Posts

KANAK - KANAK 1 - 5 TAHUN DI TUKAR JANTINA MENGIKUT PILIHAN IBUBAPA

Image
Apa kes pula kalau lahirnya perempuan di tukar kepada lelaki. Ada mak bapak yang sanggup buat demi memenuhi kehendak sendiri. Bayangkan keputusan tu di lakukan tanpa rela kanak - kanak yang masih kecil oleh mak bapak dorang. Terkejut juga sang lekit bila membaca laporan akhbar pasal kes pertukaran jantina di kalangan kanak - kanak dengan alasan mak bapak dorang inginkan jantina anak mengikut kemahuan sendiri. Kesian kan kat budak - budak tu.  Hasil carian google. Sekadar hiasan Pembedahan jantina di kalangan kanak - kanak di lakukan di salah sebuah hospital di new delhi dengan kos kira - kira RM10k. kanak-kanak perempuan berumur antara satu dan lima tahun telah menjalani pembedahan genitoplasty dan kira-kira 200 hingga 300 kes itu dilakukan di Indore.media telah mendedahkan mengenai ibu bapa yang inginkan anak lelaki, mengambil jalan keluar dengan beralih kepada pembedaham haram itu. Aduhai dunia sekarang dah jadi pelik. Manusi...

BAKAL PENGANTIN LELAKI HARUS BACA! HARAM PAKAI INAI

Image
Kenapa sang lekit highlight kan pengantin lelaki kat situ? Sebabnya kalau hari - hari biasa ni jarang sangat nak tengok lelaki berinai bagai kan tapi bila nak jadi raja sehari hampir kesemua lelaki melayu/islam mesti berinai di 3 jari, betul tak? Dah menjadi adat turun temurun orang melayu berinai masa nak berkahwin ni, kan?? HASIL CARIAN GOOGLE. SEKADAR HIASAN Agak jahil tentang perkara ni buat sang lekit sedikit terkejut bila membaca di blog 'Jom Klik Blog' yang berkongsi info tentang hukum lelaki memakai inai di jari.  Bila sang lekit cuba search melalui google.. memang ada artikel berkenaan hal ni. Tapi ada juga yang kata harus walau banyak artikel yang sang lekit jumpa menyatakan ia haram. Sang Lekit tak berani pula nak buat keputusan sebab ilmu sang lekit ni seinci pun tak sampai. Kena rujuk kepada orang yang lebih pakar & arif.( Boleh rujuk DISINI tentang hukum lelaki memakai inai) Tapi bagi pandangan & pendapat peribadi sang lekit la.. kalau ianya hara...

GAMBAR 7 BULAN MEMBOYOT

Image
Diam tak diam dah 7 bulan memboyot. Alhamdulillah semuanya agak baik & takde masalah2 serius selama membawa perut boyot ni selama 7 bulan. Cuma mula rasa ketidakselesaan bila berjalan, tidur & duduk. Perut makin besar.. Mungkin itu masalah2 biasa yang di hadapi ibu - ibu mengandung kot. Apapun baby dalam perut ni memang tak menyusahkan ibu dia. Baik sangat. Thanks yer baby.. Ada yang buat permintaan nak tengok macam la mummy kementot ni mengandung. Dah la katek, agaknya macam mana la dia usung perut boyot dia tu yer.. Dulu sebelum kawen macam - macam andaian & spekulasi orang buat pada sang lekit. Kononnya orang kecik ni susah nak mengandung. Tapi sang lekit percaya Tuhan menjadikan kita bersama kelebihan & kekurangan. Takde dalam Al-Quran mahupun kitab atau hadis yang cakap orang kecik ni tak boleh mengandung. Jadi sang lekit percaya pada kuasa Allah. Sekarang terbukti ibu kenit ni pun boleh mengandung macam ibu - ibu lain dengan izin Tuhan. Walaupun sang lekit ni ...

CIKGU SHIDA NAK BERSARA JADI GURU?

Image
Betul ker cikgu shida dah nak bersara jadi cikgu? Kenapa? Nak tumpukan perhatian dalam karier baru ker sebagai artis miming, pelakon & penulis majalah? Ke sebab jadual seni mula padat & dah tak dapat bagi komitment sebagai guru? Atau sudah jemu di katakan sebagai menjatuhkan institusi perguruan & memalukan para guru yang lain dengan memaparkan video miming yang agak janggal di mata sesetengah masyarakat? Amboi sang lekit mengalahkan wartawan pulak yer... Sejauh mana kesahihannya sang lekit sendiri tak pasti tapi bila di baca dari fanpage FB & laman blog beliau.. kias - kias macam tu la. Mungkin niat nak bersara awal jadi cikgu tu ada kot cuma keputusan rasmi je belum di buat. Kalau dah jawapan dari persoalan tersebut di jawab dengan "NO KOMEN" (ala- ala jawapan artis gitu) bermakna ia di tengah2.. samada ya atau tidak jer. Ni luahan rasa cikgu shida di laman blog dia Ni pula sesi soal jawab di fanpage FB beliau. Mungkin cikgu shida mula seronok dengan du...

BAHAN LUCAH JADI PILIHAN UNTUK SESUATU TUJUAN

Image
Bila terbaca berita hari ni tentang sekali lagi salah satu masjid di pulau pinang di kejutkan gambar lucah dalam naskah surah yassin macam terjadi tak lama dulu di sebuah masjid di pulau pinang juga. Kalau dulu 9 naskah surah yassin menjadi mangsa golongan yang sengaja nak menghina Islam, kali ni 11 naskah surah yassin di jadikan album gambar lucah pula. Kalau kanak - kanak terlalu terdedah dengan benda2 lucah, apa akan jadi?? hasil carian google. sekadar hiasan Terkenang kes yang masih dalam perbicaraan tentang video lucah seorang pemimpin parti politik. Tetap isu lucah di gunakan bagi menjatuhkan pihak lain. Dan isu blogger/blog lucah untuk menaikkan traffic di blog. Buat cerita lucah, maki hamun dengan perkataan lucah, paparkan gambar lucah semata - mata mahu rating & ranking blog naik. Apakah benda lucah tu saja yang menjadi perhatian masyarakat kita? Sana - sini guna isu lucah untuk menaikkan atau menjatuhkan pihak lain mahupun diri sendiri. Takde pendekatan lain ke nak g...

NUFFNANG BAGI SAYA U-MOBILE

Image
Best la sang lekit dapat U-Mobile dari nuffnang , kan?? Macam mana sang lekit boleh dapat U-Mobile ni? Ada contest ke yang nuffnang anjurkan? Mana ada.. Sang Lekit pun tak tahu macam mana sang lekit boleh dapat U-Mobile dari nuffnang ni. Hari tu Nuffnang bagi Proton Exora. Dapat proton Exora kau! Tentu korang tertanya macam mana nak dapatkan? Bukan la sang lekit dapat U-Mobile access internet tu. Sang lekit dapat BE yang kedua dari nuffnang untuk bulan Jun ni. Setelah lama kepupusan BE di blog melekit ni nampaknya kegemilangan BE kembali lagi. Harap BE akan meriah macam dulu. Tapi Iklan untuk kempen Proton Exora tu macam nak tak nak jer keluar. Earning dia pun ala - ala siput sebab iklan dia tak banyak papar kat blog melekit ni. Tapi U -Mobile ni nampak agak aktif berbanding exora sejak semalam. Alhamdulillah.. Rezeki. Apapun terima kasih pada pihak nuffnang & pihak advertiser yang sudi memberi iklan kempen kat blog melekit yang tak seberapa ni. Bukan nak menunjuk - nunjuk...

MITOS KUCING ADA 9 NYAWA

Image
Sungguh sang lekit tak pernah tahu wujudnya kepercayaan & mitos tentang nyawa kucing yang di katakan ada sembilan. Selama terjebak hidup berkongsi rumah, katil dengan kucing dari kecik hingga la kecik (walau dah bangka tapi kurang membesar.. kekekekeke) baru sekarang sang lekit tahu wujudnya mitos ni. Maka dengan itu bagi membongkar misteri di sebalik wujudnya kepercayaan ni sang lekit bertapa menuntut ilmu bersama tok guru gogle. Jom kita lihat hasil pertapaan sang lekit. Benarkah kucing ada 9 nyawa? Dari mana datangnya fakta ni? Kalau ia bukan satu fakta, maka cuma satu kepercayaan & mitos. Kenapa wujudnya kepercayaan dogeng & mitos ni? Mana ada kucing ada lebih dari 1 nyawa. Mungkin wujud kepercayaan karut ni sebab, bila banyak kes yang sang lekit search, kucing yang jatuh dari tempat tinggi & masih selamat, hidup & sihat. Mungkin sebab tu orang ciptakan dogeng bahawa kucing ada 9 nyawa kerana sukar mati. Sebenarnya kucing (dan beberapa haiwan lain) punya siste...