Posts

JEJAK KASIH

2011.. banyak benda yang berlaku dalam hidup sang lekit selain 2011 sang lekit bergelar seorang ibu pada shahila. 2011 juga macam pertemuan jejak kasih walau bukan sang lekit yang menjejaki kasih2 itu. Wah kes jejak kekasih lama ker?? Takde maknanya sang lekit nak jejak bekas2 kekasih.. Cukup la dengan adanya seorang kekasih bernama Suami di mata & di hati sang lekit. Tak payah la nak mengulit kenangan lagi dengan bekas2 yang dah basi tu. Apa yang sang lekit nak cerita bukan pasal bekas kekasih yer.. tapi kawan - kawan. Sang Lekit akui pernah satu ketika sang lekit hilang kepercayaan pada mereka yang bernama kawan baik/sahabat ni. Sang lekit tak nak cerita kenapa.. Biar lah semua tu jadi sejarah yang bersemadi. Kalau boleh lupa.. nak lupakan terus. Berbalik pada cerita jejak kasih ni.. 2011 ada jugak la kawan2 sang lekit yang lost contact yang menjejaki sang lekit kembali. Macam kawan baik sang lekit, Siti, kawan - kawan masa kolej sang lekit jijah & Isma & paling tak...

GENETIC TEST CIK LALA

Image
Hari ni cik Lala ada appointment dengan doktor kat hospital untuk Genetic Test & result. Ini sebab cik lala lahir dengan berat yang kurang dari 2kg (1.9 kg jer boleh rujuk entri ni : BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA ) selepas semua test2 lain takde masalah. Cik Lala cuma kecik tapi cukup bulan & sihat. Timbang berat badan hari ni, hari yang ke 29 Cik lala tengok dunia dah bertambah sebanyak 3 kg. Ok la tu.. Lagipun Cik Lala memang kuat menyusu. Sekarang ni pun dah terasa kalau pangku dia lama2. lenguh2 jugak la. Keputusan Genetic Test tu semuanya ok.. Takde masalah. Buat mummy & dady cik lala happy & lega. Banyak sangat test yang di buat kat Cik Lala sejak dia lahir hanya sebab dia kecik masa lahir. Macam nak cakap kat doktor jer.. Tengok la mummy dia. Besar sangat ker. Alih2 doktor yang periksa cik lala hari ni yang tolong cakap kan. Dia cakap Cik Lala sihat.. Dia kecik mungkin sebab mummy dia pun kecik. Alah kecik masa kecik jer.. Tapi bila dah besar kang, sapa ta...

PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI ) Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat. Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangn...

CIKGU SOFIAN NAK SEPAK BONTOT ATAS PENTAS

Entah kenapa tetiba teringat pula memori sekuntum rindu.. Op's takde kuntum2 sangat memori ni cuma imbauan kenangan zaman sekolah rendah dulu. Tentang cikgu sofian. Korang kenal?? Tentu sekali tak melainkan korang sebaya sang elkit & bersekolah di sekolah yang sama dengan sang lekit. Siapa cikgu sofian ni. Tentu sekali la cikgu saya bukan cikgu kamu. Cikgu Sofian ni ajar subject muzik. Tak silap sang lekit masa tu sang lekit darjah 3 ke 4 ntah.. lebih kurang camtu la umur sang lekit. Maaf yer sang lekit kurang minum nescafe macam Nyah Zulfikar tu sebab tu ingatan sang lekit tak sehebat Nyah tu. Kekekekeke. Kisahnya bermula pada satu hari dimana kelas muzik sedang berlangsung.. Sang Lekit tak ingat pula hari tu cikgu sofian ajar lagu apa tapi yang sang lekit tak boleh lupa adalah pesanan cikgu sofian. Walaupun dia cikgu muzik tapi dia selalu pesan, kalau besar nanti jangan jadi penyanyi sebab pekerjaan tu katanya kurang elok. Cikgu Sofian yang cakap bukan Cikgu Shida, ok! D...

LONDEH KAIN, TUNJUK KEMALUAN SENDIRI PADA ORANG

Image
Isu canang kisah peribadi yang pernah sang lekit kopek dulu memang mendapat respond yang banyak. Ada yang bersetuju, tak kurang juga yang rasa entri tu mengumpat. Semua tahu isu tu berkaitan dengan bekas pasangan kekasih & tunang seorang selebriti sukan. Tak perlu sebut nama la kot. Kesan dari tindakkan bekas tunang (perempuan) yang memburuk - burukkan bekas tunangnya (lelaki) kini bukan si lelaki itu membuka aib si perempuan tapi orang lain yang membuat hujah balas & mendedahkan perangai buruk si perempuan setelah bengang dengan tindakkan si perempuan yang mendedahkan aib si lelaki. Sang Lekit terbaca semua tu kat blog Ahkak puaka. Lepas ni tak tau kan kalau tiba2 wujud ahbang puaka lak mendedahkan aib pihak lawan.. maka habis semua cerita dalam kain bekas pasangan kekasih & tunang ni orang tahu. Umpama londeh kain tunjuk kemaluan sendiri pada orang lain jer. S ebahagian pendedahan kat blog Ahkak puaka tu. Pinjam jer.. bukan curi yer ahkak puaka Kan dah pesan awal2.....

CIK LALA MODEL BOTOL SUSU

Image
Ha kau.. Sehensem2 mummy, shahila jugak bertuah terpilih sebagai model untuk kali ni sekaligus menyingkirkan juara bertahan selama ni aitu mummy nya sendiri. Wah! bertuah kan?? Apa yang bertuahnya kalau Cik Lala cuma jadi model header baru mummy dia. Setelah sekian lama, hanya muka mummy shahila yang menghiasi header di blog melekit, kini tiba giliran cik Lala pula mengantikan tempat mummy kali ni. Header bertemakan 'Baby On board' gitu, dihiasi gambar Cik Lala ala2 Paris Hilton hasil susukkan mummy sendiri, menjadikan shahila yang masih botak berambut gitu. Apamacam Header baru ni?? Kelas Cik Lala jadi model header mummy kan.. Takpe nanti mummy upah susu yer Very the 'Mak - mak" kan sang lekit sekarang. Harus la sedar diri dah beranak. Jangan nak menyamar gadis sunti 15 tahun lagi walhal diri tu dah kertu. Bila tengok orang lain gunakan anak sendiri sebagai model kat blog dorang, sang lekit pun nak jugak. Anak umpama anugerah jadi tak salah kita berbangga dengan ...

HARGA 1 NYAWA CUMA 5 TAHUN PENJARA

Image
Kes adik Aminulrasyid Amzah, Remaja 15 tahun yang di tembak mati oleh seorang anggota polis tahun lalu rasanya ramai yang masih ingat kan?? Semalam sang lekit sempat tengok berita, Anggota polis tersebut di dapati bersalah & di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Cuma 5 tahun je bagi kesalahan menyebabkan kematian orang lain? Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah Di harian Metro hari ni Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Tahar memberi kenyataan.. Hukuman 5 tahun penjara di putuskan setelah  mahkamah mengambil kira kes ini membabitkan anggota polis yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Mangsa adalah pelajar berusia 15 tahun dan kes ini babitkan kepentingan awam apabila ia diikuti banyak pihak. mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. pihaknya berpendapat Jenain tidak perlu melepaskan 21 das tembakan terhadap kereta dipandu oleh Aminulrasyid memandangkan keadaan pada masa kejadia...