Posts

MELUAHKAN PERASAAN JANGAN SAMPAI NAMPAK BODOH

Bila dah marah ni.. apa saja yang keluar semuanya tak berlandaskan akal pun begitu bukan semua orang macam tu yer.. Tapi segelintir sahaja. Tengok dari budaya berblog sekarang nampaknya bila blogger marahkan seseorang, sesuatu atau sekelompok manusia mereka yang dari background yang kita nampak educated pun jadi bodoh. Sekali lagi bukan semua tapi segelintir sahaja. Bila dah meluahkan rasa kat blog.. Nak - nak lagi blog tu memang untuk paparan umum bukan di private kan memang tak hairan la kalau semua orang boleh baca walau orang yang di maki hamun sekalipun. Apa yang sang lekit perhatikan sekarang ada blogger tu bila dah marah walau ia melibatkan kaum kerabat, sanak saudara & keluarga sendiri tanpa berselindung atau berfikir panjang di hamburkan kata - kata yang kurang bijak memperlihatkan kebodohan & kejahilan sendiri. Kalau ye pun marah.. cuba ambil masa sikit berfikir & tulis dalam bahasa yang bijak & tak menampilkan sikap jahil sangat. Orang akan menilai kamu dar...

VIDEO KISAH CINTA SANG LEKIT

Image
Entah kenapa malam ni tetiba rasa nak skodegng video - video clip yang pernah sang lekit buat dulu.. Apa korang ingat cikgu shida jer ke pandai editing video gunakan movie maker. Sang Lekit dah lama buat kerja ni tapi Sang Lekit takde la gedik sangat nak buat video miming. Just clip video menggunakan gambar - gambar jer.. Tapi itu kisah dulu. Saja jer bila terjumpa nak juga share saat - saat indah bersama en hubby ketika cinta kami sedang berputik.. wah gitu! Sebenarnya ada la 2 3 kerat clip video yang lekit buat.. ada yang dah di delete kat youtube tu atas sebab - sebab ia tak perlu lagi di pertontonkan. Mungkin tidak lagi sesuai... Korang nak tengok hasil kerja comot sang lekit. Jiwang gila lagu iringan tapi memang antara lagu favourite sang lekit. Jom tengok macam mana video comot tu... Ini cuma secebis memori dari kisah cinta ku... kekekekekeke. Jangan ada yang muntah darah lepas tengok pulak Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog ...

KASTA ANTARA BLOGGER

Image
Dalam blog pun ada kasta ker?? Perlu ke wujudnya kasta dalam berblog ni?? Hari ni Sang Lekit berminat nak kopek isu ni mengikut pandangan peribadi Sang Lekit sendiri bukan dari rujukan mana - mana pihak blog atau individu. Bila dalam berblog ni kasta ni di ldi sebut dengan nama Blogger Otai, Popular & Blogger baru. Di levelkan mengikut usia mereka berblog. Bukan umur blogger tau.. Umur blog dorang. Haruskah di kasakan mengikut usia blog. Bagi Sang Lekit kalau kita nak wujudkan kasta dalam berblog pun bukan dari usia blog tu tapi dari kematangan penulisan blog tu. Tak kira la kalau blogger tu baru sebulan jer tulis blog tapi entri dia penuh pengisian & cukup matang walau umur dia belasan tahun sekalipun di layak berada di level kasta yang tinggi. Sesetengah orang pandang kasta ni macam penghinaan bagi mereka yang masih di bawah level rendah tapi bagi Sang Lekit dalam berblog kasta ni agak bagus sebabnya kasta ni bukan macam kasta manusia bagi sesetengah kaum tu. Kasta dalam ...

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN BLOGGER OTAI, POPULAR & FAMOUS??

Image
Tertarik dengan isu yang di tulis oleh Nyah Zulfikar sahabat blogger yang mak.. Op's Sang Lekit kagumi maka sang lekit berminat nak buat kesinambungan entri beliau dengan memberi pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit pula. Sang Lekit berminat sekali nak menyentuh pasal blog yang banyak entri pasal segmen, GA & contest yang di sertai mereka. Tak di nafikan benda - benda tu membantu kita untuk memperkenalkan blog.. Umpama mencari tapak dalam dunia blog ni. Tak di nafikan segmen yang di anjurkan blogger2 otai, popular lagi famous ni membantu dari segi menjana traffic, follower sekaligus memperkenalkan blog kita pada blogger lain. Sang Lekit pun ada join.. Tu tak di nafikan. Terus terang tujuannya sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesempatan yang di ambil. Korang paham ker. Contoh macam ni.. Blogger otai/pemes/popular buat segmen.. Orang akan berpusu - pusu join, keuntungan dia juga dapat. So kita join walau tak sebanyak yang blogger otai/pemes/popular ni keuntun...

KENYATAAN CIKGU SHIDA BERCANGGAH DI HARIAN METRO & MAJALAH WANITA

Image
Dulu katanya video miming dia di hasilkan untuk tujuan pendidikan.. Untuk meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar so beliau dengan rela hati menjadi badut membuat video - video miming tu demi anak didiknya walau kita boleh tengok dengan jelas apa yang di buat takde satu pun kearah mendidik apatah lagi membawa moral yang baik. Baru - baru ni pun keluar majalah wanita artikel pasal cikgu shida.. kononnya penghasilan video miming tu untuk pikat hati pelajar walau jelas kita nampak yang terpikat bukannya di kalangan pelajar pun yang banyak. Hari ni muka depan keluar lagi Harian Metro pasal cikgu shida ni.. Lain pula statementnya kali ni. Katanya penghasilan video miming tu pada permulaaannya sekadar suka - suka untuk tujuan berhibur & menghiburkan. Takde pula highlight pasal pendidikan dah. Mana satu tujuan sebenar dia pun tak tahu la. “Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di I...

CANANG KISAH CINTA

Image
Bila dalam dunia online ni kadang - kadang hampir 80% dunia seseorang tu hanya dalam online. Kiranya lebih banyak berhubungan dengan orang secara maya. Bukan perkara pelik lagi kalau cinta berputik secara online  bertahun lamanya tapi tidak pernah bersua muka di dalam dunia realiti. Tak kisah lah macam mana nak cari cinta, nak bercinta or nak merealisasi cinta tu.. masing - masing ada hak untuk tentukan pilihan masing - masing. Kalau dah dorang selesa macam tu.. Nak buat macam mana kan?? Tapi yang sang lekit agak pelik ni jenis orang yang suka sangat mencanang kisah cinta, aktiviti cinta atau cerita cinta dorang ni secara besar besaran. Lebih - lebih lagi kat ruangan chatroom. Kalau dah bercinta tu aduhai.. segala luahan cinta nak di perbualkan kat chatroom. Kalau private chat tu tak kisah la kan.. orang tak nampak apa yang kita taip tapi masalahnya kat main chat dimana semua orang yang sertai komuniti atapun ruangan chatroom tu dapat baca bibit bibit cinta dorang. Lekit pun pe...

KISAH TITANIC YANG SEBENAR YANG BELUM ANDA TAHU

Image
Kita hanya merujuk dari segi pembacaan & filem berkisahkan kapal titanic yang karam & mengorbankan banyak mangsa tapi korang tau tak kisah sebenar di sebalik apa yang kita tahu selama ni?? Dari hasil rujukan Sang Lekit melalui sinar harian, menarik juga untuk sang lekit share dengan korang yang tak membacanya melalui akhbar. buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nah...