Posts

BEZA ANTARA KICAP MANIS ABC GUNA BOTOL ARAK (TIRUAN) DENGAN YANG ORIGINAL

Image
Manusia zaman sekarang semua nak kena suap malas nak selidik sendiri tapi yang rajin buat kontroversi. Memandang aku tengah rajin & ramai pulak dok bangkitkan isu kicap sause manis ABC yang katanya guna botol arak dok minta aku jadi detective conan pulak menyiasat perkara ni maka berbekalkan botol kicap sause manis ABC kat rumah aku yang ada sebotol tak guna lagi aku belek2 la sekejab sambil google tengok rupa botol kicap abc yang tiruan katanya guna semula botol arak. Setelah hasil pembelekkan aku.. Sekali pandang pun memang jauh beza. Tak semestinya nama sama rupa pun sama ye dak?? Dari segi bentuk botol.. design label yang tampal kat botol tu.. sale kat penutup botol memang beza walau kicap sama hitam yer.. Yang mana tak tau mana satu kicap sause manis ABC yang original dengan tak meh sini aku nak tolong bagitau. Ni kira suap kemulut terus..  kalau tak nak amik tahu lagi tak tau la. Takkan nak taip info terus ke otak korang lak kan?? First rajin sikit baca kat label boto...

PRODUK YANG BUAT SUAMI SAMPAI SESAK NAFAS DI RANJANG

Image
Aku malas nak berkias2 bahasa sangat. Aku nak bagitau awal - awal ni aku nak cakap pasal produk kesihatan dalaman wanita. Ya Allah kenapalah pengedar2 produk2 kecantikkan & kesihatan dalaman wanita semakin hari semakin tak semegah aku tengok depa punya tagline.. Yang ni aku terserempak kat News feed Fb aku kat suggest page. Ingat produk apalah dengan tagline suamiku sampai sesak nafas. Lepas tu siap ada Uhhh.. Ahhh... kekonon bunyi effect ghairah la. elok la tu sapa2 yang ada laki kaya, dah tua.. tengok pun dah tak selera guna produk ni untung2 cepat jadi janda kaya.( Ayat sarcasm.. kena bagitau kot2 ada yang tak paham ). Sampai sesak nafas tu bukan dah nak membahagiakan laki kau.. tu namanya nak membunuh. Gila! tak beragak nak letak tagline pun. Gamaknya cepat la menjanda kalau guna produk ni Tu yang sesak nafas... yang kemut ajaib ni. Aduhai perlu ke sampai macam tu sekali kau nak melariskan produk. Dengan muka lelaki yang dah macam.. aduhai tak tau nak describe la. Ya...

BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC

Image
Aku bukanlah nak kata yang menyebarkan gambar cicak dalam botol kicap sause manis ni seorang pemfitnah ok. Tapi dari pengalaman aku yang lepas pernah up entri pasal cicak dalam kicap satu jenama ni & mendapat maklum balas dari pihak pengurusan syarikat tu sendiri, menjelaskan & menunjukkan bukti kajian mereka untuk menafikan cicak yang ada dalam botol kicap produk keluaran mereka tu bukan datang dari kilang pemprosesan mereka mungkin dari kesilapan pengguna tu sendiri lepas guna lupa tutup botol kicap. Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih. Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya. Hasil kajian mereka mendapat cicak akan m...

DILEMA ORANG DEWASA YANG BERSAIZ KAKI AWET MUDA

Image
Umur dah meniti kebangkaan.. tapi size kaki maintance awet muda selalu. Dari kecik sampai kecik size kaki tak membesar. So, How?? Satu adegan airmata tiap kali nak membeli belah kasut bagi golongan bersaiz kaki agak luar biasa dari orang lain. Jenuh bertawaf dalam Mall.. Jenuh mentry macam2 kasut sampai salesgirl pun malas layan.. semua tak ngam. Tapi hakikat tak mungkin dapat di ubah.. sebab size kaki takde ubat boleh selesaikan. Masalah nak beli kasut bagi aku bukan masalah baru malah sejak aku kecik lagi. Aku still ingat masa nak masuk darjah satu..  Takde size nak beli kasut sekolah Uolls.. terpaksa aku pakai kasut raya warna putih yang ala2 doll pakai tu pergi sekolah. Setahun jugak la.. masuk darjah dua baru pakai kasut sekolah tu pun letak kertas depan kasut. Tetap kasut besar gitu. kasut sekolah aku masa darjah 1 design dia lebih kurang macam ni jugak tapi ni size baby.. besar sikit la.  Dah makin membesar masuk alam remaja pun sama.. Kasut masih jadi masalah...

BILA ADA MANUSIA LAGI BODOH DARI ANJING

Image
Serius.. aku memang tak boleh terima atau tengok manusia mengejami haiwan tak kira haiwan yang haram di sentuh umat Islam dalam keadaan tertentu macam anjing ataupun babi sekalipun. Mungkin sebab aku membesar dengan berkongsi hidup dengan haiwan even aku takde la bela babi @ anjing dalam rumah.. aku bela kucing yang ramai jer. Boleh tidur satu tilam.. satu selimut bagai. Hari ni terbaca satu isu kat Beautifulnara pasal petisyen yang di buat lebih dari 100,000 pencinta haiwan yang nak hamba Allah yang memanah anjing buta tanpa sebab musabab tu di ambil tindakkan. Macam biasa la kita boleh jumpa macam2 komen bijak jugak tak kurang komen terbodoh untuk cuba membetulkan apa yang salah. Standard la kalau dia dah tak suka haiwan tu... baik macam mana pun takkan mampu buat dia rasa sayang apatah lagi bersimpati. Biasa la jenis manusia yang rasa Bumi Allah ni macam milik dia yang bernama manusia jer. Komen terbodoh aku baca hari ni adalah komen dari sorang mamat ni tentang isu tu. Apa k...

BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR

Image
Semalam berlansungnya anugerah penuh gilang gemilang ABPBH yang nampaknya banyak makhluk ghaib yang datang dari manusia. Yelah.. banyak nampak kerusi kosong ye. Aku tengok la kejab.. lepas tu macam boring jer... aku dah tak continue. Aku bukan kesah sangat retis mana menang atau retis mana kalah. Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la...  nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak?? Bintang paling popular Aaron Aziz Pun begitu walau Aaron Aziz di angkat sebagai Bintang paling popular tetap tak boleh lawan binatang paling popular sepanjang zaman iatu babi @ khinzir.hahahahaha... erkk.. ni bukan sindiran ke hapa memang kenyataan. Kalau kat negara2 bukan Islam memang babi takde la jadi binatang paling popular tapi kalau kat negara2 Islam macam Malaysia isu babi ko jangan na...

KKM SAHKAN COKLAT CADBURY ADA DNA BABI

Image
Ni penting untuk kita semua tahu terutama yang beragama Islam. Selama ni kita main telan jer & yakin sangat dengan logo halal yang ada pada pembalut makanan yang kita beli tanpa sedar kita dah termakan babi bertahun lamanya. Sumber Google Terbaca kat harian metro online tentang pengesahan DNA babi yang terdapat dalam 2 jenis coklat cadbury.. Sumberi Harian Metro Kalau aku la.. bila berlaku kes2 camni, nama je cadbury memang aku tak makan dah la tak kira la yang kononnya halal atau tak. Produk yang ada kontroversi status halal pun aku takkan makan apatah lagi yang macam cadbury ni. Nak2 lagi yang halal & tak halal dari satu kilang yang sama tak mustahil peralatan & perkakasan yang di gunakan juga sama. Beza coklat yang tak halal tu cuma tambah kacang hazel & buah badam jer.. yang coklat dia tetap sama. Korang rasa yakin lagi ke nak makan? Yang menjual produk berasaskan coklat tu yakin lagi ke nak jual kat pengguna beragama Islam? Tak rasa bersalah ke? tapi...