Posts

KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL

Image
KEDAI MAKAN MISTERI MUNCUL TENGAH MALAM DI KUALA KETIL . Untuk ruangan cerita seram serik lekatlekit hari ni kita balik kedah sekejab yer. Orang orang kuala ketil sila ambil perhatian. Katanya berlaku kat area sana. Alkisah pasal sebuah kedai makan yang pernah wujud 20 tahun lalu tapi telah musnah dalam kebakaran sering muncul beroperasi di tengah malam hari. Katanya ramai dah terkenal dengan kedai makan misteri ni. Alkisahnya.. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google 3 orang kawan kaki pancing ni pergi memancing udang galah kat satu tempat ni. umpan asyik mengena jer tak sedar mereka memancing sampai dah lewat malam. Sedar2 dah 12.30 katanya. time tu pulak cuaca dah tunjuk tanda hendak hujan maka terpaksa la hentikan aktiviti berjoran tu. Terpaksalah 3 sekawan tu meninggalkan tempat yang memberi rezeki udang galah malam tu. Bila dah angkat joran baru la perut rasa lapar katanya. Masa tengah syok mancing memang lapar pun tak terasa. Almaklum la nak2 lagi pancing asyik mengena. Di...

ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI

Image
ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI . Sapa kat sini suka makan pedas tahap extreme punya. Bukan takat calit2 sambal belacan hujung ulam kemudian makan tu bukan kategori pemakan pedas tahap gila. Tu biasa jer. Aku pun boleh makan. Tapi kalau sampai tahap makan roti dengan penuh cili padi potong macam gambar kat bawah ni.. Aku memang tabik spring la sapa2 boleh makan. Sebab bagi aku memang benda paling gila & aku tak rasa orang gila pun tergamak makan. Ni namanya cabaran paling gila membakar usus perut. Rasa macam tak logik ada orang buat cabaran macam ni tapi sesungguhnya ada orang Malaysia yang sahut cabaran macam ni. Almaklum la Malaysia.. tak kira apa kaum pun majoriti suka makanan pedas. Aku pun suka tapi kalau suruh aku makan roti dengan penuh cili potong macam ni minta maaf je la. Aku tak sanggup nak berguling2 lagi depan pintu masuk HKL macam haritu. Bila perut sakit tahap rasa nak terputus tali pusat ni.. Rasanya aku rela beranak 10 orang dari sakit macam tu. Seb...

RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK

Image
RESEPI NASI GORENG IKAN BERSEMPENA HARGA TOL NAIK . Tu dia kau tetap jugak nak guna isu tol naik sebagai tajuk entri kan. Almaklum la bila harga tol naik memang mempengaruhi kos sara hidup kat Malaysia ni. Penghantaran barang2 keperluan harian pun guna tol. Bila tol naik, kos penghantaran naik. Bila kos penghantaran naik maka kos barang secara tak langsung pun maybe effect jugak la. Sebab semua benda saling berkait katanya. Jadi di zaman Pemerintahan Perdana Mentari kesayangan kita semua ni maka kita dah tak boleh membazir. So,kita kena jadi lebih kreatif dalam hidup untuk memastikan kita tak membazir walau sebutir nasi sekalipun. Bagus PM kita sekarang sebab dia ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan hidup dengan berjimat cermat. hehehe Sebab aku antara manusia terkesan dengan kos sara hidup sekarang maka seboleh2nya aku nak manafaat setiap makan tu menjadi sumber tenaga & lemak dalam badan katanya. Sayang dok sedekah kat tong sampah je. Akibat semalam ada nasi lebih, ikan go...

TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB

Image
TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB . Macam2 cara zaman sekarang orang buat menarik pengguna media sosial untuk memviralkan sesuatu. Terbaru trend guna mukadimah ala2 macam maki hamun.konon macam marah sangat tapi sebenarnya nak kiaskan benda tu sesuatu yang sangat mengakumkan. Almaklum la zaman media sosial sekarang kalau guna ayat2 skema orang dah tak pandang katanya.. Sekadar hiasan. Sumber Google Kita yang baca mula2 apalah yang orang tu buat sampai kena hamun macam tu sekali alih2 ending ni sebenarnya nak memviralkan barang jualan atau niagaan seseorang. Punya gigih dia buat ayat macam marah sangat. Aku sekali dua terkena la jugak tapi bila dah makin ramai buat style macam tu dah boleh agak.yelah bila sorang buat dapat feedback yang baik maka ramai lagi la akan ikut bila dah ramai gimik macam tu lama2 jadi basi & orang dah tak terpedaya lagi. Salah satu viral yang terbaru dengan trend terkini maki hamun sebab terlampau suka cara abang ni meniaga. Suka p...

INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV YANG RAMAI TAK TAHU

Image
INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV  YANG RAMAI TAK TAHU . Aku ni nak kata orang dulu sangat pun tak la.. nak kata lahir dalam zaman gadget elektronik yang canggih2 pun tak sangat. Tapi masa aku kecik sempat jugak la tengok tv peti yang hitam putih tu. Rumah aku pun pernah guna TV tu sebelum bertukar ke tv warna. Tapi masa rumah aku dah ada tv warna ada lagi rumah orang lain yang masih pakai tv peti hitam putih. Tapi kan makcik aku pernah cerita zaman dia muda2 dulu ada seorang orang kampung yang kategori kaya jugak la. Kiranya rumah dia je ada TV jadi rumah dia jadi macam panggung wayang jugak la bila hari2 orang datang tengok TV. Dia siap caj 20sen seorang. Kalau dah ramai mesti banyak side income dia masa tu kan? 20sen zaman tu kira mahal jugak la. Tahun bila aku tak ingat la. Makcik aku sekarang pun dah umur 70tahun++ . Zaman dia muda tu tak tau la umur berapa. Tv dulu tak ada remote control. Kalau tak tekan butang kat TV.. jenis yang pulas2 untuk cari siaran. Kadang malas ...

KEJADIAN MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI FACEBOOK

Image
KEJADIAN MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI FACEBOOK . Untuk segmen seram serik lekatlekit kali ni aku nak share kisah2 misteri yang berunsur mistik & menyeramkan yang pernah berlaku di Facebook. Apa ingat kat alam maya tak boleh berlaku kejadian menyeramkan berunsur mistik ke? Kat Mana2 pun boleh dah sekarang ni.  Jin & syaitan pun berkembang bersama teknologi manusia jugak tau! Ingat depa tak up to date ke? Kalau depa tak up to date confirm la momokkan depa dah tak extreme lagi katanya. Kalau korang pernah baca tentang kisah seorang lelaki yang menerima mesej dari teman wanitanya yang dah mati dalam kemalangan ngeri mesti korang ingat cerita ni. Sebenarnya aku pun tak pernah baca cerita ni. Katanya pernah jadi berita tergempar & viral jugak la. Kejadian ni bukan di sebabkan hack atau apa2 perbuatan khianat tapi memang mesej tu di hantar oleh individu yang dah mati . Kalau korang nak tahu macam mana cerita tu & macam mana perkara tu boleh berlaku meh ba...

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA

Image
ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA . Dua tiga hari ni aku dok baca jugak kisah Pelawak & pengacara Tv Hj Nabil yang di hentam bagai nak rak sebab terlepas cakap sesuatu yang bagi peminat seolah2 menghina kekurangan caliph Buskers dalam satu rancangan tengah bergegar kat astro sekarang ni. Aku ni insan tak berlanggan esteruk katanya.. Jadi cuma baca update kat media sosial je la. Dua tiga hari tengok wartawan & media dok panas kan isu ni terfikir jugak aku benda kecik je. Ni strategi untuk menaikkan rating rancangan tu ke hapa. Biasa la stesen tv ni kadang2 menjadikan isu kecil sebagai kontroversi untuk menaikkan rating rancangan tu. Caliph Buskers Katanya Caliph Buskers pun tak rasa terhina atas gurauan Hj Nabil tu. Bagi aku pun Nabil bukan niat nak menghina pun. Mungkin sebab dia bercakap secara spontan maka terlepas cakap benda macam tu tanpa ada niat tak baik selain bergurau. Tapi yang pelik orang yang sempurna pancaindera pulak terlebih to...