Posts

SEMAKIN KUAT JERIT

Image
Setiap bulan akan muncul entri ni. Entri apa?? Entri ni la... Entri yang membuktikan bahawasanya saya seorang MAK gitu. Kalau ada blogger yang baru berkenalan dengan blog melekit ni tak payah nak teka teki lagi status penulis blog melekit ni. Kalau dah jadi MAK maka auto memang bini kepada seseorang. Semalam (20/03/2012) genap usia shahila @ cik lala 7 bulan. Keletah dia pun dah semakin macam - macam. Tapi perubahan ketara lala sekarang adalah kuat menjerit. Tak boleh tinggalkan dia sendirian lama sikit mula dia menjerit. Menjerit bukan menangis tau. Kadang2 kalau dia suka pun dia menjerit. Dah semakin laju sikit dari dulu tolak walker dengan kaki dia. Tapi lala belum boleh merangkak cuma meniarap sambil berguling2 bila dia nak bergerak. Hari2 dia akan tunggu dady dia balik untuk tidurkan dia sambil dengar lagu Old Mc Donald. Lala masih tak banyak makan makanan pepejal. 90% masih susu. Tapi sang lekit tak putus asa untuk ajar dia makan. Makanan dia bubur nasi + kentang + carot + ay...

SEKUNO MEREKA BERDOZEN ANAK, SEMODEN KAMU BERAPA YANG MAMPU?

Image
Pengalaman mengandung & melahirkan shahila memang satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup sang lekit. Dari awal kewujudan shahila dalam perut mummy nya sehinggalah saat dia di lahirkan, Alhamdulillah di permudahkan. Tak mengundang sebarang trauma @ fobia sampai serik & berkata TIDAK pada mengandung & beranak. Cuma takde plan jer lagi untuk yang kedua. Bila tengok kawan2 yang baru melahirkan anak bercerita pengalaman dorang mengandung seterusnya pengalaman di bilik bersalin sang lekit sangat2 bersyukur kerana tidak di uji sangat saat melahirkan shahila. Perjalanan melahirkan shahila sangat2 mudah. Sakit cuma lebih kurang 1 jam.. melahirkan shahila lebih kurang 1/2 jam & proses kelahiran & rawatan yang di beri semasa dalam bilik bersalin juga takde la menyakitkan sangat. Dah kena bius memang la tak sakit.. kan?? Tapi ada orang kena bius pun still menyakitkan. Bergantung pada nasib.. mungkin nasib sang lekit agak baik. Orang kata sebelum bersalin @ masa men...

CAMCA CUCUK

Image
Camca cucuk?? Macam mana rupa camca tu? Camca tu apa? Mungkin ada orang yang tak tahu apa tu camca sekaligus tak terbayang macam mana rupa camca cucuk kan?? Lama rasanya tak sebut @ guna perkataan camca cucuk ni. Zaman budak2 hingus tak kering dulu memang itulah nama yang di sebut. Ni kes adik sang lekit hari minggu haritu datang dari kedah lepak2 rumah sang lekit sementara Isnin tu dia ada interview kat cheras. Tengah kitorang makan2 tu dia ambil garfu sambil mengungkit 1 perkataan yang dah lama orang tak guna walau kat kedah pun sekarang dah tak ramai panggil garfu dengan camca cucuk. Sekaligus buat sang lekit terperasan jugak benda tu. Ah.. ha la dulu kecik2 kita panggil garfu camca cucuk. Kenapa camca cucuk?? Entah la sebab dia ada jari2 tajam kat hujung kot & di gunakan untuk mencucuk makanan. Sudu pula di panggil camca. Sampai hari ni penggunaan camca tu masih di sebut camca cuma camca cucuk je tak banyak dah orang sebut. camca cucuk @ garfu (carian google) Banyak p...

SAYANG VS SUKA YANG MANA PILIHAN JIWA?

Image
Kat FB sekarang ramai yang mula share benda ni.. Benda apa?? Alah benda tu la... "jangan meninggalkan orang yang menyanyangi kamu untuk bersama orang yang kamu suka kerana tidak mustahil orang yang kamu suka itu pula akan meninggalkan kamu untuk pergi kepada orang yang dia suka." lebih kurang macam tu la ayatnya. Salah sikit tu kira halal lah yer.. Sang lekit macam kurang sokong kata2 macam ni sebabnya soal Jodoh pertemuan @ perpisahan ni bukan kita yang tentukan. Kita takkan tahu siapa jodoh kita sehingga sah lafaz akad.. Kita takkan tahu sampai mana jodoh kita selagi takde istilah/ucapan cerai tak kira bercerai hidup mahupun mati. Semua ni kita takkan tahu sampai ianya berlaku. Setuju @ tak dengan kenyataan melekit takde sapa boleh menyangkal sebab itulah hakikat yang tak boleh kita ubah. Kalau dah jodoh kita dengan orang yang kita suka bukan orang yang sayang kita takkan sebab tu kita seolah diugut dengan kenyataan tak mustahil dia akan tinggalkan kita untuk pergi pad...

TELUR YANG BERTELUR

Image
Baru je menjengah blog Nyah Zulfikar yang dok cerita makan sardin rasa telur tup.. tup sang lekit pun terasa nak buat entri pasal telur. Tertarik dengan kisah telur yang bertelur selepas membaca kisah sardin rasa telur zulfikar maka dengan ini blog melekit ingin bercerita pasal telur. Bukan la entri ni terilham lepas baca blog Nyah Zulfikar pun.. kebetulan je lepas baca entri dia sang lekit mengalihkan pembacaan ke akhbar pun terjumpa kisah telur yang bertelur. Agaknya macam mana rupa telur yang bertelur tu yer..?? Rupanya macam ni.. "Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya" BUKIT RAYA - Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.telur gred E di beli disebuah kedai runcit di situ. Untuk berita penuh sila clik DISINI Semua ni keten...

BIHUN SUP LIPAS

Image
Lega rasanya dapat update entri dari pc tua kesayangan hamba ni. Haritu dia koma masalah power supply, dah di bersihkan power supply dia kembali ceria.. Tup.. tup.. bateri kat motherboard pula hilang kuasanya & kurang bertenaga. Nak bagi minum jus Tok Guru kang arwah pulak.. maka terpaksa la di tukar baterinya. Nasib baik ada sikit ilmu pasal pc ni jadi tak perlu la nak hantar servis kat orang lain. Sang Lekit cuma kesan kerosakkan, yang tukang betulkan (alah tukar bateri je) encik asben kita la. Biasala pc tua.. dah masuk warga emas ni macam2 la penyakit sengal yang datang tapi alhamdulillah dia masih mampu berjasa dengan tuannya. Tua pun tua la selagi kau hidup selagi tu kau kena berkhidmat, kan?? Ni alkisah pasal bihun sup lipas. Korang pernah makan bihun sup lipas?? Mesti ada yang loya2 bila terbayang bihun sup lipas tu kan?? Mana nak dapat bihun sup lipas?? Kisah ni adalah kisah kesinambungan balik dari tesco. Memandangkan dah midnite, kitorang malas dah nak singgah makan. K...

SALESGIRL TESCO SELAYANG YANG BIADAP TAPI PEMURAH

Ni cerita pasal shopping2 kat tesco lagi tapi kali ni kat tesco selayang pulak. Biasa la kita memang suka shopping barang dapur & keperluan lain kat tesco. Rasanya harga tesco murah kot selain maiden. Untuk kisah ni terjadi semalam yang bertarikh 3 March 2012 di bahagian pakaian kanak2 di tingkat 2 tesco selayang. Alkisahnya sang lekit nak cari makanan tambahan untuk shahila memandangkan semenjak di perkenalkan dengan makanan pepejal hari2 shahila asyik makan bubur nasi dengan kentang, carot, ayam @ udang dia pun menunjukkan sistom2 jemu maka untuk meningkatkan minat terhadap makanan pepejal sang lekit pun bercadang nak bagi dia nestum & puree pula. Masa nak ke tingkat atas (tingkat 2) tu asben & shahila taknak ikut. Dorang nak shopping frozen food kat tingkat bawah. Bagi menjimatkan masa maka sang lekit sorang2 la ke tingkat atas cari makanan shahila. Malas nak bawak troli sebab sang lekit seriau sikit nak turun guna escalator bawak troli. Rasa besar & berat sangat t...