Posts

NUFFNANG CUAK DENGAN KENYATAAN BLOGGER TU KE

Image
Tetiba pagi tadi terbaca satu entri blogger yang katanya tetiba BE (CPUV campaign) berderet masuk. Dalam hati aku cuma cakap Alhamdulillah rezeki dia la tu kan.. Aku pun tergerak hati nak check jugak la account Nuffnang aku tengok berapa yang melekat manatau sama jugak berderet. Memang kejutan.. banyak jugak BE yang masuk. Kira luar biasa la BE banyak tu masuk serentak dalam 1 masa. Yelah.. sejak setahun dua ni memang kemeriahan BE jarang di rasai lagi. Kalau ada masuk 1 @ 2 dalam satu masa tu pun kadang2 satu jer hidup. Sumber google Aku tak tau kenapa Nuffnang tetiba secara drastik mensedekahkan BE pada beberapa blogger dengan campaign yang luar biasa banyak dalam 1 masa. Adakah terkesan dengan kontroversi yang berlaku 2 3 hari lepas, Selepas seorang blogger terkenal bersuara tentang Nuffnang? Pasal apa aku tak nak tulis kat sini.. Taknak mengeruhkan lagi keadaan yang keruh. sapa yang tau apa berlaku, maka tahu la. Cuma aku nampak macam Nuffnang terkesan je sebab yang bersuar...

SHILA AMZAH KENA KURANG BERSOSIAL DI LAMAN SOSIAL

Image
Belum reda isu dengan pihak media melayu.. timbul pula isu lain pasal shila Amzah biar pun isu tu sebenarnya bukan hal dia tapi hal bapak dia katanya lari dari bayar hutang. Terbaru melalui laman sosial jugak shila amzah di katakan bersikap kurang ajar kepada sipolan yang di katakan ayah dia pernah hutang duit tu.. Alahai shila amzah. Memang musim kontroversi pasal dia la kot. Sumber google Aku tak nak kupas kupis isu pasal dia hentam media melayu ke, pasal hutang bapak dia atau pasal sikap kurang ajar yang di dakwa mereka2 tu cuma aku nak bagi pendapat la kan.. Mana tau shila amzah google jumpa pulak blog aku tulis pasal dia. Bagi pendapat yang lahir dari kepala otak aku yang tak berjambul ni.. Aku rasa shila Amzah patut kurang aktif bersosial di laman sosial sehingga dia benar2 matang & boleh membuat keputusan apa yang dia patut post @ repost. Ketidakmatangan dia mengeluarkan kenyataan di laman sosial ni selalu buat dia terpalit dengan kontroversi yang sedikit merosakka...

TERASA HATI DENGAN BLOGGER TERKENAL

Image
Amboi.. tajuk entri nampak benar tacing hingga ke uraf sarat terhalus gitu. Mesti la den kan manusia bukan robot yang boleh setting perasaan. Perasaan den ni lahir secara semulajadi bukan di lakonkan macam pelakon drama tau. Kejadian2 hot semalam buat den tetiba teringat kisah nak kata lama tak berapa lama.. dalam 2 3 bulan lepas kot. Pasal terasa hati dengan seorang blogger yang kalau sebut nama & blog dia ramai yang kenal. Alkisahnya berlaku sangat simple kejadiannya tapi cukup besar kesannya pada aku ni. Bukan la aku ni jenis simpan dendam atau cepat tacing tak tentu pasal cuma tu la.. kenapa? Sebab aku blogger yang takde nama besar dalam dunia blog ke? atau sebab aku blogger yang outspoken & dia blogger yang nampak alim2 warak gitu? Kejadian ni cuma berlaku kat satu status yang dia up untuk anjurkan nak kata contest bukan.. nak kata segmen pun bukan lebih kepada kerja amal jugak la. Blogger kena buat entri untuk satu isu tu. Aku ni minat la nak join.. So, ada la something...

BLOG NI ANJURKAN CONTEST TAPI TAK UMUM PEMENANG,MACAM TIPU JE

Image
Perkara ni bukan perkara baru kot. Sebelum ni pun dah biasa terjadi macam - macam kes blogger yang anjurkan giveaway/contest dengan hadiah gempak2 kemudian senyap atau tetiba cancel dengan alasan2 yang tak berapa logik. Yang terbaru ni aku perasan 1 contest yang aku pernah join pun macam tu jugak nampaknya. Aku join contest ni 25 Mei 2014. Mengikut syarat contest tamat 30 Jun 2014. Pemenang akan di umumkan pertengahan hingga hujung bulan Julai. Tapi nampaknya dah nak habis september aku tak nampak pun mana2 entri dia annouce nama2 pemenang pun. Biar betul. kalau ada masalah teknikal sepatutnya dia update bagitau. Takkan senyap camtu je kot. Buat contest takde la simple sangat syarat dia. Kena jugak buat entri dengan kreatif. Hadiah di janjikan pun takde la cikai2 sangat. Wang tunai yang agak banyak. Ni nak tarik traffic ke blog je ke hapa? Dah la blog copypaste jer... Aku cuba siasat kat blog dia sepanjang Julai nampanya takde sebarang update apa2 entri. Ogos dia mula update b...

ANJING, TAK TUTUP AURAT DAN HISAP ROKOK

Image
Sekarang ni kan.. asal ada gambar orang Islam pegang anjing jer mesti orang viral kan. Kat situ akan muncul setaz setazah segera. Yang berkongsi info yang betul tu ok la.. boleh sama2 belajar yang emo lebih2 sampai nak compare dengan perkara2 atau isu2 yang tak berkenaan dengan topik tu bagi aku agak annoying jugak la kan. Isu anjing ni sebenarnya isu bukan la besar macam makan babi.. Sebab kita memperbesarkan isu pegang anjing macam isu makan babi budak2 sekarang tak mustahil jadi macam kita dulu yang akan percaya anjing tu akan menyebabkan dosa besar kalau tersentuh sedangkan anjing tu tak berdosa di sentuh. Kalau dalam keadaan kering tak perlu samak, kalau dalam keadaan basah baru perlu di samak. Anjing cuma najis bukan haram. Kalau tersentuh takde sampai perlu kau buat solat taubat nak mohon keampunan.. Jangan ajar anak2 kita anggap anjing tu haiwan yang menyebabkan umat islam jadi berdosa kalau tersentuh sebab kita akan membentuk mentaliti mereka yang anggap anjing adalah haiwan...

MELAYU WAJIB MAKAN DAGING KALAU TAK JADI HINDU

Image
Amboi tajuk entri berbunyi racist tak racist.. Petik2 agama orang lain pulak tu. Berani sungguh la lekatlekit ni... Nak melekat dalam jail ke hapa? Apa nak tajuk kita nak cerita pasal benda betul.. bukan benda rekaan semata mata untuk menganggu sensitiviti agama orang lain, kan? Sumber google Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Dalam bulan march haritu.. Lokasi kat sebuah gerai Sup Meletop area Sri Gombak. Kalau korang rajin merayap kat situ rasanya kalau tak pernah singgah pun mesti pernah nampak gerai dia tepi jalan. Kat situ ada carwash. Tempat dia banyak tikus besar2.. maybe sebab kawasan dia semak sikit di tambah ada gerai makan. Aku pun tak tau sampai aku singgah & duduk makan baru aku nampak tikus berlari lari dekat2 dengan carwash tu. Alkisahnya hari tu kami laki bini singgah makan. Aku makan bihun sup.. asben makan nasi ayam. Nasi ayam tu biasa la dia akan sertakan dengan sup kosong sekali. Asben aku ni tak makan daging.. jangan kan daging, air rebusan daging b...

KERASUKKAN TENGAH MALAM

Image
Tu la suka sangat tengok cerita seram tengah malam kan dah kerasukkan.. macam takde siang dah nak tengok kan? Bukan takde siang tapi tengok awal2 hari ni rasa macam takde feel lak.. Yelah nak tengok cerita seram kena dalam suasana yang mampu dapat feel seram. Takde time yang lebih sesuai selain tengah malam ye dak?? tapi tak rekemen la bagi yang penakut tahap kritikal. Sumber google Siapa yang kerasukkan ni sang lekit Ooi?? Ni cerita den sendiri yang dah macam kerasukkan tengah2 malam hari tengok filem seram Thailand bertajuk Possessed (Kerasukkan). Mana tidaknya tengah2 malam gelak macam pontianak depan TV. Mana tak gelaknya filem ni kelakar. Spoil mood seram tau tengok filem Possessed ni. Sumber google Filem ni mengisahkan sekumpulan remaja yang nak buat shooting filem pendek kisah seram kat kawasan perkuburan. Nak di jadikan cerita keranda di perlukan sebagai prop tapi sayangnya kat area situ takde keranda kosong terpaksa guna keranda yang ada mayat. Masa tengah shoo...