Posts

NASI LEMAK ANAK DARA DALAM UCAPAN PEMBENTANGAN BUDGET 2017

Image
NASI LEMAK ANAK DARA DALAM UCAPAN PEMBENTANGAN BUDGET 2017 . Aku ni kekonon je menonton siaran langsung pembentangan budget 2017.. Tapi bukan aku dengar semua pun. Almaklum la surirumah katanya.. Kami ni tengok tv pun sambil buat benda lain. Sambil rebus beras nak masak bubur tengok sekejab.. Dah mendidih air tu pergi masukkan bahan2 lauk dalam bubur.. sementara tunggu beras kembang hancur tengok tv balik. Tengah2 tengok TV anak nak minum air la.. makan biskut la.. Kira memang tak boleh fokus sangat la. Dengar apa yang sempat jer.. Macam biasa la.. Budget bila tahun pun kakitangan awam je best dengar walau bonus depa still RM500 tapi tetap la ada jugak budget untuk kakitangan awam tu. Tu baru bonus.. belum lagi pinjaman perumahan la.. elaun bla.. bla.. beli pump susu, cuti anak sakit bla.. bla... cuti bergaji sambung belajar.. biasiswa.. bla.. bla.. pendek kata kalau kakitangan kerajaan ni walau tak sokong pemerintahan kerajaan sekarang pun tetap sedap jugak hati tu dengar...

MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK

Image
MUKA BENGKAK TERUK AKIBAT MENGGUNAKAN MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK . Produk ni rasanya dah lama berada kat pasaran. Aku pernah pernah nampak produk Mistine Egg white Peel Of Mask ni di jual kat booth2 produk & jamu. Ada juga keinginan nak cuba sebelum ni tapi tak berjodoh. Rasa tak sampai hati nak membeli.. Tak tau kenapa. Sebab aku lebih suka beli skincare kat farmasi macam guardian tu. Kat booth2 ni bergantung pada produk la.. Macam ephyra aku pernah beli kat booth2 macam tu sebab takde jual kat farmasi kan. Tadi kat group whatsapp ada sorang kawan aku seorang nurse share seorang patient yang datang ke hospital tapah dengan muka alergik teruk sampai bengkak lepas pakai egg white Peel Of mask tu buat pertama kali. Sekarang dia dah di transfer ke hospital teluk intan katanya. Memang teruk jugak bengkak & nampak dia memang dalam keadaan sakit la. Seriau tengok muka akak ni. Kesian kan? Kalau perhatikan belakang produk tu memang tertulis bahasa Thailand.....

VIRAL! VIDEO PERTANDINGAN ISTERI SUSUKAN SUAMI DI KELANTAN

Image
VIRAL! VIDEO PERTANDINGAN ISTERI SUSUKAN SUAMI DI KELANTAN . Tu dia.. semua terbeliak biji mata baca tajuk entri kan. Masing masing tak sabar nak tengok macam mana peserta pertandingan tu menyusukan suami masing masing di khalayak ramai. Mesti ramai dah terbayang keghairahan sang suami di susukan isteri sendiri, kan? hangpa kalau berimaginasi memang level 'kuning' ja kan. Tak tau nak kategorikan pertandingan ni acara sukaneka ke acara sukandewasa.. Tapi peserta semua terdiri dari golongan dewasa la. Cuma nak klasifikasikan dia je tak tau nak letak 18++ atau umum katanya. hahahaha... Macam macam la orang kelantan ni kan. Sapa la punya idea dok cetuskan pertandingan macam ni. Bila tertengok Video ni tak tau la gelak ke menangis. Kemain kuat cik abang tu menghisap susu sambil si isteri menepuk nepuk bahu macam dodoikan anak pulak. Pulun la yang laki tu pun isap susu tak lepas lepas nak menang katanya. Sebelum hangpa dok berimaginasi bukan bukan.. better hangpa tengok dulu v...

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG

Image
GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG . Sekarang ni tengah di tayangkan drama berepisod, Samudera rindu yang mengisahkan seorang wanita yang terkena penyakit kemurungan atau orang kita faham sebagai meroyan selepas kematian anak pertamanya akibat lemas dalam perut. Lepas melahirkan anak kedua pun meroyan dia tak sembuh sampai la anak dia besar. Tu kisah drama, hari ni terbaca satu kisah pengalaman seorang anak yang di besarkan ibu yang dia yakin ibu dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang masa bersalin. Sebab katanya waktu tu mak ayah dia kawen muda.. masing2 tak pandai lagi bab pantang bagai. Lepas bersalin mak dia tinggal dengan family sebelah ayah dia. Orang yang jaga mak dia dalam pantang tu tak jaga mak dia betul.. Makan pun ikut dan je. Sampai dalam pantang pun di beri makan mi sup tapi suruh mengaku kalau orang tanya dia jaga pantang. Sebab lapar sangat mak dia ni terpaksa la makan.Sampai ber...

PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA LAGI

Image
PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA LAGI . Minggu lepas viral gambar gambar pelajar2 di SMK bandar baru bangi kena histeria beramai ramai. Bukan je pelajar perempuan tapi pelajar lelaki pun turut kena. Marah betul makhluk tu sampai mengamuk macam tu sekali. Kalau ikut dari komen Anonymous kat entri aku yang lepas katanya punca benda tu mengamuk sebab ada satu pokok besar yang menjadi habitat dia di tebang... Untuk lihat kejadian histeria sebelum ni boleh tengok di entri ni >> 14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA << Tadi terbaca satu post di facebook, katanya hari ni dia dengar suara jeritan dari sekolah tu lagi. Histeria lagi bebudak tu hari ni. Amboi.. Tak puas hati lagi tu. Yang haritu dia kendurikan bebudak tu, Ni dia buat lagi konsert katanya. Pihak sekolah dah kena panggil pengamal rawatan alternatif Islam untuk atasi perkara ni. Kang tak sekolah pulak budak budak tu. Kejadian histeria sekarang nampak macam semakin menjadi j...

DATO VIDA TAK PUAS HATI TERPAKSA BEREBUT MIKROFON DI GEGAR VAGANZA 3

Image
DATO VIDA TAK PUAS HATI TERPAKSA BE REBUT MIKROFON DI GEGAR VAGANZA 3 . Aku ni tak melanggan astro jadi apa2 rancangan yang bersiaran dia astro memang aku tak tengok. Sekarang tengok ramai yang dok cakap pasal gegar vaganza 3. Kalau blogger nampak ramai yang menyokong team zarul umbrella. Kan Abang zarul pun sebelum ni blogger jugak. Mungkin sebab sibuk terbang kesana sini di tambah lagi dia kembali aktif dalam aktiviti nyanyian.. so, berblog nampak dah slow la. Aku tak sokong sapa2 pun sebab tak tengok kan.. Cuma ikuti cerita, gosip atau apa2 berita berkenaan rancangan tu kat media sosial je la. Terbaca kat Mynewshud blog yang Dato Vida pengasas produk paling kontroversi & sensasi tu katanya tak puas hati dengan tindakkan pihak astro yang tak nak bagi dia mic walau dia yang taja rancangan tu. Malah dia kata rancangan lain jugak sama dia di layan macam tu. Dia terpaksa buat muka tak malu dok rampas mic dari orang lain. Katanya dia bukan nak masa yang lama nak promosikan produk...

PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN

Image
PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN . Kita sedia maklum baru baru ni kecoh cerita seorang abang yang di tikam mati kekasih adik perempuannya.. Bila dia cuba menyakinkan adik dia yang kekasih dia adalah suami orang maka di bawa adik ni ke jabatan agama Islam untuk semak status perkahwinan tersebut. Ternyata lelaki tersebut memang suami orang. Akibat tak puas hati kekasih si adik ni menikam si abang sehingga mati. Punya la sayang si abang pada adik.. Nak adik dia mendapat pasangan yang bertanggungjawab & boleh menjaga adik dia dengan baik sehingga terkorban nyawa bila dia nak menegakkan kebenaran. Lelaki kalau awal2 dah tipu status perkahwinan kat situ dah jelas dia gagal menjadi seorang suami & lelaki bertanggungjawab. Nak2 lagi lepas bunuh orang.. Apapun benda dah berlaku... Menangis airmata coca cola sekalipun si Abang dah pergi meninggalkan semua termasuk isteri yang tengah sarat mengandung anak pertama. Confirm benda tu akan menjadi sesalan se...