebulan sekali.. bukan setahun sekali.. bukan seminggu sekali.. Tapi hampir setiap kali aku tido tak kira siang atau malam. Kebanyakkan malam la. Dulu mak & adik beradik yang selalu bagitau tiap kali aku mengingau.. Masa ngingau tu kata dorang macam - macam kuar dari mulut aku. Kadang - kadang gelak.. kadang -kadang berbual, kadang - kadang mara...

ASAL USUL NAMA BLOG

Image
Cucu - cicit.. anak menantu.. abang adik kakak.. makcik pakcik.. Meh sini nenek lekit nak cerita skit asal usul nama blog. Bukan nama blogspot tu... Nama blog nek punya la. Nama blog korang mana la nek nak tau kan?? Korang punya salasilah lain.. nenek punya lain.. kuturunan juga tak sama walau dalam satu Bin/Binti Blogspot kan??   Dulu kala (selepas zaman Jahiliah ler..) Ada jugak orang komplen nama blog aku ni macam lucah sikit tapi sampai sekarang aku tak dapat rasa kelucahan dari lekat lekit tu. Korang rasa lucah ker?? Apa yang menjurus kepada kelucahan tu?? Meh share skit supaya aku sedar diri. Itu komplen dari  sesetengah orang.. Namun komplen tu takde la menyakitkan hati, pendapat yang di suarakan secara baik. So, aku terima.. Tapi tetap aku gunakan sebab ia tak begitu parah sangat kelucahan yang tergambar di kepala otak dorang. walau ada yang rasa nama blog ni agak lucah namun didalamnya penuh kesopanan & ketatasusilaan.. wah gitu! Asal usul nama ...

TAHU TAK SAYA SANGAT KREATIF??

Image
Tak tahu ker?? tu sebab korang tak baca contest yang aku join ni.. Ha.. apa lagi clik sini cepat : CERITA KREATIF paling melekit di abad ini . Teruja kan baca cerita kreatif saya.. kalau anda rasa saya kreatif sila.. Korang dah baca kan?? Apamacam kreatif tak?? Kalau korang rasa kreatif sila taip LEKAT LEKIT GURL STORY kat link ni lak BEN ASHAARI (taipkan kat ruangan komen tau.. jangan hack blog dia semata - mata nak taip kat entry dia lak). Bila anda taip LEKAT LEKIT GURL STORY kat komen yang link aku bagi bermakna korang dah vote aku. Maka dengan rasminya... Korang aku sayang! Vote saya ramai - ramai Undian tidak menjadi rahsia sebab bleh di lihat melalui comment di blog en Ben tu.. So, tak perlu malu - malu siput sedut sebabnya pengundi akan di julang juling atas kehebatan & kesudiannya mengundi. Undi bebas.. Sapapun anda undi di jamin tak kan di dakwa di mahkamah apatah lagi di hukum sebat. So, ringan - ringankan jari jemari anda yer.. Kalau suka melekit Undilah LEKAT ...