Posts

SANGGUP KE JUAL SUAMI RM1 JUTA?

Image
Membaca review filem dari blog KitaFM tertarik pula sang lekit nak buat kesinambungan tentang entri tu tapi seperti biasa dengan penulisan & pendapat peribadi sang lekit sendiri. Takpe la kalau ada yang anggap sang lekit ni asyik mencari ilham dari sumber orang lain jer yang penting saya sang lekit sedaya upaya untuk menghasilkan sendiri jalan ceritanya, kan?? Hasil carian google Berbalik pada tajuk entri sang lekit " Sanggup ke jual suami RM1 juta ?" Sanggup ker? RM1juta tu bukan RM1k apatah lagi RM1.. Sapa tak nak RM1juta kalau ada orang nak bagi kan?? Tapi mana ada orang nak bagi RM1juta macam tu jer kalau takde balasan. Sebagai pertukarannya korang harus la sanggup di madukan & berkongsi suami. Sanggup tak puan - puan? Perkataan madu la paling di geruni kebanyakkan perempuan yang bergelar isteri. Sedikit sangat wanita kat luar sana sanggup di madukan dengan rela hati. Termasuk la sang lekit. Suami umpama harta juga bagi sang lekit. Jika ada nilai dalam ringgi...

BILA DAH RASA DIRI TU TERLALU POPULAR..

Image
Ikut resminya padi.. makin tunduk bila semakin berisi, Insyaallah akan lebih di hormati & di kagumi. Tapi tak ramai yang ikut padi walau majoriti rakyat malaysia memang makan nasi. Bila di kenali sikit mula hilang arah.. Rasa diri umpama sebutir bintang yang paling bersinar kat muka bumi ni. Walhal kejayaan yang di kecapi, populariti yang di miliki baru seciput berbanding orang lain yang dah berjaya dengan gemilang, terbilang & cemerlang sampai boleh kumpul aset juta - juta lemon. Tidak merujuk pada sesiapa tapi kisah ini di ambil dari seseorang juga yang bernama manusia. Tak perlu di sebut siapa sebab tak berapa penting untuk kita tahu. Tahu la diri tu di kenali ramai.. peminat berpuluh - puluh ribu tapi tak payah la bajet hot sangat. Baru selangkah dalam alam di kenali dah rasa macam di puncak sangat sangat dah. Tak boleh di tegur.. Kenyataan pun dah semakin riak.. mula buat aktiviti ala - ala macam artis.Yelah.. dia rasa dia dah terlalu ramai peminat kan??  Tu belum la...

NUFFNANG KENA MENGAMPU BARU DAPAT BE KE?

Image
Isu Nuffnang ni paling orang suka, kan?? Dah lama sang lekit tak buat entri pasal nuffnang sebabnya takde isu nak di bangkitkan memandangkan join contest tiket wayang pun dah tak pernah dapat lagi tiket free, BE pun dah takde masuk lagi, Tunggu proses cek nuffnang pun tak siap - siap maka dengan itu takde apa yang lekit nak cerita pasa nuffnang. Tapi Sang Lekit perasan sekarang ni nuffnang memang macam kelam kabut sikit. Isu BE, kalau dulunya traffic yang kononnya boleh maintain 100UV sehari berpeluang cerah untuk terpilih bagi iklan kempen (BE) tapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya. Iklan tu kalau ikut dari penjelasan pihak nuffnang ia di beri mengikut pilihan advertiser. Kalau dia berminat nak bagi kat blog kita, dia bagi la. Dalam soal ni sang lekit terima sebagai rezeki. Kalau ada rezeki, ia akan datang juga pada kita. Isunya sekarang nuffnang ni sebenarnya kena di ampu ke untuk dapatkan iklan kempen (BE) tu?? Dari hasil BW sang lekit, bila satu2 blog tu merungut tak...

MITOS MISTIK & MISTERI KUCING HITAM

Image
 Kucing hitam.. Korang mesti pernah dengar kisah seram, mistik & misteri yang berkaitan dengan kucing hitam ni. Mentang2 la dorang hitam, nampak tak cute tapi seram ( pada pencinta kucing macam sang lekit kucing hitam tetap menarik) maka lahirlah cerita2 dogeng pasal kucing hitam ni. Ada kepercayaan orang melayu percaya kucing hitam ni selalu berdamping dengan jin & syaitan untuk tujuan yang jahat. Orang tua2 dulu percaya kalau kucing hitam langkah mayat, maka mayat tu akan hidup semula. Kita sedia maklum semua tu kepercayaan karut, jadi jangan taksub & percaya sangat, ok! Sekali lagi sang lekit nak kopek isu pasal mitos, mistik & misteri kucing hitam ni mengikut kepercayaan dari sesetengah negara, kaum & bangsa. Sekadar berkongsi info bukan untuk di percayai tapi untuk pengetahuan am sahaja yer. Jom kita kopek dengan rakusnya. Hasil carian google 1. Jerman ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit,...

MESTIKA BUMI

Image
Ramai pelik kan kenapa pula tajuk entri sang lekit kali ni lain macam jer.. Selalu ada jer tajuk hot & spicy menjadi gimik. Okies kali ni entri blog melekit akan berkisah tentang teater untuk sekian kalinya. Malam sabtu lepas, sempat sang lekit meluangkan masa tengok teater mestika bumi kat panggung DBKL. Maaf la kalau sang lekit cakap teater ni agak bosan & jalan ceritanya agak mendatar & slow yang menyebabkan 2 3 kali juga menguap. Walau ada adengan komedi dalam teater ni tapi tak banyak membantu untuk teater Bangsawan Mestika Bumi nampak menarik. Cuma mata terbeliak juga dengan kehadiran Arja Lee (Hero/Heroin Filem 2 Alam tu..) membuat persembahan nyanyian secara duet dengan salah seorang pelakon dalam teater mestika bumi ni. Boleh tahan la kemachoan Arja Lee tu.. Suara pun sedap. Macam biasa kalau teater berkisahkan raja & puteri kayangan ni mesti puteri kayangan dengan tongkat sakti nya macam miss comet (cerita bersiri jepun awal 90an kalau tak silap) lepas t...

KEPERCAYAAN TAHYUL ORANG DULU DULU TERHADAP TUMBUHAN

Image
Wah sejak dua tiga hari ni sang lekit asyik mengopek isu - isu mistik jer.. Apa kes?? Dah nak jadi ahli kumpulan seekers ke mengkaji kejadian mistik & misteri ghaib. Tak juga. Cuma berkongsi sesuatu yang pernah di amalkan nenek moyang kita yang rasanya tak wajar lagi kita mengamalkannya. Mungkin ramai yang tak tahu termasuk diri sendiri tentang kepercayaan karut dulu.. jadi entri2 macam ni sekadar untuk pengetahuan bukan untuk amalan tapi untuk kita menilai & berfikir di mana relevannya dan apa alasan terciptanya kepercayaan karut orang dulu - dulu. Okies hari ni sang lekit nak kongsi tumbuhan yang di kaitkan dengan mistik & pernah menjadi kepercayaan orang dulu - dulu (mungkin masih ada yang mengamalkan sehingga hari ni). Hasil carian google. Sekadar hiasan POKOK BUNGA CEMPAKA 1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga. Pendapa...

KISAH BAYI TERKENA BADI MAYAT

Image
Terlebih dahulu sang lekit nak bagitahu, kisah ni sang lekit copy & paste dari FB. Kesahihan cerita sang lekit tak dapat pastikan, kewujudan badi juga sang lekit tak dapat nak kupas kupis sebab sang lekit takde info berkenaan perkara tersebut. So, sesapa yang baca ambil la iktibar. Yang baik di jadikan teladan buruk di jadikan sempadan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah ...