Posts

KUTUK CIKGU

Image
 Sang lekit terbaca satu blog yang ala2 mengondem cikgu - cikgu yang kononnya gaji besar, kerja senang. Penulis entri & blog tu mengaku dia seorang gadis (single) yang bekerja sebagai engineer.   Ni original version print screen dari blog cik engineer tu bukti bukan isu ni di reka cipta untuk meraih publisiti & populariti untuk blog melekit ni.  Kat bawah ni komen sang lekit pulak dengan kenyataan hot & spicy dari blog cik engineer tu.. betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu 1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu.....

PULUT JALUR GEMILANG MERDEKA 2012

Image
Biasanya kita akan dengar, tengok & makan pulut kuning jer.. Tk pun pulut putih tapi sempena hari merdeka esok ada la insan - insan yang rasa diri depa terlebih kreatif buat nalla punya besaq jalur gemilang dengan menggunakan pulut. Nak pujian? Nak perhatian? Nak masuk Malaysian Book record? Nak pujian tu mungkin pujian dari orang lain bukan sang lekit. Benda makan di buat macam tu memang sang lekit tak berapa nak setuju la. Bayangkan dok buat jalur gemilang yang ada banyak kaler dengan pulut.. dah tu besaq gedabak.. kat kawasan lapang yang terdedah.. kau nak makan ke lepas tu? Kau ada selera? Segala habuk.. entah - entah yang terbersin kat situ.. Kalau kecik size pulut jalur gemilang agak2 besar kawah gulai je boleh la jugak terima.. Orang dulu - dulu nak capai kemerdekaan bergolok gadai.. Tapi kita hari ni sambut kemerdekaan dengan seribu satu pembaziran. Sang lekit boleh terima la setakat nak tembak bunga api tu.. Tapi kalau makanan di buat main - main macam tu.. Memang ku...

HANTU BERGAMBAR DI KUBUR

Image
Ni cerita pasal hari raya jugak. Kisah ni berlaku pada hari raya pertama. Berlaku di kawasan tanah perkuburan Islam di sebuah kampung di negeri kedah darulaman. Ketika peristiwa itu cuaca di awal petang boleh tahan panas. Tapi tidak mematahkan semangar insan - insan itu untuk datang menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa. Tak penting la d...

SETAHUN SUDAH SANG PUTERI TURUN KE BUMI

Image
Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara. Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu. ...

JANGAN SAMPAHKAN PETUA LAMA

Image
 Bila mak cakap.. Dalam pantang tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan buat tu.. jangan buat ni, kita yang kononnya moden & urban sangat betah sampai tak kaji buruk baik dah. Betul.. ada petua yang kita rasa macam tak logik nak ikut tapi jangan lupa tak semua petua lama ni sampah. Masih ada yang relevan untuk kita amalkan. Orang dulu2 masa berpantang bersalin mana ada tidur atas katil (jarang dapat kita tengok) Lepas bersalin je bentang tilam atas lantai.. kat situ la baringnya sampai betul2 kuat, betul tak??.. sampai sekarang ada orang tua2 yang masih mengekalkan cara macam tu pada anak cucu dorang. Sebabnya.. salah satu macam jadi kat sorang retis tu anak baru umur berapa hari jatuh dari katil sudahnya kritikal kat hospital. Untuk mengelakkan benda yang tak di ingini terjadi.. kalau dah jadi baru nak berpantang, memang tak berapa nak berguna, ye tak?? Petua orang dulu2 jangan semua pandang kuno & tak relevan. Akibat terlalu kononnya urban & moden sangat.. boleh buat...

BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

Image
Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan?? Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 ( ...

MOGA KAMPUNG KU AMAN DEKAT NAK RAYA NI

Image
Kalau seminggu lagi nak raya tu.. Tak balik kampung pun takpe kot. Kalau balik hari raya lagi bagus sebab masa tu dah confirm aman sikit. Seminggu sebelum raya memang kampung sang lekit akan jadi kacau bilau umpama kampung yang di landa perang. Lepas buka puasa jer.. rasa macam tak berani la nak keluar rumah. Takut terkena bom lak. Yelah time2 tu la bunyi tembakkan akan kedengaran sana sini. Mesti semua tertanya - tanya kat mana sebenarnya kampung sang lekit ni?? Masih kat malaysia ker? Kat malaysia lagi.. nun di utara tanah air, kedah darulaman. Yang tak amannya bukan seminggu sebelum raya Jepun datang menjajah atau komunis serang kampung tapi manusia yang tak berapa bertamadun hidup di kampung sang lekit mula membuktikan tahap ketidak tamadunan mereka pada masyarakat kampung yang lebih maju & bertamadun yang lain. Setakat main mercun meletup kebabom depan  rumah sendiri ok lagi.. boleh tahan walau mercun dorang mengalahkan bom tangan punya bunyi. Tapi jenis manusia yang m...