Posts

HENSEM SANGAT KE 'ANU' KAU TU??

Image
Bila terbaca satu kes seorang promoter yang di jatuhkan hukuman di jel 6 bulan selepas mengaku bersalah menunjukkan 'Anu' dia kepada seorang wanita teringat pula sang lekit satu kisah yang pernah berlaku pada salah seorang kawan sang lekit dulu. (rujukan : harian metro ) Carian google Kita akan kategorikan golongan macam tu golongan 'orang gila seks' tapi kenapa dia hanya menunjukkan 'Anu' namun tidak sampai menculik & merogol mangsa. Macam - macam kan ragam manusia gila seks ni memuaskan nafsu ni. Sekadar tunjuk 'Kemaluan' dia pun mungkin dia dah rasa puas kot. Atau dia rasa 'Anu' dia lebih hensem & menawan berbanding rupa dia untuk merangsang nafsu orang lain supaya tertarik & melakukan seks dengan rela? Dah nama pun orang gila jadi imaginasi dia juga gila la. Kes yang berlaku kepada kawan sang lekit ni lebih kurang kes yang dalam artikel akhbar tu jugak. Masa tu dia nak ke Main Office. Tapi terpaksa melalui jalan raya besar ju...

FUNGSI JARI TENGAH/HANTU

Image
Apa fungsi jari tengah/hantu ni? Nak korek hidung.. rasanya tak sesuai sangat kan?? Nak - nak lagi yang mempunyai saiz lubang hidung yang agak kecik & sempit? Nak gunakan sebagai jari tunjuk - tunjuk.. Iskk.. jarang sangat orang guna jari tengah untuk menunjuk sesuatu. Jai telunjuk dah ada.. Jadi apa fungsi jari tengah/hantu ni?? Jari tengah/hantu ni sekarang ni banyak yang guna sebagai menunjuk simbol lucah jer.. Mentang - mentang la nama dia jari hantu. Hantu kan di kaitkan dengan benda - benda yang tak baik, maka manusia ambil kesempatan atas nama jari hantu ni untuk mengekspresikan sesuatu yang buruk bagi memburukkan lagi fungsinya kan?? Kesian kan jari hantu.. dah la namanya hantu, di hantui lagi dengan perbuatan2 yang kurang sopan. Semakin berhantu la jari tu. kekekekekeke Belum tahu cakap dah di ajar buat simbol F**K. Bangga ke kita kalau dapat anak yang belum tumbuh gigi sudah pandai buat aksi ni?? Kalau lagu rakyat dulu2.. belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.. ak...

FAKTA KARUT DARI ORANG BERLAGAK PAKAR

Image
Nak ambil peduli setiap kata - kata dari orang harus di tapis dulu baik & buruknya. Kata - kata berunsur nasihat, semangat & yang membawa kearah kecermelangan hidup tu takpe la kita nak ambil pusing pun tapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa & kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja. Teringat sang lekit dari zaman remaja sampai la bertukar status menjadi bini & bakal mak orang ni. Kata - kata yang sang lekit tak boleh lupa adalah berkenaan dengan fizikal yang sang lekit yang kecik kementot. Macam - macam pertikaian & ramalan berunsurkan mitos dari orang lain. Dulu sebelum kawen.. Masa tu sekolah lagi. Seorang pakcik yang sang lekit tak kenal pernah cakap.. Orang kecik ni susah dapat jodoh. Macam la jodoh tu dah tertakluk pada orang yang berfizikal sempurna jer, kan?? Lepas tu ada juga sedara mara yang cakap.. Kau ni kecik sangat macam la nak kawen nanti. Macam mana orang lain kawen, macam tu la jugak sang lekit kaw...

CARA MEMBUANG BAYI DENGAN LEBIH SELAMAT

Image
Kalau di baca dari tajuk entri ni memang agak kasar bunyi berbanding tujuan pusat ini di tubuhkan. Tapi untuk menyalurkan maklumat melalui blog ni kena ada tajuk yang mampu menarik minat orang membaca baru lah info dapat di sampaikan kepada lebih banyak pembaca. Bukanlah niat sang lekit nak bergimik semata - mata, tapi sang lekit rasa info ini sangat berguna & harus kreatif menyampaikannya. Pusat pembuangan bayi yang sah lekit maksudkan adalah pusat penyerahan bayi (ala - ala macam rumah kebajikan jugak la)  yang menyediakan satu ruang pelindung bayi. Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menya...

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu. Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas t...

AKAN BERTEMU 2 EKOR DRAKULA.SUSPEN!

Esok ada pregnancy check up. Dan menurut check up 2 minggu lepas nurse ada bagitau esok (pagi nanti) sang lekit akan hadap 2 batang drakula.. 1 drakula penyedut darah & 1 lagi drakula yang memasukkan ubat. tak paham ker? Kena suntikan la.. Yang 1 jarum untuk ambil darah & satu jarum lagi suntikkan terakhir. Tak tau pulak suntikan kedua ni suntikan untuk apa. Makin dekat dengan due date makin berdebar pula sang lekit. Makin terbayang banyak lagi drakula (jarum suntikan) yang perlu sang lekit berdepan. Membayangkan macam - macam kesakitan yang perlu di tempuhi. Aduhai.. Semuanya demi anak akan ku kumpul berapa banyak kekuatan yang mampu untuk harungi semua tu nanti. Kalau betul seperti ramalan doktor yang cakap kemungkinan sang lekit akan bersalin secara operation.. Terpaksa juga tempuh detik - detik itu. Kalau mak sang lekit senang je dia cakap.. Tak payah nak takut sangat, operate ke normal ke dua2 pun sama jer sakit. Mana ada orang beranak sambil gelak2 & makan kuaci, ka...

NAK DAPAT DUIT DARI EXABYTES SILA BACA

Image
Di sebabkan sang lekit pernah sertai program Exabytes untuk menambah pendapatan sampingan & telah pun menerima bayaran dari pihak Exabytes untuk program Exabytes 100 Blogger Ads Program yang lepas jadi sang lekit nak berkongsi la dengan korang yang berminat. Exabytes menganjurkan lagi program ni & mencari 100 blog untuk menyewa tapak iklan dorang. Syaratnya sangat mudah.. Blog korang mestilah ada Unique Visitor sekurang kurangnya 200 UV setiap hari & harus maintain setiap bulan. lain - lain syarat korang boleh rujuk DISINI. Sambil dok membebel kat blog kalau ada peluang menjana pendapatan sampingan apa salahnya kita cuba. Bukan kena buat kerja sangat pun cuma pacak je iklan kat blog kemudian biar la dia menari2 dengan riang. Ada rezeki dapat la duit. Yang lepas sang lekit join Selama 3 bulan kontrak dengan Exabytes. Tak buat apa - apa pacak iklan cukup masa Exabytes hantar cek seperti yang di janjikan. Pada korang yang berminat clik jer Exabytes 100 Blogger Ads Progr...