Posts

MOCHA HAZEL BUKAN SUPPLEMENT KECANTIKKAN TAPI MINUMAN YANG BERKHASIAT.

Image
MOCHA HAZEL BUKAN SUPPLEMENT KECANTIKKAN TAPI MINUMAN YANG BERKHASIAT . Kat sini sapa suka kacang Hazel.. Ok ok.. tak payah jawab la. Lambat pulak. hehehe. Kacang Hazel antara kacang yang boleh tahan jugak la kan harganya. Tapi nak kunyah - kunya kacang ni lenguh jugak rahang kan? Tapi memikirkan khasiatnya tu.. Rasa macam elok juga di ambil. Kacang Hazel ni sebenarnya sangat bagus di ambil untuk mereka yang berniat menurukan berat badan kerana rendah lemak. Selain menjadi sumber protien, Ia juga mengandungi banyak serat yang baik untuk membantu pencernaan. Sangat penting ok benda ni bagi mereka yang nak berdiet. Sistem pencernaan kena bagus baru berat badan senang turun. Yang mana masalah membuang tu.. Boleh la try kacang Hazel ni ok! Sekarang ni kacang Hazel di pelbagaikan dalam bentuk produk makanan & minuman contoh macam Minuman Mocha Hazel ni. Bila di formulasikan dalam bentuk serbuk minuman ni jadi mudah nak ambil selain rasanya yang sedap. Tak payah  la kau nak ...

AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM

Image
AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM . Tu dia. Panjang tajuk entri. Biar jelas & nyata sikit katanya. Sebab dulu kami pun tak tau sebenarnya benda ni salah. almaklum la.. Sebelum ni agak jahiliah. Sejak dua menjak ni saya cuba keluar dari zon jahiliah & rajin la mencari info berkaitan produk ni. Yelah.. sebagai pengguna kita memang kena ambil tahu jugak supaya tak tertipu dengan pengeluar produk yang nak kaya raya tanpa memikirkan kesan kesihatan pada pengguna. Perkara ni memang biasa kita nampak berlaku dalam iklan2 produk kosmetik/skincare. Pengedar & pengeluar produk kosmetik memang suka jual nama KKM untuk menyakinkan pengguna bahawa produk mereka di jamin selamat padahal Kosmetik cuma ada dapat NOT KKM di mana produk tidak di analisa pun oleh KKM sebelum di beri NOTIFIKASI. Cuma pengeluar produk perlu declare je bahan bahan melalui dokumentasi. Lepas tu depa membohong la pengguna kono...

RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION

Image
RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION . Sejak dapat dalam lazada suprise box BB cushion haritu memang rasa fall in love juga la. Sebab memudahkan kerja menconteng arang ke muka katanya. Yelah selalu jenis cushion ni dia 2 in 1.. Dah siap ada foundation & concealer bagai. Dap dap kat muka.. kemaskan sikit dengan loose powder dah siap. Jimat la masa nak merenung muka ke cermin tu kan.. Tapi di sebabkan BB cushion tu dah nak habis.. Maka dengan girangnya cheq try pulak JADORA ultra smooth DD Cushion. Sebelum pakai BB cushion yang 2 in 1 jer.. tapi yang JADORA DD Cushion ni special sikit ok sebab dia all in one. Apa yang ada dalam all in one ni?? Mesti hangpa nak tau jugak kan.. All in one tu include susuk sekali ke camna? Tu dia.. Hangpa ingat bedak jampi Bomoh Jenab ke susuk bagai.. Ni produk kosmetik yang takde unsur mistik tapi ada unsur mencantikkan tanpa perlu masa yang lama sebab dalam Jadora DD Cushion all in one ni ada semua perkara yang di...

INILAH AKTIVIS MASYARAKAT YANG LANTANG & TAK MENDAPAT PUBLISITI MEDIA TAPI TERUS BERJUANG UNTUK ORANG AWAM.

Image
INILAH AKTIVIS MASYARAKAT YANG LANTANG & TAK MENDAPAT PUBLISITI MEDIA TAPI TERUS BERJUANG UNTUK ORANG AWAM . Aktivis! Satgi ada yang tanya aktivis tu menatang apa? Ok meh kita explain sikit kat sesapa yang tak tahu.. Apa maksud aktivis. Aktivis adalah orang yang giat bekerja untuk kepentingan suatu organi­sasi politik atau organisasi massa lain. Dia mengabdikan tenaga dan fikiran­nya, bahkan seringkali mengorbankan harta bendanya untuk me­wujudkan cita-cita organisasi. Selalunya aktivis ni memang akan buat kerja khidmat masyarakat la mengikut kepakaran masing masing. Aktivis tidak tertakluk kepada satu bidang jer.. Macam saya cakap tadi.. perjuangan mereka mengikut kepakaran masing masing. Satgi ada yang faham.. aktivis ni di kalangan orang orang politik ja. Tidak juga ok! Sekarang ramai yang menjadi aktivis dengan kerelaan hati mereka sendiri dengan misi & perjuangan yang berbeza. Kat media sosial dah ramai aktivis dengan perjuangan mereka sendiri walau mereka bukan d...

TERKINI! (13 OKTOBER 2017) LAGI PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN OLEH KKM MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Image
TERKINI!  (13 OKTOBER 2017) LAGI  PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN  OLEH KKM  MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL .  Rasanya benda ni sampai kiamat pun takkan habis isunya.. Sebab selagi ada permintaan selagi itu akan ada pengeluaran. Di tambah pulak orang sekarang berlumba lumba nak jadi pengasas produk jenama sendiri. Mereka ambil jalan mudah dengan mengambil bahan mentah dari kilang OEM.. hanya semudah tempek label produk, apply Notifikasi KKM yang hanya perlu declare bahan yang di gunakan tanpa perlu menjalankan R&D terhadap produk tersebut. Saya tak salahkan KKM la.. sebab itu tanggungjawab mereka yang ingin memasarkan produk mereka kepada orang awam. KKM akan ambil tindakkan bila terdapat banyak aduan. Mana2 produk yang berdaftar dengan KKM adalah di bawah pemantauan KKM. Sekiranya terdapat aduan KKM akan melakukan siasatan & menghantar sampel ke Lab untuk di analisa. Jika di kesan mengandungi bahan terlarang Notifikasi yang pernah di beri akan di tarik ...

JANGAN BOGELKAN KISAH RUMAHTANGGA ANDA DI MEDIA SOSIAL

Image
JANGAN BOGELKAN KISAH RUMAHTANGGA ANDA DI MEDIA SOSIAL . Zaman media sosial ni.. Ramai orang menjadikan media sosial sebagai diari untuk menulis apa sahaja cerita kehidupan mereka tanpa sempadan. Ni takde kena mengena dengan kisah dapur tanpa sempadan cik mat gebu yer.. Bila suka cerita, bila duka cerita & bila tak rasa apa apa pun dia cerita. Dok aih... kami tak kata benda tu salah. Boleh ja nak share dengan orang cuma perlu ada batasan. Kena tahu samada benda yang kita nak share tu sesuai atau tak di beritahu secara umum di media sosial. Sebab bukan semua perkara kita boleh share di media sosial. media sosial ni terlalu umum.. sesapa saja boleh baca apa yang hangpa tulis. Ingat hangpa setting friends only yang bukan friends tak boleh baca ka? Hello... Fungsi screenshot jangan di lupa ok! Yang tu paling bahaya.. once dah kena screenshot hangpa tak mampu mengubahnya lagi ok! Kadang2 bukan orang lain yang mengaibkan diri kita tapi sebenarnya diri kita terlebih dahulu membuka ...

RM6K PENDAPATAN SEHARI JUAL & PASANG FAKE BRACES, MEMANG KAYA TAPI SAYANGNYA TAK BERJAYA

Image
RM6K PENDAPATAN  SEHARI  JUAL & PASANG FAKE BRACES, MEMANG KAYA TAPI SAYANGNYA TAK BERJAYA . Telan air liur hakak baca laporan dari The Star Online ni dik.. Memang income kau doktor gigi pun tak mampu lawan. Betul la kalau income macam tu memang kau layak jadi orang kaya dah dik. hehehehe Mesti hangpa pun tak caya kan? Ingat kami pitenah dia kan? Mana ada.. Kan dah habaq kami baca berita ni kat The Star Online tadi. tak caya pi la baca sendiri kat  The Star Online . Walaupun bahasa omputih kami paham juga la sikit sikit. Masa sekolah jarang ponteng kelas bahasa Inggeris.. Tak ada ngok sangat hahaha. Gamak tak berapa paham google translate yang berterabur translation dia tu kan hado... hehehehe Semua orang tahu kes yang menjadi Viral sekarang tentang seorang gadis yang menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa tauliah & lesen. Hanya berbekalkan teknik yang di belajar melalui youtube dia menjalankan perniagaan tu. Kat the star online ada melapor...