Posts

HARAM, BERDOSA BESAR & DI LAKNAT MANDI WAJIB TANPA SEURAT BENANG?

Image
Betul ke? Sang Lekit pun baru first time dengar hukum macam tu. Yelah kan.. selama ni kita tak ambil kisah sangat pasal ni kan?? asal mandi sudah.. Persoalaanya sekarang, adakah betul hukumnya macam tu? Jom kita kupas kupis topik pasal ni Menurut Ustaz Azhar Idrus katanya memang Haram, Berdosa besar & di laknat sekiranya mandi kat tempat ambil wuduk di masjid dalam keadaan tanpa seurat benang tu. Kalau dalam bilik air sorang diri atau dengan pasangan yang muhrim tak jadi masalah. Pasal mandi wajib tanpa seurat benang tu pun takde masalah. Jangan ada yang anggap tak sah pula mandi wajib dalam keadaan berbogel. Terus buat hukum sendiri nanti jadi sesat pulak. ( Rujukan kat SINI ) Style Ustaz Azhar Idrus ni jawab soalan memang sang lekit perasan dari dulu lagi mesti ada gimik & suspen tapi benda tu buat dia nampak ada identitinya sendiri cuma sang lekit kadang2 dengar kuliah dia kat youtube tak berapa faham sangat sebab dia punya slang terengganu tu pekat sangat. Sang Lekit...

DAH DAPAT LESEN BERJALAN

Image
Akhirnya setahun 4 bulan..  dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada. Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..) Dah dapat skill baru maka dia...

TERGAMAK CURI DUIT KWSP MAK

Image
Cerita ni di entri kan untuk teladan bukan untuk mengaibkan sesiapa maka takde nama sebenar, tempat tinggal, anak siapa, gambar & sebagainya.. malah sumber cerita ni pun terpaksa di rahsiakan taknak kang bagitau jadi macam clue pulak untuk orang meneka. Alkisahnya seorang anak ni.. dah tua bangka, dah ada anak bini gamak lagi dok buat kerja terkutuk curi duit mak sendiri. Dah la menumpang kat rumah mak dengan anak bini lagi, tak kerja, harap mak & bini dia je kerja.. Bini tu pun kerja menurut sumber kerja untuk diri sendiri je. Kau laki, maka apa yang menjadi tanggungjawab ko, sila tanggung & jawab la sendiri. Tak kisah la.. memang hasil titik peluh si isteri tu hak dia. Yang si laki ni.. dari bujang sampai dah kawen perangai tak berubah. Kerja tak pernah tetap.. kerja pun sekejab sekejab.. menganggur lebih panjang dari masa kerja. Dari kecik dah terbiasa mencuri.. membawa sampai ketua pun tetap suka mencuri. Kecik2 curi duit mak & tokwan seringgit dua. Bila besar p...

BUDAK 13 TAHUN DI DAKWA CUBA ROGOL TU DAH DI HADAP KE MAHKAMAH

Image
Sebab sang lekit pernah tulis pasal budak lelaki melayu 13 tahun yang di dakwa cuba merogol wanita cina berusia 28 tahun di tandas salah sebuah stesen minyak maka entri kesinambungan dia kena juga buat supaya orang yang susah faham lebih faham agar tak jadi salah faham & pertikaian.(boleh rujuk entri ni >> DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU? ) Entri lepas sang lekit mempersoalkan gosip yang tersebar luas kat FB pasal kes ni sebab banyak sudut yang meragukan. Yelah.. sekadar up status & upload gambar tanpa bukti kukuh macam lampiran laporan polis yang di buat, mesti la meragukan, kan?? Jadi salah ke daku meragui kebenaran cerita tersebut?? Kalau ada yang anggap salah.. tak tau nak cakap la. Maybe yang rasa salah tu dia punya tahap instinct tu tinggi boleh tau yang mana gosip yang mana cerita betul la kot. Tapi daku cuma boleh tau benda tu betul atau gosip kalau di sertakan bukti kukuh jer, takde kelebihan nak guna instinct ni.. cuma ma...

BLOG YANG PALING TERDESAK NAK MINTA LIKE FANPAGE

Image
Ni la pertama kali dalam hidup daku sebagai seorang blogger jumpa blog paling terdesak yang amat nak dapat like untuk fanpage FB dia. Memang tahap keterdesakkan blog & owner blog tu memang kritikal. Macam paksa jer orang like fanpage dia. Mana tidaknya kalau camtu gayanya.. Gaya macam mana.. jom nak kopek hingga ke urat saraf paling halus. Alkisahnya daku ni tertarik la dengan share kat FB tentang kisah dalam entri dia. Kisah dia ala2 Islamik la jugak. Maka dengan hati yang terbuka nak menerima hidayah ni.. daku pun clik la blog beliau itu. Bagi sang lekit biasa la kalau ada sesetengah blog yang akan keluar dulu paparan fanpage dia untuk like. Paling lama pun kena tunggu kotak tu hilang dalam 10 saat jer. Tapi blog terdesak yang macam minta semua tapak kat anggota badan ni kena tunggu sampai 3000 saat?? 3000 saat try bahagi dengan 60 saat (1minit) berapa minit korang kena tunggu sebelum boleh baca entri dia?? Tak ke 50 minit. Dekat 1 jam tu.. Dakwaan mesti di sertakan dengan...

DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU?

Image
Rasanya semua orang tahu sejak semalam kecoh & di sebar secara berleluasa pasal cerita yang kononnya di sampaikan oleh seorang lelaki cina pasal awek dia yang cuba di rogol di sebuah tandas kat stesen minyak oleh seorang budak laki laki umur 13 tahun. Konon prihatin la kita pun share la benda tu tanpa usul periksa.. Dengan kononnya niat baik taknak orang lain terkena & berhati hati. Kalau niat tu untuk tujuan nak memberi peringatan pada orang lain memang dah baik sangat sebab kita tolong ingatkan sesuatu sebelum terjadinya sesuatu.. tapi dengan niat yang baik jer belum tentu menghalalkan cara kita. Kita yang dok share tu ada ke kita siasat betul ke tidak cerita tu?? Kita ada tak tengok bukti atau kita dapat pengesahan dari mana2 balai polis yang mengatakan ada laporan berkenaan dengan kes tu?? Kita sebar cerita sekaligus muka budak tu yang sedang di pegang oleh abang polis traffik kita terfikir tak kesannya kalau benda tu sekadar gosip semata mata. Yang dok maki hamun abis sa...

2012.. DAH CERAI TALAK TIGA, TABAHLAH BERTEMU TAHUN BARU!

Image
Jam dah pukul 12.23 am saat daku mula taip entry ni bermakna dah masuk tahun baru 2013. Amboi meriah sungguh Facebook orang countdown new year yer.. Cuma takde bunga api meletup jer kat Facebook tu je tapi meriahnya tetap ada. Den kat umah je.. Dah masuk tahun baru ni maka ramai la susun azam bagai.. Dah jadi macam satu budaya semua bangsa & agama.. masuk tahun baru je mesti ada azam baru. Nak berazam je mesti tunggu tahun baru.. gamaknya kalau takde tahun baru takde azam la kot. Hahahaha.. Tak kisah kalau azam tu membawa perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, bukan jadi satu isu yang nak kita besarkan atau perlekehkan, kan?? Biar la dia nak buat azam setahun sekali.. at least dia ada juga niat untuk merubah sesuatu kearah yang baik & berjaya dari orang tu jangankan nak buat.. berniat @ berazam pun langsung takde, kan?? Azam juga mungkin jadi pendorong.. Jangan tanya azam sang lekit.. daku ni kalau nak berazam apa2 takde tunggu detik 12 tengahmalam tahun baru. Bila2 jer...