Posts

REZEKI BULAN PUASA DARI NUFNANG

Image
Amboi bukan main susah sekarang ni nak dapat iklan kempen CPM dari nuffnang atau orang lebih kenal dengan BE, kan?? Nak dapat satu BE sebulan pun dah susah sekarang ni apa lagi nak meriahkaripapusing BE yang lebih dari sepeluh running kat blog macam dulu. Dah tu BE cepat sangat jadi ME. Dulu bertahan jugak sebulan.. sekarang ni seminggu jer. Sang lekit redha jer anggap tu sebagai rezeki kalau ada, kalau takde bermakna takde rezeki. Aktiviti berblog tetap di teruskan seperti biasa tanpa nada putus asa walau takde BE. Tak jejaskan mood berblog pun. Insyaallah blog ni terus hidup selagi kudrat tu ada. Lepas ni tak tau berapa lama nak bercuti berblog... Okies berbalik cerita BE tadi.. Terima kasih pada Nuffnang & Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine) yang memilih blog melekit untuk kempen ini. Satu jer untuk bulan ogos setakat ni. Terima kasih daun keladi, kalau ada jangan segan silu bagi la lagi. kekekekekeke BE 11.08.11

MINGGU KAD RAYA

Image
Kalau dulu - dulu sebelum popularnya sms & handphone ni minggu ni la minggu bershopping kad raya, setem bagai kan?? Yelah.. Kang lambat - lambat hantar sampai lepas raya pula tak pun tak sampai langsung. Tak merasa la nak dapat balasan kad raya yang di kirim. Tak merasa la nak buat  hiasan dalam rumah gantung2 kad raya yang orang kirim. Carian google Teringat sang lekit zaman 90an dulu dimana kad raya memang popular. Sang lekit ni selalunya kerja membalas jer.. Yang mana yang tak sempat balas tahun lepas, di balas tahun selepasnya. Yelah kalau dah sampai seminggu sebelum raya mana la sempat nak balas. Jadi selalunya kad raya yang kawan - kawan, kenalan, atau sedara mara yang jauh kirim & lewat sampai tunggu la setahun lagi baru sang lekit balas. Seronok bila dapat kad raya. Macam - macam size, corak & kata2 ada. Ada siap berlagu bagai. Ada yang oversize tapi guna setem 50sen jer hantar maka posmen sedaya upaya sumbat jugak kat raya tu dalam peti pos walau tak muat....

LAGI BLOGGER DI SAHKAN HAMIL

Tahniah pada Ujang & yana yang khabarnya bakal jadi mummy & dady setelah yana di sahkan mengandung menurut sumber yang boleh di percayai di blog papa Ujang. Wah ujang dah naik pangkat. Sebelum ni khabar dari Ben Ashaari yang wife dia turut di sahkan mengandung. Rezeki bulan puasa. Maka.. Makin meriah lah dunia blog dengan bakal2 ibu & ayah lepas ni. Sang lekit cuma menghitung hari jer nak bersalin.. Yang baru di sahkan mengandung tu jagalah kandungan korang baik - baik yer. Tak payah nak survey barang baby lagi pada mereka2 yang baru di sah mengandung apatah lagi teruja nak shopping barang baby sebab perjalanan masih jauh. Sang lekit faham bagi yang kali pertama bergelar bakal mummy & dady ni mesti teruja. Tapi sang lekit dulu memang sangat2 rilex bab2 nak shopping barang baby ni. Apa yang sang lekit buat step by step. Awal kandungan, yang penting sang lekit cari infomasi tentang penjagaan diri & kandungan. Dah masuk 6 bulan keatas baru la survey2 barang baby ta...

BUNTING GAJAH

Image
Ramai pula blogger yang bakal jadi ibu & ayah kan sekarang ni. Terbaru khabar dari Ben Ashaari yang juga bakal bergelar bapak. Wah macam penyakit berjangkit pula. Apapun tahniah pada mereka2 yang bakal bergelar ibu & bapak ni termasuk jugak sang lekit. Meriah dunia blog dengan mummy & dady lepas ni. Tapi petang ni sang lekit nak cerita pasal penyakit bunting gajah. Penyakit apa tu?? Teringat sang lekit masa sekolah dulu, istilah bunting gajah yang di gunakan oleh seorang cikgu vateran kat sekolah. Kelakar juga masa pertama kali dengar istilah bunting gajah. Ni kebanyakkan terjadi kepada bapak2 budak. Tapi sekarang ni masalah ni bukan je di hadapi oleh mereka yang dah bergelar bapak tapi yang belum dapat pangkat bapak pun mula di jangkiti penyakit bunting gajah. Taknak kalah tu kaum lelaki. Kalau perempuan boleh mengandung, lelaki pun nak juga bunting. Adakah mereka suka akan keadaan ni?? Tentu sekali tidak kan?? Carian google Cikgu sang lekit ni umur pun dah senja masa...

BERTUAH & BERSYUKUR

Maaflah kalau sang lekit tak sempat nak jenguk blog2 korang yang berkunjung & berkomen kat blog melekit ni. Sejak semalam memang kurang sihat. Perut meragam.. Ingat keracunan makanan lagi sebabnya sahur 2 hari lepas pepagi hari belasah tomyam en hubby beli. Ni gara2 dia balik lewat.. So dia beli la sahur sekali. Nasib baik takde muntah2 @ cirit birit semalam cuma hari ni je pagi tadi muntah - muntah sikit. Perut masih rasa sakit. Mungkin sakit perut semalam bersambung hari ni & di tambah pagi tadi memang tak sahur sebab tak larat sangat nak bangun & takde selera langsung nak makan. Maaf la.. Den tak puasa hari ni akibat muntah & terpaksa ambil ubat tahan muntah. Al-Maklum la tengah mengandung, muntah2 tak elok nak2 lagi kandungan belum cukup matang. Ada lagi 1 bulan.. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku terpaksa la ponteng puasa hari ni. Berbalik pada tajuk entri sang lekit tu.. Apa yang bertuah? Kita ni kadang - kadang terlalu banyak merungut sa...

BEREBUT KUCING SAMPAI NAK SIMBAH ASID

Image
Aduhai.. Pasal kucing pun jadi hal. Kalau dah pencinta kucing sangat.. pergi kutip kucing2 terbiar kat jalanan sana tu buat anak angkat, kenapa perlu berebut kucing nan sekor itu. Mungkin juga kucing mahal kot. Ada harga di pasaran.. Jadi mana nak sama dengan kucing terbiar di jalanan. Tudia kucing & anjing berebut spender. Sekadar hiasan. Ni kes sepasang kekasih yang telah berpisah berebutkan seekor kucing tak tahu apa jenis sampai ugut mengugut. Alkisahnya di mamat ni datang kat rumah bekas awek dia minta balik kucing yang pernah dia bagi setahun lepas tapi bekas awek ni taknak bagi dengan alasan selama ni si pakwe tak pernah ambil kisah pun pasal kucing tu. Bila di pujuk pun tak jalan, si pakwe naik hantu maki hamun si bekas awek ni sampai ugut nak simbah asid kalau terserempak kat luar. Bagi pendapat sang lekit la.. Kalau sang lekit kat tempat minah tu sang lekit bagi balik jer. Bukan sebab tak sayang kucing tu tapi buat apa ambil risiko atau mengeruhkan keadaan. Sang leki...

SUJUD TERUS TIDUR

Image
Bersempena bulan ramadhan ni banyak kisah nostalgia zaman kanak - kanak mula terimbau kembali. Yang bernama kanak - kanak macam sang lekit & the gang dulu memang penuh aktiviti. Aktiviti mengikut musim. Kalau bulan puasa.. Aktiviti main kejar2, masak2 & mainan lasak2 ni kurang. Konon puasa tapi puasa kadang - kadang yang yok jer. Kekekekeke Aktiviti sepanjang ramadhan bila menjelang malam mesti la terawih walau sembahyang tu tak seberapa. Lebih kepada memeriahkan masjid je. Nama pun budak - budak kan?? Kelas mengaji al-quran sepanjang bulan puasa memang di umumkan cuti. Macam biasa bergerak dalam kumpulan ke masjid. Sampai masjid sebelum bermula solat terawih mesti makan dulu. Dulu memang ada program more ni. Walau dah makan kat rumah tetap juga nak makan kat masjid. Sedap tak sedap tu tak kisah, janji makan. Lepas makan ambil wuduk masuk masjid, ambil saf paling belakang. Mula - mula semua ok lagi. Semangat lagi berterawih. Dah sampai rakaat yang ke lima keatas mula nampak...