Posts

MENGUMPAT ATAU PENDAPAT?

Nak berdebat takde modal. Nak lawan pun dah takde point. Kesalahan terang - terang jelas & nyata tapi ego tu tinggi bak gunung everest. Mengaku salah sesekali tidak. Tetap benang yang basah nak di tegak. Pilihan yang ada menyindir sendiri dalam setiap ceritanya. Apa kes? Itulah sikap manusia.. Bila kesalahan di tegur, Mula tak tentu arah. Macam Nyah Zulfikar pernah cakap dalam entri beliau.."Niat tidak menghalalkan cara". Kalaupun niat kau yang kononnya suci murni tapi cara pula macam jamban pun tetap jadi salah. Tetap di pandang buruk & busuk. Niat & cara hendak la sama - sama seiring agar mesej tu sampai. Tak cakap sang lekit ni pandai, baik & sempurna setiap sudut tapi sekurang kurangnya sang lekit cuba juga untuk memperbaiki diri. Tidak la melalak tak tentu pasal dalam blog, mengkritik, menghentam atau mengutuk orang tak tentu pasal bila di kritik atau di tegur. Mungkin isu - isu yang banyak di bangkitkan dalam blog melekit ni ada yang panas punggung s...

BUAT WANITA TERHEBAT

Image
Tiada kata yang mampu untuk di gambarkan namun ada satu lagu yang cukup buat sang lekit tersentuh bila dengar. Secara automatik kalau dengar lagu ni mesti teringat kat mak.. Liriknya memang cukup - cukup indah bagi sang lekit.. Khas bersempena hari ibu Sang Lekit nak tujukan lagu ni pada Mak sebagai penganti ucapan dan luahan kasih sayang sang lekit padanya. Khas buat Mak... Can this be true? Tell me, can this be real? How can I put into words what I feel? My life was complete I thought I was whole Why do I feel like I'm losing control? I never thought that love could feel like this and you've changed my world with just one kiss. How can it be that right here with me there's an angel? It's a miracle... Your love is like a river Peaceful and deep Your soul is like a secret That I never could keep When I look into your eyes I know that it's true God must have spent... A little more time On you... (A little more time, yes he did baby) In all o...

PERJALANAN HIDUP SEORANG PENYANYI POPULAR AKHIRNYA DI PENTAS KARAOKE UPTOWN

Image
Kita tak boleh meneka apa yang akan jadi seminit lagi apatah lagi esok hari, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan masa depan. Mungkin hari ni kita di julang penuh gemilang.. mengecapi populariti sehingga terlupa jika Allah nak tarik balik saat gilang gemilang cemerlang & terbilang tu seminit lagi pun boleh, kan?? Sebelum ni Sang Lekit ada terbaca dekat salah satu blog yang cerita pasal penyanyi popular era 80an yang berkaraoke di uptown danau kota. Tadi lepas pergi membeli belah sikit - sikit takde la gempak sangat. Baru dok tengok - tengok barang baby.. ada la satu dua beli buat langkah permulaan. Memang serius bila tengok barang baby tak tau nak beli apa. Kang terlebih membazir, terkurang tak cukup. So, beli sikit - sikit dulu, bulan depan sambung membeli lagi. Berbalik pada cerita kita tadi lepas pergi membeli secara ala kadar tu, malam sempat singgah ke uptown danau kota cuci cuci mata. Sampai kat pentas karaoke tu terdengar la satu suara yang macam kenal sedang nyany...

HADIAH HARI IBU DARI SEORANG ANAK DERHAKA

Bersempena hari ibu ramai anak - anak yang memikirkan hadiah istimewa untuk menghargai jasa ibu & tanda kasih sayang mereka pada seorang insan yang melahirkan & membesarkan mereka namun berlainan dengan sebuah kisah penuh pilu seorang ibu ni. Hadiah yang di terima seorang ibu ni adalah hadiah airmata yang cukup menyayat hati bila beliau di halau anak tunggalnya dari rumah banglo yang di beli oleh arwah suaminya dan rumah itu di pindahkan hakmilik kepada anak tunggal lelakinya atas dasar kasih sayang, kerana menggunakan duit dari akaun bersama arwah suami untuk perbelanjaan seharian & perubatan. Ibu ni terpaksa menggunakan duit simpanan arwah suaminya kerana sejak arwah meninggal dunia anaknya tidak lagi memperdulikan dia. Akibat dari tu si anak menuduh ibu makan duit haram kerana beliau berpendapat sebagai anak tunggal lelaki beliau mendapat bahagian yang paling banyak. Dua beranak ni sering bertengkar & lebih memburukkan keadaan bila si isteri (menantunya) turut camp...

MANA SATU TANGGUNGJAWAB?

Seseorang telah mengadu.. Gadis : Pakwe aku control sangat la.. itu tak boleh ini tak boleh. Berkawan pun kena dengan sama jantina jer.. Tak boleh lelaki, pondan, pengkid atau apa2 saja spesis yang tak sama jenis. Dalam situasi itu si gadis begitu di jaga oleh sang kekasihnya dengan alasan untuk menjaga keselamatan & kehormatan dirinya. Matlamat & tujuannya memang amat mulia sebab si jejaka begitu sayangkan si gadis tapi pada masa yang sama si jejaka juga mempunyai seorang adik perempuan yang juga dah bergelar seorang gadis. Adik perempuan beliau juga sudah ada kekasih hati. Siang malam bergayut & ber sms. Sekali sekala berdating. Adik perempuan nya juga pada masa yang sama mempunyai kawan di kalangan mereka yang berlawanan jantina tapi tidak pula di kawal dengan ketat pergaulannya cuma memantau sekadar yang nampak agar adik perempuannya selamat & terjaga kehormatannya. Apakah dia kenal semua kawan2 si adik atau betul2 pastikan kekasih si adik itu tidak berniat bur...

TERPILIH UNTUK 100 BLOGGERS TO ADVERTISE DARI EXABYTES TAPI TAK TAHU NAK BAGI QUATATION LAK

Pada mula Sang Lekit tak rasa nak buat entri pasal ni. Kang orang cakap nak menunjuk pula tapi memandangkan sang lekit memang perlukan bantuan pernafasan dengan segera so rasanya tak salah kot niat tu. Cuma inginkan bantuan dari mereka2 yang dah pun terjebak dengan exabytes ni. Okies ceritanya bermula bila sang lekit terbaca entri kat blog sapa entah pasal exabytes mencari 100 blog untuk menyewa ruang iklan mereka. So, sang lekit like la kat fanpage exabytes ni untuk tahu butiran lanjut. Memang mula - mula tak mimpi pun nak dapat sebabnya yang di cari cuma 100 blog tapi kita sedia maklum kan blog sekarang berlambak - lambak. Bila tak di harap tu datang pula bergolek. Dan dapat la sang lekit email bertulis sedemikian rupa... Hi Sir/Madam, Thank you for your statistic. I would like to confirm with you again, your average traffic a day is roughly 310. We are interested to advertise at the top part of your sidebar, 160x300 or 728x90 below your blog banner. Kindly quote us y...

PERBEZAAN ANTARA TOMBOY, PENGKID, LESBIAN & GAY PENGKID

Image
Kalau zaman sekarang dah macam satu budaya & bukan sesuatu yang pelik lagi kalau kita dengar, nampak & terbaca kisah golongan ni. Kadang - kadang kita keliru perbezaan antara ketiga - tiga spesis ni yang kita anggap sama. berpewatakkan seperti lelaki & bernafsu pada golongan sejenis. Meh kita kenali dengan lebih dekat perbezaan antara 3 spesis yang semakin membiak di kalangan masyarakat kita ni. TOMBOY - ialah perempuan berpakaian seperti lelaki, tetapi mereka masih mempunyai naluri seks terhadap lelaki. Ini bermaksud, golongan ini dari segi sifat kewanitaannya masih normal. PENGKID - diertikan sebagai perempuan yang cuba sedaya upaya berkelakuan, bercakap dan berpakaian seperti lelaki. Dari segi naluri kejantinaan, mereka menyukai kaum sejenis, iaitu perempuan. LESBIAN -  perempuan yang pada fizikalnya kelihatan jelas normal, tetapi pada naluri kejantinaan, mereka meminati kaum sejenisnya.  GAY PENGKID  -  Dalam komuniti pengkid ...