Posts

BILA BOMOH DAH MARAH MENTERI PUN NAK DI LEMPANG

Image
Dalam orang masih kelam kabut mencari pesawat MH370 yang masih menjadi misteri kehilangan masih ada golongan2 ternama ni nak berbalah. Yang salah tu tetap la salah.. Sungguh mentaliti yang membezakan seorang manusia dengan manusia lain. Aku tak tahu sama ada nak gelak atau nak marah kat Raja Bomoh ni.. Yer.. pakcik orang tua. Kami faham. Nak tegur orang tua ni bukan senang. Silap tegur di katakan biadap.. Tapi orang tua pun bukan tak buat silap. Walau tua tetap manusia.. ye dak?? Mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zin (Raja bomoh) Aku tak sure sangat statement menteri belia & sukan yang buat Raja Bomoh ni marah sangat tapi statement paling nak tergelak bila raja bomoh ni kata nak lempang menteri belia & sukan tu macam dia lempang buaya. Marah sungguh pakcik Noh... Tapi maaf la pakcik bomoh bila den dengar pakcik cakap ni macam riak sikit. Pengikut berjuta2 tu... kekekeke Boleh tengok video ni.Marah betul pakcik bomoh yer Takpe pakcik bomoh.. kalau pakcik bomoh yakin ...

MH370 HARI KE 7, PETUNJUK DI LAUTAN HINDI

Image
Pagi hari ketujuh.. Biarpun segala petunjuk sebelum ini menemukan jalan buntu mengesan pesawat Mh370 bersama penumpang & anak kapal, hari ni usaha mencari beralih ke lautan hindi pula.  Sumber astroawani Biarpun ini masih bukan jawapan cuma salah satu usaha menjejaki misteri kehilangan pesawat MH370, harap ia membuahkan hasil. Semua yang menanti mengharapkan kepulangan.. Apa juga bentuk kepulangan itu, mereka semakin redha, Insya Allah. Kita tidak punya kepakaran atau peralatan canggih.. Kita hanya menunggu khabar dari mereka. Tapi kita ada senjata doa.. Terus berdoa. Jangan putus harapan selagi harapan itu masih ada. Biar apa juga spekulasi, selagi kita tidak melihat kenyataan terus dengan usaha kita iatu berdoa. Ya Allah.. di hari ke tujuh ini masih menjadi rahsia Mu, Kau masih ingin menguji kami hamba yang selama ini lalai & leka dengan kenikmatan yang Kau beri.. Moga ada simpati & kasih sayang dari Mu Ya Allah, Untuk kau munculkan sebarang tanda bagi ka...

BERHATI HATI DENGAN BLOGGER NI

Image
Blogger mana pulak ni yang kena berhati hati. Bahaya sangat ke? dia buat apa sampai di isytiharkan bahaya? Apa jejari kontot dia je ke yang puaka buat orang takut? Tahap bahaya dia tu setakat ni dah mampu membunuh banyak jiwa ke? Tu dia.. banyak soalan nak kena jawab tu. Sila takut ok Ada tak korang pernah dengar macam tu dari kawan2 alam maya.. hati2 dengan orang ni.. hati2 dengan peniaga ni.. hati2 dengan blogger ni.. pernah kan?? Kalau korang di beri amaran macam tu.. apa tindakkan korang? Mesti la protect diri kan.. Memang la bila orang bagi amaran suruh berhati hati kena la protect diri tapi jangan terus percaya.. sebelum tu kena siasat dulu tahap bahaya dia. Kadang2 manusia ni.. dalam hati walau tak banyak ada sikit perangai dengki. Tak kata orang lain.. dalam diri kita sendiri pun ada sebab kita manusia. Yang den nak cerita ni sebenarnya pasal diri sendiri den sendiri yang di katakan bahaya & sapa2 yang mendekati diriku harus berhati2. Bila dengar statement tu.. Se...

MH370, HARI KE 6 YANG MASIH MISTERI YANG BANYAK CUMA SPEKULASI

Image
Pagi hari ke 6 ni aku masih tunggu khabar dari sesuatu yang masih samar. Macam tu jugak orang lain, lebih2 mereka yang ada talian dengan mangsa. Kita yang tak pernah kenal pun terkesan dengan apa yang berlaku, apatah lagi mereka yang selama ni duduk sebumbung, makan semeja atau tidur sebantal. Macam2 spekulasi... Ada yang sangat percaya dengan spekulasi ada yang tunggu saja laporan berita terkini dari masa ke semasa. Yer.. spekulasi ada yang boleh pakai teorinya & ada yang terlalu merepek yang pasti spekulasi tak mampu ubah keadaan hanya memudaratkan. Aku pun ada spekulasi sendiri.. aku pun kadang2 bersetuju dengan sesetengah spekulasi tapi aku kunci jari untuk menyebar sebarang spekulasi sebab kadang2 spekulasi yang melampau boleh menganggu emosi orang lain sedangkan apa yang kita tunggu masih takde clue. Kita cuma ada senjata Doa sekarang ni.. Moga Allah bersimpati mendengar rayuan doa kita kepada semua mangsa yang terlibat dalam misteri MH370. Terus berdoa.. hentikan spek...

HARI KE 5 MISTERI KEHILANGAN MH370,MUNGKIN INI PETANDA BAIK

Image
Aku ada baca jugak pasal ni sejak semalam tapi baca dari blog2 yang suka menyebar benda tak sahih ni memang aku tak ambil sebagai benda serius. Diaorang tu cuma gila rating bagi aku.. Gila copypaste dari semua sumber berita tak kira sahih ke tak janji ada berita gempak tentang isu yang tengah hangat. Sungguh kurang sensitiviti & perikemanusiaan manusia2 itu. Yelah..mereka tak merasai sakit sebab bukan mereka yang terluka macam mana nak rasa perit pada derita orang lain. Teruskan berpesta dengan kedukaan orang lain sampai satu masa nanti kalau Allah nak balas, Insya Allah korang jugak akan rasa apa yang orang lain rasa hari ini. Berkenaan dengan petanda baik yang aku harapkan tu.. adalah bilamana ada ahli keluarga mangsa yang berjaya hubungi talian telefon mangsa. Ada deringan tapi tak berjawab. Mungkin pihak berkuasa boleh mengesan lokasi mereka. Yelah.. kalau ada frekuensi, selalunya boleh detect. Harap Allah membuka jalan untuk para penyelamat mengesan semua mangsa2. mungk...

KEHILANGAN MH370 ALLAH MASIH SEMBUNYIKAN MEREKA DI HARI KELIMA

Image
Hari ini hari kelima misteri kehilangan MH370.. tiada satu petanda atau petunjuk pun di jumpai selain spekulasi, berita2 tak sahih, andaian2 tak berasas sahaja yang semakin bertambah namun rahsia masih menjadi rahsia dan tiada satu manusia pun berjaya merungkai rahsia Allah ini sehingga hari kelima. Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya. Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde..  macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share. Sung...

GAMBAR PENUMPANG PESAWAT MH370 YANG GUNA PASPORT PALSU

Image
Semoga 2 pemilik pasport palsu ni bukan ada kaitan dengan pengganas. Dan sekiranya mereka ini terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 moga Allah melembutkan hati mereka untuk melepaskan semua penumpang & anak kapal dengan selamat. Dan sekiranya bukan mereka penyebab kehilangan MH370.. Doakan Allah memberi petunjuk dimana MH370 kini berada. Ya Allah sungguh berat menanti sesuatu yang tak pasti. SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun. Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan. Sumber Sinar Harian Terus berdoa moga Allah memberi petunjuk dimana MH370 berada & menjawab segala persoalan kita apa yang berlaku sebenarnya.