Posts

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN BLOGGER OTAI, POPULAR & FAMOUS??

Image
Tertarik dengan isu yang di tulis oleh Nyah Zulfikar sahabat blogger yang mak.. Op's Sang Lekit kagumi maka sang lekit berminat nak buat kesinambungan entri beliau dengan memberi pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit pula. Sang Lekit berminat sekali nak menyentuh pasal blog yang banyak entri pasal segmen, GA & contest yang di sertai mereka. Tak di nafikan benda - benda tu membantu kita untuk memperkenalkan blog.. Umpama mencari tapak dalam dunia blog ni. Tak di nafikan segmen yang di anjurkan blogger2 otai, popular lagi famous ni membantu dari segi menjana traffic, follower sekaligus memperkenalkan blog kita pada blogger lain. Sang Lekit pun ada join.. Tu tak di nafikan. Terus terang tujuannya sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesempatan yang di ambil. Korang paham ker. Contoh macam ni.. Blogger otai/pemes/popular buat segmen.. Orang akan berpusu - pusu join, keuntungan dia juga dapat. So kita join walau tak sebanyak yang blogger otai/pemes/popular ni keuntun...

KENYATAAN CIKGU SHIDA BERCANGGAH DI HARIAN METRO & MAJALAH WANITA

Image
Dulu katanya video miming dia di hasilkan untuk tujuan pendidikan.. Untuk meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar so beliau dengan rela hati menjadi badut membuat video - video miming tu demi anak didiknya walau kita boleh tengok dengan jelas apa yang di buat takde satu pun kearah mendidik apatah lagi membawa moral yang baik. Baru - baru ni pun keluar majalah wanita artikel pasal cikgu shida.. kononnya penghasilan video miming tu untuk pikat hati pelajar walau jelas kita nampak yang terpikat bukannya di kalangan pelajar pun yang banyak. Hari ni muka depan keluar lagi Harian Metro pasal cikgu shida ni.. Lain pula statementnya kali ni. Katanya penghasilan video miming tu pada permulaaannya sekadar suka - suka untuk tujuan berhibur & menghiburkan. Takde pula highlight pasal pendidikan dah. Mana satu tujuan sebenar dia pun tak tahu la. “Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di I...

CANANG KISAH CINTA

Image
Bila dalam dunia online ni kadang - kadang hampir 80% dunia seseorang tu hanya dalam online. Kiranya lebih banyak berhubungan dengan orang secara maya. Bukan perkara pelik lagi kalau cinta berputik secara online  bertahun lamanya tapi tidak pernah bersua muka di dalam dunia realiti. Tak kisah lah macam mana nak cari cinta, nak bercinta or nak merealisasi cinta tu.. masing - masing ada hak untuk tentukan pilihan masing - masing. Kalau dah dorang selesa macam tu.. Nak buat macam mana kan?? Tapi yang sang lekit agak pelik ni jenis orang yang suka sangat mencanang kisah cinta, aktiviti cinta atau cerita cinta dorang ni secara besar besaran. Lebih - lebih lagi kat ruangan chatroom. Kalau dah bercinta tu aduhai.. segala luahan cinta nak di perbualkan kat chatroom. Kalau private chat tu tak kisah la kan.. orang tak nampak apa yang kita taip tapi masalahnya kat main chat dimana semua orang yang sertai komuniti atapun ruangan chatroom tu dapat baca bibit bibit cinta dorang. Lekit pun pe...

KISAH TITANIC YANG SEBENAR YANG BELUM ANDA TAHU

Image
Kita hanya merujuk dari segi pembacaan & filem berkisahkan kapal titanic yang karam & mengorbankan banyak mangsa tapi korang tau tak kisah sebenar di sebalik apa yang kita tahu selama ni?? Dari hasil rujukan Sang Lekit melalui sinar harian, menarik juga untuk sang lekit share dengan korang yang tak membacanya melalui akhbar. buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nah...

PENYANYI LAGU SINGKONG & KEJU ARIE WIBOWO MENINGGAL DUNIA

Image
Pemuzik dan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Madu dan Racun, Arie Wibowo, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung. Meninggal pada usia 59 tahun dikatakan bermain gitar sambil merokok dan menyanyikan kira-kira enam lagu tetapi tiba-tiba mengadu sesak nafas kira-kira jam 9 malam kelmarin. Dia mengadu sakit dada 2 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain Madu dan Racun, Arie serta Bill & Brod turut popular dengan lagu lain pada zaman kegemilangannya, termasuk Singkong dan Keju serta Ida Ayu Komang Hasil carian google Takziah kepada keluarga Arie Wibowo.  Bagi yang tak kenal dengan penyanyi ni mesti pernah dengar lagu ni kan?? Rujukan : harian metro

PENGANTIN BERKAHWIN DALAM KEADAAN BOGEL SEBAB NAK JIMAT KOS

Image
Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami." Aduhai.. nak jimat kos punya pasal sanggup tayang body tanpa seurat benang pun. Macam - macam cara lagi boleh buat nak jimat kos tapi biasa la manusia akhir zaman ni suka sangat buat sesuatu di luar batasan akal & fikiran semata mata mahu jadi perhatian dan peringatan orang lain pada mereka. Rujukan : kosmo Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas  

CIKGU SHIDA KENA TIPU DENGAN HOTFM??

Image
Alahai... apa kes lak ni cikgu shida dengan radio paling hot di malaysia iatu hotfm ni?? Apa yang hotfm tipu cikgu shida ni?? Alkisahnya... Sang Lekit kan umpama mamaraziah kalau pasal cikgu shida ni terkesian pulak Sang Lekit bila baca luahan hati cikgu shida yang blog beliau tu. Katanya hotfm janji nak bayar dia lepas buat video miming cikgu shida vs wak Ag tu. Alih - alih dah berpeluh ketiak cikgu shida tergedik - gedik, terkinja kinja, terkial kial.. terlompat - lompat nak siapkan video tu, dah siap habuk pun takde. Cikgu shida dalam nada maybe merajuk or tak puas hati pun mengeluarkan statement taknak bekerjasama lagi dengan hotfm lepas ni. Lekit tak tipu.. Ni buktinya. Ini bukan fitnah nak jatuhkan hotfm tapi kenyataan dari cikgu shida sendiri melalui laman blog dia. Apapun cikgu shida Ooi.. lumrah hidup dalam dunia seni ni. Alah takat cikgu shida tu apa la sangat.. artis yang hot & spicy top lagi meletop pun kena tipu inikan cikgu shida baru dok kena tempias2 artis. Lag...