Posts

BILA SALIB TERPACAK DEPAN RUMAH AKU

Image
Tu dia apa kes tetiba cerita salib terpacak depan rumah pulak. Jangan nak fitnah2 apa2 yer.. Aku masih Islam kalau nak tahu macam mana salib boleh terpacak depan rumah aku meh baca dulu yer jangan nak buat spekulasi Buka2 pintu je terus nampak salib terpacak depan rumah. Dengan size agak besar & memang jelas la mata memandang rasa macam tak sedap pulak. Yelah.. memang tak boleh nak elak dari tengok sebab buka je pintu memang auto nampak. Almaklum la rumah jenis buka pintu nampak pintu rumah orang la katakan.. Ni bukan carian google tapi aku gigih snap sendiri tapi pandang kiri kanan jugak la takut jiran2 lain nampak kang pelik pulak depa. hahahaha Actually owner rumah depan rumah aku ni memang melayu Islam tapi sejak 2 hari lepas ada penyewa baru masuk. Orang india tapi penganut agam kristian la kot sebab dia pacak salib tepi pintu dekat dinding luar rumah dia. Aku perasan dia pacak salib tu semalam masa buka pintu. Takpe hak beragama dia kan, kita tak boleh nak halang...

BILA ANONYMOUS GELAR ANONYMOUS LAIN SEBAGAI MAK ENON

Image
Lawak pulak aku dok baca komen2 yang meriah dengan anonymous kat entri aku yang satu ni. Entri ni memang sampai hari ni dapat views yang tinggi & memang banyak anonymous datang berkomen.. ada yang sampai bergaduh. Masing2 nak menegakkan pendapat masing - masing tapi komen yang satu ni aku rasa special case sikit.. nak tau sebab apa.. meh baca. Kalau ada yang tak pernah kenal siapa mak enon.. Inilah dia. Selalu dalam filem dulu2 dia berlakon watak extra. Selalu watak dia yang komedi jer.. Semoga Beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al Fatihah Entri tu pasal produk Collagen + Vitamin E yang pernah menjadi kontroversi tahun lepas. Ramai yang pakai cream ni ada kesan buruk termasuk adik aku & kawan aku jugak. Tapi kat entri aku tulis ada dua pendapat dari yang datang komen termasuk Anonymous..  Ada yang kata ok... ada yang kata tak ok. Yang best nya Anon2 ni bergaduh.. Semalam dapat satu komen Anon yang merespond komen Anon lain.. Dia meng Anon ...

ENTRI PALING SERAM

Image
Minggu ni kita buat entri semua bergenre seram jer sudah. Sebab banyak sangat cerita berkaitan 'Seram'. Jangan muntah darah pulak bagi sesapa yang selalu follow entri2 kat blog melekit ni. Biar seram jangan suram katanya... Sumber google Semalam aku ada up pengalaman bermalam di hotel Baba house & berlaku kejadian tak di ingini kat anak aku (Boleh rujuk entri ni bagi yang belum baca PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA ) . Bila baca komen2 tu majoriti cakap tengok gambar hotel tu pun memang nampak suram & seram. Semua pelik macam mana la kami boleh pilih hotel tu. Ada akak dari Melaka katanya kat situ memang bangunan dia dah berusia beratus tahun.. So, next time jangan pilih hotel kat situ la. Yelah.. benda lama kan kadang2 ada yang menghuni kat situ beratus tahun lamanya tapi kita je tak nampak. Sebenarnya orang yang survey hotel tu refer dari website jer & terus book secara online. Aku ni ngekor jer.. Jadi next time sila baca dulu review2 dari blog seb...

PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA

Ni bukan cerita filem atau kisah dari mulut ke mulut ok tapi kejadian ni berlaku kat aku sendiri. Cerita ni terjadi kat salah sebuah hotel di melaka. Ni kira percutian tak berapa holiday sangat la.. Saja jenjalan kat Melaka sebab family dari kedah datang Lagipun depa dah book hotel untuk bermalam satu malam. Kalau kami 3 beranak ni.. Melaka selalu pergi balik hari jer. Tak jauh mana sangat pun. Alkisah bermula bila kami check in masuk dalam hotel tu. Sesampai melaka tu memang check in hotel dulu, rehat2 sekejab baru keluar balik. Sampai dalam awal petang.. Siang tu takde apa2 kejadian mistik atau mistikus berlaku. Bilik dia bagi aku biasa2 jer pun tapi ok la selesa & ada ciri2 tradisional & antik. Ada la keunikkan kat sinki dia yang bentuk macam mangkuk cina.. Cermin solek  tinggi memang tak sesuai sangat untuk kegunaan orang asia yang bukan tinggi macam mat saleh ni apatah lagi orang macam aku yang berketinggian tak normal ni. So, nak make up terpaksa guna cermin bedak m...

RUMAH PAPAN BERHANTU

Image
Yang tinggal di rumah papan tu jangan cuak sangat ok.. Bukan semua rumah papan tu berhantu tapi yang den nak story hari ni kisah sebuah rumah papan yang berhantu. Biasa la banyak rumah2 pusaka di tinggalkan kat kampung. Rumah pusaka kebanyakan rumah peninggalan orang dulu dulu.. memang majoriti rumah papan. Tapi bukan semua berhantu.. Yang berhantu cuma satu rumah ni sebabnya ada kejadian ngeri yang pernah berlaku menyebabkan rumah tu menjadi seram & menakutkan... Sekadar hiasan. Sumber google Alkisahnya.. bermula bila seorang wartawan cuma mencari maklumat kes pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah papan. 3 pembunuhan misteri telah berlaku kat situ tapi ketiga2 kes pembunuhan tu berlaku dalam tempoh masa yang lama antara satu kes dengan kes yang lain. Kira setiap zaman tu ada satu kes kat rumah tu.. Sampai wartawan ni jumpa maklumat apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tu dari kejadian2 mistik & menyeramkan yang berlaku pada dia ketika dia menyiasat kes pembunuhan ...

SAMPAI HATI BUANG PAKAIAN YANG DI SUMBANG UNTUK MANGSA BANJIR

Image
Memula baca tajuk aku bajet ni mesti orang sumbang pakaian yang layak buat kain buruk sebab tu depa buang kat tempat pembuangan sampah. Tapi kita tak boleh judge cerita dari tajuk maka aku baca la ceritanya.. Rupanya yang di buang bukan taraf kain buruk malah pakaian yang masih elok. Rupanya.. ada satu organisasi ni buang sumbangan yang di berikan oleh orang ramai kepada mangsa banjir. Katanya pakaian tu semua bersih & elok lagi. Alasan.. pihak tersebut pakaian dah buruk & koyak tapi bila penduduk kat situ periksa pakaian yang di buang tu ternyata masih elok. Sumber harian metro Aku pelik jugak la kalau wujud makhluk macam ni.. Kalau kau rasa malas nak buat kerja kau tak payah la terima sumbangan. Dari kau ambil & kau buang.. apa motifnya. Tapi tu la ni baru statement sebelah pihak.. Statement sebelah pihak yang di tuduh tu tak tau macam mana. Tapi kalau dah kutip semula tu nampak sangat la macam pihak tu yang buat salah, kan?? Moral of the story yang nak men...

CINTA TROLL AMRAN FANS & YANA SAMSUDDIN BERAKHIR DI JINJANG PELAMIN

Image
Siapa sangka setelah cinta troll Amran dengan pilot cun Air Asia mendapat tentangan hebat BFF nya.. Jodoh troll Amran bersama retis Yana Samsuddin. Mesti ketap bibir BFF pilot air asia tu kan. Kau hado dapat cinta troll retis.. takde kan?? Yana bersama salah satu hantara kawen troll dia dengan meran hahahaha Hari ni seperti di war warkan sebelum ni Amran Fans akan melangsungkan perkahwinan troll nya bersama Yana Samsuddin 31 dec di KLIA.. katanya nak tayang kat pilot Air Asia tu biar terliur tak dapat makan nasik minyak ron97 kenduri kawen dia. Sampai cenggitu dendam ko yer meran... Hahahahaha  Keknis hanya mampu mengintai dari belakang hahahaha Apapun tahniah atas perkahwinan Troll meran & yana... moga bahagia hingga ke troll yang terakhir & dapat ramai anak2 troll yang bakat mewarisi troll2 meran nanti. Hahahahaha P/S : Ini ada troll semata mata yer... Jangan ambik serius sangat. Sesaja buat entri santai di hari rabu katanya. Hidup kena ada masa bersant...