Posts

PELATIH BOMBA WANITA HARUS BOTAK?

Image
Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas. Peraturan dalam surat yang diterima,hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan. (Baca artikel sepenuhnya DISINI ) Tu dia cedukkan artikel dari harian metro. Sang lekit ada post kat status FB pasal isu ni, ada kawan sang lekit bagitau sepupu dia yang mendaftar untuk kemasukkan yang sama di terengganu pun di botakkan juga. Aduhai.. kenapa pula perempuan di botakkan?? Pelakon Syarifah Amani ketika botak. Hasil carian google. Dulu kecoh pasal Pelakon Syarifah Amani yang di botakkan dalam filem mualaf. Ramai yang mengkritik hebat pelakon tersebut.  Huk...

SENARAI KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Image
kewujudan ajaran sesat ini mungkin berpunca daripada golongan orang-orang sesat iaitu mereka yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.   Salah seorang pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin. Hasil carian google Ditarifkan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan dibawa orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat di Malaysia, antaranya; guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu, mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup, meminta pertolongan daripada orang yang telah mati dan mempercayai diri atau pengikutnya sahaja layak mendapat ma'un...

WAJAR KE INSENTIF UNTUK MEREKA BERPOLIGAMI?

Image
Dah dua hari (semalam & hari ni) Sang Lekit baca artikel berkenaan insentif untuk suami yang berpoligami yang di usulkan oleh kerajaan negeri kelantan. Hari ni keluar lagi satu artikel berkenaan perkara tersebut tapi mencadangkan insentif di berikan pada isteri yang di madukan. Menurut laporan dalam akhbar insentif yang di berikan bukan untuk menggalakkan para suami berpoligami tapi untuk galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan. Tapi rasanya berapa kerat sangat yang berani tampil untuk mengaku yang dorang dah madukan isteri dorang semata - mata nak dapat insentif. Kebanyakkan yang memadukan isteri dorang secara senyap - senyap ni sebab takut nak isteri mengamuk bila tahu atau isteri pertama tak izinkan. Kalau pasal duit la dorang sembunyikan takde la Bong Mokhtar & Zizie kena denda sebab berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama. Macam Bong tu dah lebih dari mampu dari segi kewangan.kan?? Contoh lelaki/suami yang benar - benar layak berpoligami. Tak ...

MELAWAN FITRAH ATAU TERIMA DIRI SEADANYA?

Image
Tadi sempat la tengok wanita hari ni dengan topik dilema anak lelaki lembut. Panel jemputan tak tahu lak siapa nama dia yang pasti seorang pakar (mungkin pakar kauseling), seorang ibu kepada anak lelaki yang berpewatakkan wanita (lelaki lembut) & lelaki lembut tu la. Yang pernah mengaku dirinya Ben Nyah. Hasil carian google. Sekadar hiasan Sang lekit tak ikuti topik dari mula cuma buka tv jer tengok topik ni dah separuh jalan dia bincangkan. Bila si lelaki lembut ni menjawab soalan dengan jawapan " Terima diri seadanya.. & menjadikan takdir sebagai alasan atas apa yang berlaku pada dirinya.." Sang Lekit tertanya tanya pula sendiri. Dengan cara mengikut perasaan & naluri itu cara menerima diri seadanya atau dia sedang melawan fitrah kejadiannya yang sebenar. Kalau menerima diri seadanya.. Diri dia yang seadanya adalah lelaki bukan perempuan, kan?? Tapi dia sendiri mengakui naluri & perasaannya lebih kepada wanita. Letakkan takdir sebagai alasan.. Apakah takd...

GAMBAR KUCING KEBAL JATUH TINGKAT 12, MASIH HIDUP & SIHAT

Image
Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter,Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan.kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan. KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat   Ajal maut di tangan Tuhan. Kalau belum sampai ajalnya jatuh dari langit sekalipun dia akan hidup, ye tak?? Namun ini bukti kekuasaan Allah untuk sama2 kita renungi & insafi. Rujukan : Kosmo

GAJI DARI NUFFNANG & EXABYTES

Image
Nuffnang bulan lepas lagi sang lekit dah terima cheque. Tepat seperti yang di janjikan mengikut syarat - syarat yang di tetapkan. Alhamdulillah.. Takde la ribu riban.. Tapi ada la sikit. Ok la tu.. sambil - sambil dok membebel dalam blog, orang bagi duit kita ambil la. Takkan nak buang pula walau 10sen pun. Hari ni Cheque dari Exabytes pun sang lekit dah terima walau kontrak dengan Exabytes ada 1 bulan lagi. Pun tak banyak mana tapi macam sang lekit kata tadi, orang bagi kita ambil. Lagipun bukan mencuri. Tak salah kan?? Memang kedua - duanya ( Exabytes & nuffnang ) memberi perkhidmatan yang baik. Takde delay2 nak bayar. Macam mana janji, macam tu la dorang buat. Syabas! Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk duit yang dapat hasil berblog. Nak tunjuk pun rasanya gaji korang lagi banyak. Sekadar memuji service dari dua pihak yang terlibat ni. Kedua - duanya pendapat pertama sang lekit hasil dari blog yang masih di tepian longkang. Semua tu rezeki kurniaan Allah juga. Kala...

HARI ENJIT2 SEMUT.. 28 MINGGU KINI

Image
Hari ni hari mari meng 'enjit'. Bulan lepas skip sebab malas nak pergi klinik. Sang Lekit memang tak serasi dengan klinik. So, dah skip bulan lepas, bulan ni harus merajinkan diri pergi check up. Alhamdulillah 28 Minggu berlalu dengan selamat. Cuma bulan ni macam 2 bulan lepas, kurang darah juga. Aduhai.. nak sedut darah sapa la nak cukupkan kuota darah dalam badan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Macam biasa temujanji pukul 9 am tapi sang lekit sampai klinik lebih kurang 9.30am. Kuanter pertama masa buat ujian tekanan darah jumpa dengan nurse yang baik 2 bulan lepas yang buat pemeriksaan kandungan, Misi Mazlinda. Tapi masa nak ambil darah bertemu dengan Misi yang suka bebel Misi Azimah. Memandangkan takde apa yang dia nak bebel dalam bilik ambil darah jadi takde la dia membebel macam kali pertama sang lekit pergi check up dulu. Masa tu dia tugas kat bilik pemeriksaan. Kat bilik pemeriksaan kandungan tu nasib baik misi ni tak banyak songeh. Dia cuma buat pemeriksaan maca...