Posts

PEREMPUAN MAKI UNCLE CINA TU MUNGKIN DALAM BAHAYA

Image
Sepanjang video seorang perempuan mengamuk sambil hentak stereng lock kat kereta seorang uncle cina yang terlanggar kereta baru dia.. Aku takde la up status kat fb wall aku atau up entri kat blog. Just berkomen secara ringkas jer kat post2 orang. Bila tengok sampai identiti perempuan tu di sebarkan aku pulak jadi cuak untuk dia. Betul.. perbuatan dia tu agak biadap & salah. Aku tak membetulkan tindakkan dia tu tapi cuma kat sini aku rasa dengan dedahkan identiti dia.. mendedahkan dia juga pada bahaya. Ok.. korang rasa kalau tak buat camtu dia tak sedar perbuatan dia salah. atau dengan sebar video tu boleh jadikan pengajaran pada orang lain.. Betul jugak tindakkan korang untuk bagi pengajaran pada sipolan & orang lain tapi tak perlu la sampai dedahkan identiti dia. Kalau salah apa aku cakap betulkan.. aku cuma bagi pendapat. dah kena suruh jadi menteri. kekekeke Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Orang dah tak heran dengan undang2. Tak kira la perbuatan perem...

MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK

Image
Tu dia aih.. entri bulan puasa macam nak ajak bertumbuk je dengan orang perak kan? Segar bijik mata orang perak baca tajuk entri ni kan?? Meluap luap darah dah boleh buat air sirap gitu. Mula la orang perak pasang niat nak kecam lekat lekit sepenuh hati. Berani dia cakap camtu yer.. Sabaq noh... ate teman bukannya nak mengeji kome semua orang perak. Teman nak ceghite jer. Alkisah pasal dapat request masak gulai tempoyak. First time ni dapat request camtu.. maka first time jugak la masak. Almaklum la cheq orang kedah.. mana familiar sangat masak tempoyak ni. Yang jadi kepelikkan aku ni.. asben aku yang request. Masakan agak eksotik camtu memang jarang dapat request dari asben aku. Tapi sejak 4 tahun kawen ni la kali pertama dia request masak tempoyak. Yelah... kalau dah darah orang perak tu.. tetiba dia datang selera perak jugak sekali sekala kan. Even laki den ni lahir je kat perak tapi tak pernah membesar @ tinggal kat perak tetap la mak bapak mertua den orang perak. Sorang perak ...

GROUP MENGAIBKAN SUAMI KAT FB

Image
Ada ke group kat FB yang di tubuhkan semata mata nak aibkan pasangan? Ada.. sapa kata tak ada. Bukan kena bayar yuran pun nak create group kat FB.. bukan susah pun nak dapat ahli. Add je sesapa tanpa rasa bersalah.. penuh la group tu. ye dak?? Mesti hangpa tertanya.. erkk.. group apa yang dok aibkan suami tu. Share la... Gambar sekadar hiasan. Carian google Alkisahnya semalam tetiba secara tak sengaja dapat notification kat Fb katanya dah approve aku dalam satu group yang bernama Rumahtangga dot dot.. ni (tak payah la bagitau fullname group tu). Walau aku tak pernah tahu group tu apatah lagi request nak join tapi dah jadi fenomena biasa kot kat FB.. main add je orang masuk apa2 group. Pasal tu malas nak kupas kupis, kita cakap pasal aktiviti group tu sudah. Sempat la aku tengok apa aktiviti post group tu.. Rupanya lebih kepada meluahkan masalah rumahtangga untuk di bincangkan secara umum dalam group tu. Kebanyakkan luahan datang dari para isteri yang ada masalah dengan suami ...

BUANG SEMUA BARANG JENAMA SAMSUNG TANDA BOIKOT ISRAEL

Image
Dari pagi tadi aku dok baca isu yang katanya samsung penyumbang dana kepada Israel (betul tak betul aku tak sure). Baca la jugak komen2 penuh ghairah & marah manusia2 yang katanya prihatin atas apa yang berlaku di Palestine. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih ada hati. ni yang sedang di sebarkan secara meluas kat laman sosial Dalam banyak2 komen ada aku terbaca komen yang suruh sesiapa jer ada guna barang tak kira apa2 gadget termasuk hp buang. Menitis air peluh I membaca komen macam tu. Gadget @ Hp samsung ni bukan rega seringit dua kot.. Ye betul kita tak sokong Israel kalau boleh kita pun tak nak menyumbang apa2 pada Israel. Selama ni kita tak tahu produk apa yang menyumbang pada Israel sebab takde pendedahan, bila dah di dedahkan.. baru kita tahu & kita dah terbeli. Kalau beli biskut jer takpe.. kalau terbeli peti ais 2 pintu jenama samsung tetiba demi menyokong boikot produk yang menyalurkan dana pada Israel perlu buang semua produk tu sedangkan benda tu dah j...

3 GADIS PAILANG AKHIRNYA DI HANTAR KE SEKOLAH PEMULIHAN

Image
Mesti ramai yang still ingat kes video 3 budak perempuan berpakaian sekolah yang gelar diri dorang konon Pailang sebelum membelasah seorang remaja perempuan kemudian di record perilaku tu & dengan bijak bistari jayanya pi upload then menjadi viral sehingga menyebabkan video tu menjadi kes polis & akhirnya mereka di tahan & di dakwa. Tadi terbaca artikel dari berita harian katanya bebudak 3 orang tu akan di hantar ke sekolah Tunas Bakti.. kalau yang tak tau sekolah tunas bakti tu apa.. kira macam sekolah pemulihan bagi pelajar yang bermasalah la macam pusat pemulihan akhlak. Alahai kesiannya... di bulan ramadan & tak berapa minggu lagi nak raya kena hantar jauh dari family. Sumber Berita Harian Nak buat camna dik... Setiap perbuatan tu ada balasan. Tak kat dunia, akhirat nanti. Apapun moga jadi pengajaran pada remaja2 lain. Tak payah nak pailang sangat & sebar satu dunia konon samseng alih2 samseng tak kemana, padah yang dapat. 3 lawan 1 tak pailang mana p...

BEZA LETUPAN DI MALAYSIA DAN PALESTINE (#PrayForGaza)

Image
Tersentuh hati aku bila terbaca satu caption yang simple tapi sangat2 mendalam.. Di Palestine mereka bersahur di dunia tapi berbuka di syurga. Betapa mengambarkan apa yang berlaku di sana. Nyawa seolah jaraknya dari sahur hingga berbuka. Kalau disana mereka tak berani lelapkan mata sebab takut bahaya datang tiba2.. Tapi kita kat sini bersengkang mata layan piala dunia. Kalau di sana.. kedengaran riuh suara tangisan meratap kematian.. kita kat sini riuh suara jerita Gol di pagi buta layan bola. Even kat Malaysia sekarang dah makin kedengaran bunyi letupan macam kat Palestine beza cuma letupan kat Malaysia konon nak bagi meriah.. Tapi di Palestine letupan yang dahagakan darah insan2 tak berdosa demi tamakkan kuasa. Kalau kat Malaysia kita dah mula boleh dengar & baca ada yang putus jari, hancur tangan bagai sebab letupan mercun tapi di Palestine sekarang kita boleh lihat di laman sosial ramai nyawa yang terkorban akibat dari letupan bom & bedilan peluru tak berperikemanus...

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Image
Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer... Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang...