Posts

BANGGA JADI BUDAK JAHAT

Image
Dulu masa zaman sekolah kalau ada kawan - kawan yang berjaya masuk club, disko, pub, ada love bite kat leher atau tempat2 yang lain yang tersembunyi terutama bawah sikit pada paras leher tu (faham - faham je la yer) dengan bangganya dioarang akan bercerita pada kawan - kawan lain. Kisah yang pertama bila diorang berjaya meloloskan diri berhibur dalam club, disko atau pub ni. Sang Lekit ingat lagi kalau di kalangan kawan - kawan sekolah sang lekit dulu zaman tu yang selalu meniti kat bibir diorang yang berjaya merendah club yang bernama SOUL ni riuh la bercerita pasal soul. Kononnya diorang ada abang la.. akak la.. yang boleh cover dorang kat situ. Lepas tu mula la mengayakan aksi tarian yang kononnya popular kat club tu. Orang - orang lain yang dengar rasa.."wah hebat dia boleh masuk club walau umur baru 15 tahun, termasuk la sang lekit walau seumur hidup sang lekit tak pernah jejak kaki mana2 club atau disko apalagi pub. Kisah yang kedua paling popular di kalangan budak - bud...

LAHIR BAYI DI PUSAT LATIHAN PLKN & HAMPIR TERMAKAN PIZA SKRU

Image
Biasa la pagi - pagi kalau ada masa baca akhbar online dulu. Bukan tujuan nak kupas kupis dalam blog jer, lagipun bukan hari - hari sang lekit buat kupasan pasal artikel akhbar sekarang ni tapi sekadar mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara, luar negara & isu - isu semasa. Dua artikel dalam kosmo online hari ni menarik minat sang lekit nak kongsi dengan semua. Satu kes di Pasir Mas, dimana seorang pelatih PLKN melahirkan & menyembunyikan kelahiran seorang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Aduhai.. Lepas ni PLKN kena lebih peka semasa pengambilan pelatih baru. Bukan setakat ujian kesihatan, Ujian kehamilan pun kena di buat juga supaya tak berlaku benda - benda macam ni. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI )  Hasil carian google. Sekadar hiasan Lagi satu kes.. skru dalam piza. Menu terbaru piza ker?? kekekekeke. Macam mana la skru boleh ada dalam piza yang di pesan pelanggan. Ke masa dorang masak piza ada skru kat mana2 alat memasak tertan...

HAIWAN VS MANUSIA (SIAPA LEBIH KEJAM?)

Image
Bila manusia bunuh haiwan, dera haiwan, aniaya haiwan tanpa sebab.. Tiada sebarang tindakkan tegas di ambil. Kalau masyarakat dengan majoriti yang ramai bersuara baru la pihak berkuasa mula bekerja tapi kes selesai dengan hanya permintaan maaf secara terbuka, mengakui kesilapan kononnya & menyesal katanya. Bila haiwan serang manusia, cederakan manusia, bunuh manusia mungkin sebab dia rasa terancam.. Haiwan itu akan di tangkap, di kenakan hukuman samada di kurung atau di bunuh dengan alasan ia merbahaya kepada manusia. Haiwan tidak berakal walau berotak.. Manusia punya kedua - duanya.. akal & otak. Haiwan bertindak untuk melindungi diri, manusia kadang - kadang bertindak sekadar suka hati macam hobi. Dunia umpama milik manusia.. kerana di kuasi manusia. Hidupan lain umpama menumpang harta manusia sedangkan dunia bukan milik sesiapa, Milik yang Maha Esa untuk semua makhluk & ciptaaNya. Hasil carian google. sekadar hiasan Kisah pengkid siksa & bunuh seekor anak kuci...

ARWAH PULANG SELEPAS 3 HARI DI KEBUMIKAN

Image
Seorang pengamal ilmu hitam yang telah di kebumikan pulang kerumah selepas di hantar lelaki yang menemuinya di kawasan perkuburan selepas tiga hari di kebumikan. Kepulangan warga emas yang berusia 75 tahun tersebut mengejutkan keluarga, jiran tetangga & orang kampung yang ketika itu sibuk untuk mengadakan kenduri untuk arwah. Ada jiran yang bertempiaran lari ketakutkan sebaik melihat jasad warga emas yang berpakaian serba putih & jasadnya masih berkeadaan baik pulang ke rumah pada waktu maghrib. Sebaik pulang kerumah warga emas tersebut di katakan meminta makanan. Selepas di beri makan warga emas tersebut meminta untuk pulang. Selepas di hantar kekuburnya, arwah hanya berdiri di hadapan kubur beberapa ketika & hilang. Yang peliknya kubur arwah dalam keadaan baik & tiada sebarang tanda2 ia di gali untuk keluar. Faizal Diman, 75 di katakan pulang kerumah selepas 3 hari di kebumikan. Mereka percaya jelmaan makhluk yang seakan warga emas itu adalah angkara jin keran...

KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR

Image
Haruskah bergelar seorang pakar untuk menjadi penilai atau memberi pendapat secara peribadi pada sesuatu perkara tu? Kalau macam tu la syarat untuk mengeluarkah hujah & pandangan peribadi maka ramai yang dah langgar peraturan dalam menulis blog sebab ramai juga yang bagi pendapat secara peribadi terhadap sesuatu perkara yang dorang nak komen. Hasil carian google Kenapa isu ni di bangkitkan.. Takde apa sekadar berkupas kupis & kopek untuk perbincangan umum sahaja bukan untuk cari pasal yer. Katakan korang menonton satu filem kat pawagam yang dari sudut kaca mana korang filem tu memang bosan & tak best. Lalu korang pun taipkan satu entri berkenaan apa yang korang tonton & menyatakan pendapat korang secara jujurnya terhadap cerita tersebut & mendapat komen dari seorang makhluk yang mengatakan anda perlu memahami terlebih dahulu tema cerita tersebut sebelum membuat penilaian samada ia menarik atau tidak. Apa perasaan anda?? Mesti pelik kan?? Mungkin kita tak grade ...

KERANA CHEESE CAKE

Image
Kerana cheese cake 1 hari semalam blog ni tak ber update. Tapi apa kena mengena cheese cake dengan tak update blog?? Adakah sang lekit bertungkus lumus memasak cheese cake sampai tak sempat nak update blog?? hasil carian google. sekadar hiasan Bukan pasal masak cheese cake.. Malah cheese cake tu hanya beli je kat jusco. First time makan memang sedap.. tapi second time makan tetap sedap cuma lain pula jadinya. Malam 24hb hubby balik dengan membawa buah tangan cheese cake. Makan bersama hamster & hubby. Tapi bertuah hamster & hubby selamat cuma sang lekit lepas makan cheese cake tu terus sakit perut & muntah2. Tak syak pula sebab cheese cake sebab hubby makan ok jer.. Perut semakin sakit & tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi.. Jadi sang hubby bawak la pergi hospital sungai buloh. Memandang sang lekit tengah pregnant & kitorang pun tak syak sang lekit kena keracunan makanan sebabnya pertama, sang hubby ok je lepas makan cheese cake tu, kedua sang lekit tak mengala...

SANGGUP KE JUAL SUAMI RM1 JUTA?

Image
Membaca review filem dari blog KitaFM tertarik pula sang lekit nak buat kesinambungan tentang entri tu tapi seperti biasa dengan penulisan & pendapat peribadi sang lekit sendiri. Takpe la kalau ada yang anggap sang lekit ni asyik mencari ilham dari sumber orang lain jer yang penting saya sang lekit sedaya upaya untuk menghasilkan sendiri jalan ceritanya, kan?? Hasil carian google Berbalik pada tajuk entri sang lekit " Sanggup ke jual suami RM1 juta ?" Sanggup ker? RM1juta tu bukan RM1k apatah lagi RM1.. Sapa tak nak RM1juta kalau ada orang nak bagi kan?? Tapi mana ada orang nak bagi RM1juta macam tu jer kalau takde balasan. Sebagai pertukarannya korang harus la sanggup di madukan & berkongsi suami. Sanggup tak puan - puan? Perkataan madu la paling di geruni kebanyakkan perempuan yang bergelar isteri. Sedikit sangat wanita kat luar sana sanggup di madukan dengan rela hati. Termasuk la sang lekit. Suami umpama harta juga bagi sang lekit. Jika ada nilai dalam ringgi...