Posts

AIR KECIL JADI KAWAN BILA BESAR JADI LAWAN

Image
Biasanya kita dengar perumpamaan api kecil jadi kawan bila besar jadi lawan tapi ni kira perumpamaan baru dari Cikgu Lekit.. Air kecil jadi kawan tapi bila besar jadi lawan. Cikgu yang takde kelulusan dari mana2 maktab perguruan atau Universiti. Cikgu lepasan pertapaan gunung gondol katanya... kekekekeke Apa kes Air sampai jadi lawan bagai ni.. Air kan sifatnya lembut & sejuk kalau tak di panaskan la. Yelah..  Kalau setakat air paip memang la jadi kawan, kalau stop sekejab pun kita bagai kehilangan punca & arah tuju. Sebab alirannya masih kita boleh kawal tapi bila dah jadi banjir macam ni.. Kita pun tak rasa nak berkawan sangat dengan air kan?? Sebab tu aku buat perumpamaan macam tajuk entri tu.  Kita hanya berkawan dengan air yang mengalir dari sini.. Sumber google sana sini orang update pasal banjir. terkesima.. terkedu.. tergamam.. tersedih.. terduka.. terlara bila tengok ada rumah yang hanyut di bawa air. Hujan pulak masih menangis tan henti2.. Takde s...

CHECK EMAIL SEKARANG TNB NAK BAGI RM150K PADA EMAIL BERTUAH

Image
tetiba je nak bagi kita duit dengan alasan aku antara 7 email yang terpilih. Tak pepasal pulak email aku yang terpilih. Rajin sungguh pihak Tenaga Nasional Berhad dok cari email aku. Gamaknya staff2 TNB atau pemegang Account dengan TNB ni dah abis dah kot di beri hadiah sempena krismas. Sumber google Aduhai.. email2 menjerat macam ni rasanya orang baru kenal email maybe terpedaya la kot. Tak pepasal kau nak bagi aku duit, lepas tu katanya di bayar melalui bank antarabangsa. Dah tu suruh jangan rujuk TNB pasal email di hantar sehingga proses duit tu di buat. katanya protokol supaya nombor bertuah kita tu tak di salahgunakan oleh orang lain. hahahaha.. lawak sangat kan? Kalau betul hadiah ni memang TNB ikhlas nak bagi kenapa tak boleh dedahkan email ni kepada TNB. Kalau betul mesti la orang nak sahkan dengan TNB dulu kan? yelah.. tetiba je email aku yang kau pilih, kau dah kenapa? hahahahaha Nak suruh kita hantar butir2 peribadi. Sudah - sudah la buang masa buat kerja tak ...

KISAH SERAM ROH IBU YANG MASIH MENJAGA ANAKNYA

Image
Kasihnya seorang ibu.. Tiada tandingan. Yang bernama seorang ibu ni kasih sayang dia takkan berakhir hingga nafas terakhir. Tapi kisah yang aku nak share ni kisah kasih seorang ibu yang sampai mati pun dia masih nak sentiasa ada di samping anak dia. Nak gambarkan macam mana sayangnya seorang ibu kepada anak.. memang tak mampu di zahirkan dengan kata - kata maka mai la kita baca kisah ni supaya kita tahu betapa besarnya kasih seorang ibu tu. Sumber google Alkisah seorang peniaga kedai runcit jugak seorang ibu kepada seorang kanak kanak perempuan bernama Mobile yang mati di bunuh seorang perompak di depan anak dia sendiri. Sebab kasih sayang seorang ibu.. dia masih mahu bersama anaknya biar dalam keadaan yang tak sama lagi. Dia sentiasa melindungi anak dia dari sesiapa sahaja yang cuba menyakiti anaknya. Dia jugak sempat membalas dendam pada perompak yang membunuhnya. Sebab budak ni takde penjaga dia di tempatkan di tempat perlindungan kanak kanak.. macam rumah kebajikan @ ...

CASHIER SILAP SCAN HARGA,PAKSA PELANGGAN MEMBELI

Image
Minggu ni weekend kami jadi hari isnin maka baru semalam la kami 3 beranak baru sempat beraktiviti mingguan bawak si kecik jenjalan area KL jer.. Bawak dia gi petrosains.. suka dia. Even mula2 macam dah mengantuk masuk je kat dalam, terus bagai di charge energy. Balik dari KLCC tu singgah la selayang. Macam perkara wajib pulak kan.. lepas Pergi selayang Mall... dan berlaku lah peristiwa ini... Lepas jelajah selayang Mall & sembat rembat satu dvd seram Thailand.. Maka keluar la kami 3 beranak dari tempat berpuaka itu. Hahahaha.. Puaka untuk aku je sebenarnya. Sebelum ke parking sempat singgah kedai serbaneka depan selayang Mall tu. Ada barang nak cari.. Yelah kalau masuk motif satu barang, keluar dua tiga barang. Almaklum la tuntutan nafsu serakah katanya. Hahahahaha.. masa berbaris nak bayar ni datang satu akak tengah membebel kat cashier si gadis cantik manis ni. Memang jelas la aku dengar bebelan akak ni.. Dia beli barang kat situ tapi budak cashier ni terlebih scan RM10 kot ...

ALASAN PIHAK HAMLEYS ISU ANAK ROSYAM NOR KENA BUKA TUDUNG

Image
Kecoh semalam pasal tweet dari Dato Rosyam Nor, pelakon popular yang menghentam polisi pihak hamleys yang mengenakan syarat tidak boleh bertudung untuk bekerja dengan syarikat depa. Abis jadi viral seantero alam maya. Mengelabah Hamleys keluar statement minta maagf bagai. Hari ni satu lagi statement di post di Fanpage Rasmi pihak Hamleys.. Tapi lawak pulak rasanya alasan yang di beri. Isu semalam boleh jugak rujuk entri ni ANAK ROSYAM NOR DI MINTA BUKA TUDUNG Katanya orang yang temuduga anak rosyam nor tu tidak berkelayakkan & tak punya kuasa & tak tahu polisi syarikat depa. Kiranya Hamleys nak tuduh staff dia tu pandai2 ja la buat syarat sendiri & pandai2 dok pi interview orang minta kerja. Senang ja alasan kan? Kita yang baca rasa macam tak logik ja tapi tu la tak tau sejauh mana kebenaran nak tuduh pun susah. Nak tau kena pi siasat tengok staff2 hamleys semua ada yang berhijab ka dak?? Kalau takdak sorang pun berhijab.. Alasan ni rasa macam mengkambing hitamkan...

ANAK ROSYAM NOR DI SURUH BUKA TUDUNG SYARAT DI TERIMA BEKERJA

Image
Tu dia abislah kau. Memang silap langkah la sebab yang pergi minta kerja tu anak Rosyam Nor. Kat Malaysia sapa yang tak kenal Rosyam Nor. Pelakon popular tu. Ni bukan Rosyam Nor Zaman Gila Gila Remaja kot orang tak kenal.. Ni Zaman Castello sebut je Rosyam Nor Bukan nama asing dalam industri seni malaysia ni. Sumber Google Mula menjadi Viral Tweet dari Pelakon terkenal ni berkenaan sebuah kedai yang terdapat di One Utama yang mengenakan syarat harus buka tudung kalau nak bekerja di premis perniagaan mereka. Kena pulak anak Rosyam Nor yang baru lepas SPM yang minta kerja & di minta buka tudung kalau berminat nak kerja. Balik dia report bapak dia.. bapak dia tweet pulak pasal tu.. Tunggu la je la apa akibatnya. Siap nama kedai tu.. HAMLEY'S Sumber FB Kadang2 yang non muslim memang mengenakan syarat macam tu. Ini Malaysia kot bukan negara  Amerika. Bangsa lain bekerja di Syarikat milik orang Islam takde pun di wajibkan pakai tudung.. kenapa pulak kalau perempuan mu...

AKHIRNYA TERBONGKAR RAHSIA BEDAK RONASUTRA

Image
Baru - baru ni aku ada beli bedak Ronasutra sebab aku survey ramai yang kata bedak tu bagus, elok & cantik di samping bedak tu sangat baik untuk kulit sebab berasaskan mineral. Sesuai la bagi yang berkulit sensitif & bermasalah. Maka sebab survey aku lebih ramai recommend bedak Rona sutra maka aku tak teragak2 la nak bayar RM40 untuk sekotak bedak ni. Sumber Google Bedak Ronasutra bagi yang tak tahu bukan jenis compact.. yang biasa kita pakai beku seketul kemudian kita tenyeh2 dengan span sebelum sapu kat muka. Dia jenis serbuk (powder) macam tepung tu.. Almaklum la biasa pakai jenis compact kan... tenyeh & sapu je. sekali beli yang serbuk dia jadi bodoh sekejab la. Katanya boleh guna span.. tenyeh2 dengan span.. nampak hasil tak memuaskan. Sekali dua pakai.. macam tak best dah. Ingat nak tukar jer compact powder jenama farmasi pulak sebab ada orang kat selain ronasutra bedak compact farmasi pun bagus. Tapi tu la.. baru je beli. Tak luak pun lagi. So, try la googl...