Posts

BOMOH MAK NYAH TIPU MAKCIK

Image
Tak dinafikan ada penyakit yang tidak boleh di ubati dengan kaedah moden yang merujuk kepada hospital dan doktor. Penyakit - penyakit misteri yang berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan, penyakit ini selalunya berkaitan khianat dari seseorang yang berdendam atau dengki. Bila penyakit sedemikian rupa tidak dapat di ubati oleh para doktor maka memang perlu kita mengubati cara rawatan altenatif tapi tidak semua pengamal perubatan secara tradisional & altenatif ni boleh di rujuk. Ada di antara mereka mengamalkan ilmu yang bertentangan dengan agama & tak kurang juga yang mengambil kesempatan jer atau lebih mudah di sebut sebagai bomoh penipu. Alkisahnya.. S eorang makcik ni di katakan terkena penyakit misteri dimana doktor sendiri tidak dapat mengenalpasti penyakitnya pergi menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas dicadangkan sepupunya.selepas bertemu suspek, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa makcik tu terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kese...

JUAL TELUR YANG DI REBUS DALAM AIR KENCING

Image
BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. Persoalannya.. Kalau anda tahu ia telur yang di rebus dengan air kencing, sanggupkah anda makan biarpun ada kebaikkan dari segi perubatan?? Rasanya kalau setakat demam, takpe la Sang Lekit sanggup telan panadol jer.. Or kalau mengantuk kunyah jer gula - gula dari makan telur yang di rebus dalam air kencing. So, kalau korang pergi Beijing hati - hati yer nak makan telur rebus, manalah tau kot - kot telur tu. Muntah hijau seminggu. Rujukan (kosmo) : Telur direbus guna air kencing   Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

Image
Ya.. Betul Lekit memang tak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna lagi. Diakui kekurangan dari sudut tu tapi dalam diri yang masih cuba mendalami ilmu agama apakah salah jika saya cuba berkongsi apa yang saya baca bersama biarpun diri di pandang tidak layak menegur. Apakah yang bertudung itu sudah sempurna? Kes ni berlaku di FB ok.. Dimana sekarang ni ramai yang suka tag ramalan tarikh lahir.. Yang bercerita tentang perwatakkan diri berdasarkan bulan kelahiran tak kira dari sudut peribadi, percintaan & pelbagai la. Dulu Sang Lekit juga jahil dalam soal ni. Pernah juga seronok membaca walaupun tak mengambil 100% apa yang di tulis itu benar. Tapi hasil pembacaan Sang Lekit ia haram di percayai & berdosa jika membaca walau sekadar suka - suka. Jadi Sang Lekit berkongsi la ilmu yang seciput ni dengan yang lain malangnya.. Terasa diri umpama tidak layak pula bercakap benda baik sebab tidak cukup sempurna sebagai muslimah untuk memperbetulkan kesilapan orang lain. Dari k...

DERHAKA SEORANG ANAK HASIL DARI KEJAMNYA SEORANG BAPA. SIAPA SALAH?

Image
Dah tengah - tengah malam baru nak habiskan berblogwalking di akhbar2 lebih - lebih lagi berita utama. Aku selalu akhirkan berita utama & dahulukan berita2 di pendalaman akhbar. Bukan apa kadang - kadang banyak cerita pelik & aneh dalam ruangan berita global ni. Berbanding berita utama kan?? Lagi hasil rujukan harian metro kisah seorang anak tunggal perempuan yang mendoakan kematian ayahnya sendiri kerana tidak sanggup lagi menanggung dosa apabila sering berfikiran negatif kepada bapa kandungnya sendiri. Bila kita baca tajuk Doa ayah cepat mati tanpa membaca kisah sebenarnya terus kita labelkan dia sebagai tanggang atau anak derhaka tapi bila membaca kisah di sebalik apa yang berlaku, hati nan melekit ni mula berbelah bahagi. Rasa tidak adil untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja. Dendam seorang anak yang terhasil dari layanan buruk seorang bapa sejak kecil punca penderhakaan ni berlaku. Sejak kecil wanita itu sering di pukul & di maki hamun dengan kata - kata kesat bia...

TAMPAR SIKIT PUN NAK KECOH SATU HARIAN METRO

Image
Terlalu di manja murid sekarang... Jentik sikit masuk paper. Tampar sikit masuk paper. Salah sendiri buat buta tuli, salah cikgu jugak yang di cari. Apa kes sila cerita ceriti wahai sang lekit bistari... (bistari??? kekekekeke) Ni kisah lima budak gadis nakal tingkatan 1 ponteng kelas dengan alasan letih sebab latihan kokurikulum. Wah.. alasan macam tu nak suruh cikgu terima. Alasan  5 orang pelajar perempuan.. Bukan 50 orang pelajar perempuan yer. tak tau la kot - kot mereka berlima jer yang terlibat dalam latihan kokurikulum hari tu sebab tu lima gadis tu jer bagi alasan letih punca ponteng kelas. Akibat ponteng kelas.. Seorang guru 20an di katakan menampar la lima anak gadis ni didepan rakan - rakan. Tak pula di nyatakan ada yang mengalami kecederaan serius sampai kena masuk icu.. hatta patah gigi pun takde. Maybe tamparan sederhana kuat yang mengundang sedikit pedih & malu jer kot. Tu pun mak bapak dorang nak bising sampai masuk akhbar metro. Katanya tak puas hati katan...

HANYA ENTRI BERKUALITI SAHAJA DI APESAL

Image
Apa tu apesal?? Mesti ramai yang tertanya - tanya apa itu apesal, kan?? Okies apesal adalah salah satu medium untuk blogger ping blog juga cuma tidak seperti club - club blogger yang lain. Apa keistimewaannya?? Jom Lekit nak kupas kupis.. Lekit baru je 2 3 hari join apesal ni setelah di cadangkan oleh seorang blogger di entri Sang Lekit yang bertajuk NAK TAU MACAM MANA NAK DAPAT VISITOR YANG BANYAK KE BLOG? Seperti biasa perangai Sang Lekit yang suka daftar dulu tanpa nak selidik syarat & peraturan lepas tu cuba untuk ping entri. Cara ping entri kat apesal lebih kurang macam kat innit. Tapi akibat tak baca syarat - syarat yang di tetapkan post pertama Sang Lekit kat apesal tak dapat di paparkan sebabnya gambar yang di sertakan tidak relevan atau takde kena mengena dengan entri. Wajib di sertakan bersama gambar jika kita mahu entri kita mendapat promosi & paparan di apesal kerana pihak apesal tidak mahu widget yang di pacakkan kat blog - blog ahlinya nampak cacat. contoh widg...

ANTARA KEPERCAYAAN & ADAT. URI DI TANAM BERSAMA PAKU

Image
Menurut adat & kepercayaan tradisi sesetengah golongan kaum melayu.. Uri yang keluar bersama bayi yang baru lahir mempunyai kaitan dengan kehidupan bayi tersebut. Sesetengah orang masih mengamalkan cara tradisi turun temurun menguruskan Uri. Antara kaedah yang di gunakan.. Carian Google Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.Sebelum lubang dikambus, dietakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali. barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.Mereka percaya uri yang ditanam m...