Posts

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA

Image
LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA . Mula kecoh pasal isu satu gambar seorang individu berbangsa cina bawak anjing pergi tesco kemudian letakkan dia dalam troli. Kecoh la satu alam maya pasal tu sebab troli tu mungkin di guna oleh pengunjung yang beragama Islam. Tapi takpe semua troli kat tesco tu telah di sertu oleh sekumpulan individu beragama Islam yang prihatin. Alhamdulillah. Masalahnya bila berlaku kes yang melibatkan satu individu dari sesatu bangsa mesti wujud isu perkauman. Padahal isu letak anjing dalam troli bukan masalah kaum tapi masalah individu yang tak sensitif dengan orang lain. Nama je duduk kat Malaysia. Ada berbilang kaum & majoriti penduduk adalah beragama Islam takkan tak tau isu anjing sangat sensitif. Nak hentam... hentam je individu tu kenapa mesti hentam bangsa. Macam tu juga bila berlaku sesuatu yang melibatkan bangsa melayu beragama Islam.. Orang melayu paling kuat menghentam bangsa sendiri. Kenapa bangsa kena jadi mangsa di sebabkan ...

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI

Image
KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI . Zaman sekarang zaman viral. Bila seseorang buat benda tu jadi viral maka berpusu pusu lagi orang lain cuba buat benda yang sama. baru2 ni jadi viral satu status seorang surirumah berkongsi pengalaman sepanjang dia menjadi surirumah. Aku perasan oh!bulan ada ambil status tu di jadikan artikel kat blog dia. Lepas dari status surirumah tu.. muncul pulak status dari surirumah lain berkongsi pengalaman depa jugak. Kat sini bukan aku nak mempertikaikan para surirumah yang cuba memberitahu pada semua di luar sana bahawa menjadi seorang surirumah bukan semudah yang orang sangka. Bagus jugak depa buka biji mata kaum lelaki supaya tau bini yang jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya lagi banyak kerja kena buat dari bini yang bekerjaya di luar sana. Tapi hati hati.. nak share pengalaman tak salah untuk di jadikan teladan pada orang lain cuma takut apa yang kita cerita sebagai contoh dari kisah benar yang berlaku tu mengaibkan pasang...

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU

Image
TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU . Tu dia tajuk mengundang bala katanya. Kalau orang judge dari tajuk boleh jadi viral ni. Aku pun kategori orang miskin jugak so sebelum ni aku pun memang tak tahu sangat pasal Syarikat penerbangan Qatar Airways ni. Tak pernah guna perkhidmatan mereka tak semestinya kita takkan dapat info tentang apa yang ada dalam pesawat Qatar Airways ni kan?? Yang penting kau rajin membaca Insya Allah.. kau akan dapat info. kalau la dapat tajaan terbang dengan penerbangan bertaraf 5 bintang ni.. Wah rasa VVIP satu hari kot. Yelah.. setakat ni mampu terbang bersama Air Asia je. Tu pun syukur Alhamdulillah mampu rasa naik kapal terbang jugak. Ada orang yang sampai sekarang tak berpeluang merasa terbang di awan biru katanya. Insya Allah.. setiap orang ada bahagian rezeki masing2. Jangan risau. Kapal terbang sekarang bukan semua untuk orang2 kaya je. Ada je penerbangan tambang murah macam Air Asia & firefly. Merasa jugak golongan semekin macam ak...

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN

Image
ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN . Alvin Tan?? Tak kenal.. Memang korang bukan pengguna media sosial la kot.. maybe setahun sekali baru online. Kalau kat alam maya penuh pancaroba ni semua orang kenal Alvin Tan. Bekas Blogger Blog lucah kini ketakutan & dah lari ke luar negara & sentiasa mencipta provokasi & menghina agama Islam untuk mendapat perhatian masyarakat. Terbaru isu dia upload gambar konon tatu tulisan Allah kat peha ke apa ntah.. Aku pun malas sangat nak ambil tahu pasal Alvin Tan ni. Almaklum budak terencat macam tu bukan boleh layan sangat.. makin layan makin menjadi jadi provokasi dia buat. Baru ke luar negara pun dah tak boleh tangkap inikan kalau dia ke lubang cacing. Doakan dia ke lubang kubur je settle. hahaha Tapi ramai jugak setia menjadi pemaki hamun & melayan setiap apa yang dia buat di media sosial terutama yang ada unsur menghina agama Islam. Bukan aku kata kita tak perlu mempertahankan Islam tapi Alvin Tan tu semua orang tahu apa dia buat ...

BARU ADA 39,231 AHLI, ADMIN GROUP RUMAH SEWA NI DAH SOMBONG

Image
BARU ADA 39,231 AHLI, ADMIN GROUP RUMAH SEWA NI DAH SOMBONG . Manusia ni masa dia takde apa2 dia punya tahap kesopanan & ketatatusilaan tu punya tertib lentik bak kata mami jarum. Tak ada syarat marat bagai. Bila dah nampak naik sikit mula la belang rimau dia menonjol. Konon semua orang memerlukan khidmat dia so boleh la demand sikit. Bukan tak boleh demand tapi cara demand tu biarlah cara yang tak menganiaya atau menyusahkan orang lain. Sebelum raya haritu aku ada join satu group iklan rumah sewa. Yelah.. mula2 ingat nak pindah sebab rasa syarat yang owner rumah aku tinggal sekarang ni macam tak best je tapi atas budi bicara ok la.. stay dulu. Kelam kabut masa tu dah nak raya. Kang tak raya pulak aku dok sibuk cari rumah & pindah. Jadi kami ambil keputusan.. akur dengan syarat owner rumah tu dulu sambil pelan2 cari rumah lain. Biar la dapat rumah yang berbaloi. Tu kisah aku macam mana boleh terjebak dalam satu group rumah sewa ni.. Hari ni saja intai2 iklan rumah2 sew...

20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT

Image
20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT . Kiranya hari Jumaat ni kita cerita pasal teksi je la yer... Tadi cerita pasal teksi ferrari tetiba muncul kat jalan raya di Malaysia. Melopong minah yang call minta teksi ambil dia tetiba yang datang teksi ferrari. Kalau aku pun cuak jugak nak naik. Manalah tau tetiba tambang dia pun beribu nak kena bayar... jenuh aku nak pinjam kat pengurup wang berlesen pulak. (Nak baca entri pasal teksi ferrari tu boleh baca kat sini >> TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA << Lepas tertengok video teksi ferrari tu terserempak pulak dengan satu artikel yang berkongsi 20 gambar teksi yang memang rare la. Kalau kat Malaysia ni rasanya takde. Yang best tu teksi bukan untuk pengangkutan darat je... Ada teksi untuk pengakutan air & udara beb! Gamaknya teksi air & udara ni pakai meter jugak ke? hehehehe Tu la kita kena banyak membaca baru kita boleh tahu sesuatu yang pelik & rare wujud di luar sana. Takde...

TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA

Image
TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA . Ferrari jadi teksi kat Malaysia?? Biar betul?? Mak Aii... berapa la tambang naik teksi ferrari ni gamaknya. Bukan pintu je kalau teksi biasa dah RM3 kalau teksi ferrari berapa puluh ringgit gamaknya per kilometer. Mesti hangpa tak caya kan ada teksi ferrari kat Malaysia. Ada... Tapi mungkin sebiji tu je la teksi Ferrari kat Malaysia sekarang ni. Akan datang tak tau la kot2 Malaysia jadi kaya raya. Pemandu teksi pun katanya tak main pakai jenama proton lagi dah beralih kepada sport car.. siapa tahu. Yelah tahun 2020 yang pernah di gambarkan ni macam zaman berteknologi tinggi & canggih giler kalau dalam filem. Ada kereta terbang bagai kan... Manalah tau masa tahun 2020 nanti teksi pun ferrari. Tapi yang cerita teksi ferrari kat Malaysia ni aku tak tipu. Bertuah la sorang perempuan ni dia call untuk dapatkan teksi tiba2 yang sampai teksi ferrari kau! Mau terlopong & terbeliak. Teksi ferrari ok! Di ulangi TEKSI bukan kereta sewa! ...