Posts

SALE LAZADA MENIPU?

Image
SALE LAZADA MENIPU?  Mula nampak ada beberapa individu mula mempertikaikan harga barang yang di jual dalam sale online revolution lazada. Katanya tak masuk akal..  Aku pun ada la beli 3 barang walau asalnya nak beli 1 jer barang. Aku memang survey semua barang yang aku beli dari sebelum sale lagi.. Memang masa sale aku tak nampak apa2 yang menipu sebab memang harga sekarang lebih murah dari sebelum sales. Cuma tu la.. rupanya ada yang jual lagi murah dari lazada. Tapi barang2 lain katanya.. sebelum ni harga lagi murah tetiba sales harga asal lebih mahal & harga sale pun mahal dari harga sebelum sale. Aku nak tuduh sangat sebab aku tak berapa nak survey barang2 lain. Aku survey barang aku nak je. Sebab benda tu memang tak ada jual kat luar. Aku memang ada jugak survey beberapa online shop.. cuma aku tak confident je. Sebab jarang2 dengar & aku ni bukan jenis online shopper. Sebab lazada ni je selalu dengar orang beli & selalu dapat review dari blogger jadi aku ...

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

Image
KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN . Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni. Sumber Google Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni. Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini ...

CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA

Image
CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA . Ahad lepas aku ada singgah guardian.. Macam wajib pulak kalau keluar mesti nak singgah kat guardian. banyak sangat saka2 dalam tu buat nafsu serakah membuak buak nak membeli belah. Kalau masuk pantang keluar tangan kosong kecuali tertinggal wallet kat rumah. hahahaha.. Sebab pernah jadi elok berbaris nak bayar check dalam beg wallet tak ada. Tertinggal kat rumah. Kalau aku masuk guardian memang jarang laki & anak nak ikut.. depa lebih selesa buat aktiviti lain dari tunggu aku membelek barang dalam tu. Aku pun lagi selesa.. sebab takde la budak kecik nak ganggu fokus aku membaca penjelasan belakang produk. Benda tu pun perlukan konsentrasi untuk kita lebih memahami kegunaan & keperluan produk yang nak beli. Jangan main beli je.. alih2 sebenarnya tak menepati keperluan kulit kita. Tujuan masuk guardian tu motif utama nak beli cotton face dengan sebamed body wash je. Tapi tu la tipikal perempuan.. Motif utama tetap di...

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA

Image
SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA .Rabu biasanya blogger banyak buat entri wordless Wednesday tapi entah kenapa aku dari dulu tak mampu tulis entri dengan tema wordless.. selalunya mesti jadi more words katanya. Rasa macam kencing tak lawas pulak kalau tulis entri pendek pendek ni. Hahaha... Maka sebab aku taknak rasa kencing tak lawas tu hari ni siang2 hari kita bersegmen seram serik lekatlekit. Sebab aku ada kisah seram nak share.. Jadi segmen seram serik ni memang tak tunggu malam dah. Ada bahan je terus up. Kisah yang aku nak cerita ni katanya berdasarkan kisah benar pengalaman seorang pelukis yang suka mengembara. Nak di jadikan cerita pada satu hari dia masuk ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Bila dah masuk kampung tu dia cari la tempat untuk stay sampai dia puas berkarya kat situ. Dapat la sewa sebuah bilik.. condition memang out la. Kampung tu rumah2 dia bukan cantik2 sangat. Lebih kurang macam setinggan je. Di sebabkan dia pun ...

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL

Image
VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL . Orang kata kalau dah memang suara tu sedap.. meletop kebabom.. nyanyi lagu apapun sedap. Ni baru kategori penyanyi serba boleh. Apa2 irama pun dia boleh lagukan dengan baik. Memang shila Amzah di lahirkan dengan bakat semulajadi. Sebab suara sedap ni bukan boleh dapat kat mana2.. Yang boleh belajar cuma teknik nak menyanyi dengan betul & baik je. Kalau nak tengok video tu boleh clik kat gambar ni Bukan la nak merendahkan bakat Najwa Latif.. Tapi Najwa latif salah satu contoh penyanyi yang boleh bawa lagu dia je. Lagu yang di compose sendiri sebab semua lagu dia buat memang nada & melodi yang lebih kurang sama. Kebanyakkan semua mendatar jer. Pernah dengar dia nyanyi lagu orang memang agak kelautan hindi. Berbanding shila Amzah yang kita tahu bakat nyanyian dia. Kalau tak takkan sampai ke china menyanyi ye dak. Bagus jugak budak shila ni.. Nyanyi lagu melayu sedap. Nyanyi lagu omputih sedap.. nyanyi lagu tamil pun sed...

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU

Image
LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU . Semalam terbaca luahan hati pelakon Lana Nordin yang katanya kecik hati tengok Ayda Jebat pakai baju pengantin dia dalam satu iklan. Katanya baju tu dulu di sponsor lepas pakai kena bagi balik la kat pereka dia. Aku pun pening jugak kalau sponsor takkan ambil balik baju tu.. Tapi tak tau la kan. Sebab dulu Memey Suhaiza di sponsor Raflesia barangan kemas juta ringgit pun.. bagi pakai je. Habis majlis dia kutip licin barang dia. Gila kau nak bagi kat retis barang juta2 macam tu. Mungkin istilah sponsor dalam industri hiburan ni macam pinjam la kot. Kalau kita orang biasa ni sponsor bermakna tolong biaya kos tu. Bermakna benda yang di sponsor tu jadi hak milik kita. Tapi dalam kes lana nordin dengan designer baju tu tak tau la salah faham ke hapa. Kalau sponsor baju jer takkan ambil balik.Maybe cuma suruh peragakan je kot. Bila dah sorang keluarkan statement tak puas hati.. maka bermulalah kontroversi. Jawapan balas Ayda Jeba...

PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS

Image
PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS . KLCC lambang kebanggan orang2 KL katanya. Sebab aku pernah terbaca satu viral yang bebudak KL yang bangga sangat sebab kat KL je ada KLCC.. kedah ke? takde kan?? Ye ye.. kedah memang tak ada KLCC.. tapi kedah ada banyak benda yang tak ada kat KL jugak. Kang senaraikan.. menangis pulak anak jati KL katanya. Tak kisahlah KL ada KLCC negeri lain tak ada.. Kita ni satu Malaysia ok! KLCC bukan milik orang KL jer.. malah sesapa saja boleh masuk kesitu. Yang buat KLCC tu pun bukan semua anak jati KL. Disebalik bangunan berkembar tu di bina.. ada macam2 manusia dari berbagai negara, bangsa,negeri yang terlibat. Cuma lokasi dia kat KL je orang KL nak claim benda tu hak milik Kuala Lumpur. Gambar pinjam jer ni..  Kalau masuk KLCC tu yang ada anak anak mesti rasa nak singgah jugak kat petrosains. Aku pun suka juga ke petrosains. Kadang2 masuk ke KLCC tu semata mata nak bawak anak aku ke petrosains je.. Sebab anak aku memang nampak e...